let get Human Anatomy & Physiology Study Course NOW. Dont miss this opportunity!!!!!!!

Sep 30, 2009

sangat tidak gemar... -_-

TAK BESTNYA!!!

bila tekak dah mula sakit & perit

hidung dah mula tersumbat.

suhu badan dah mula naik

kepala dah mula pening

kenapa rasa cam nak demam nie???

takkan la nak demam lagi kut?? tapi nape ek? aku x der gi mana2 pun. Takde pun kene air hujan walaupun ujan lebat. Xde pun beriya-iya minum ais.. cume kelmarin jer gi jamuan yang kami se'class' jayakan. Takkan la xleh makan sate kot????

selingan je.. *_^

Biarlah.... hanya aku yang tahu...

lepas 'berdebat' + bagi tazkirah free.. i should to continue my work.. hehehehe..
manusia tue diciptakan dengan 'minda & akal' yang berbeza..
aku perlu menerima kenyataan tu.. ^_^

Sep 25, 2009

salam AiDiLFiTRi... *_*

Assalammualaikum.

Sudah hampir seminggu umat islam menyambut hari lebaran.. dan seminggu juga blog aku bersawang..

Dikesempatan ini ingin aku menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada semua pembaca, samada yang mengenali aku secara zahir ataupun tidak. Andai ada terkasar bahasa, terguris mana2.. mohon ampun ya.. Semoga di bulan yang mulia ini juga kita sama2 dapat meningkatkan lagi apa yang kurang.. ^_^.

://post raya nanti2 yer.. hehehhe

Sep 15, 2009

.....................................

Assalammualaikum..

beberapa minit yang lalu hp aku mendendangkan lagu yang agak best la jugak.. menandakan ada panggilan masuk.. ''Aizat''

Hello, Assalamualaikum.. Selamat Hari Raya..
(lame gile x contact beliau..^_^)

Waalaikumussalam.. rus ko dah dapat berita?

berita ape?

A**a dah meninggal

hah?? kenape? xcident ker??

Agaknya la.. jenazah die kat kelantan sekarang. On the way nak bawa balik sini..


Ya Allah.. terus lemah semangat aku. Dari berita yang aku dapat dari beberapa sahabat2 lain, arwah sekarang mununtut di Poli KB.. POLI?? AKU jugak... beliau xcident on the way nak balik kampung bersempena raya.. Ya ALLAH.. sedihnya..

Aku dapat membayangkan kesedihan keluarga arwah. Lebih2 lagi hanya tinggal kurang dari 5 hari untuk menyambut lebaran. Rata2 kawan2 lame aku terkejut dengan berita tersebut. Walaupun aku x berapa mengenali arwah secara rapat tapi... he still my frenz. Tiada galang gantinya.. -_-.. Teringat terus kat mak aku. Baru jer tadi aku call die. Terus rasa nak menangis sangat2. Hatiku berkata... Janganlah tadi suara terakhir mak yang dapat aku dengar. Aku ingin mendengarnya lagi. Kepala aku dah memikirkan segala kemungkinan. Selamatkah aku dalam perjalanan nanti???

Ya ALLAH... izinkan aku bertemu dengan IBUku.. Selamatkanlah aku dalam perjalanan pulang ke kampung nanti. Izinkan aku memohon ampun dan maaf dari ibuku. Izinkan aku menghadapmu setelah aku perolehi keampunan IBUku.. Terlalu banyak dosaku padanya Ya ALLAH..

MAK.. I LOVE U SO MUCH!!!

Sep 11, 2009

double!!

Assalammualaikum

ni sebenarnye cerita semalam, tapi baru sempat nak post harini. Xpelah.. kira halal la ek! hehehhe.. ceritanya cam gini...

2 kali GEMBIRA..

At 1st, untuk pertama kalinya petang semalam time projek, problem statement kami diterima. Dan juga untuk pertama kalinya penyelia kami 'menghabiskan' masa beliau lebih kurang 1/2 an hour bersama-sama kami. Dan beliau siap bagi idea lagi kat kami untuk dimuatkan dalam projek. Dan buat pertama kalinya suara beliau lembut kedengaran di telinga dan senyuman yang julung2 kali kami dapat. Dan buat pertama kalinya..

''so sekarang kite kena la edit2 sikit.. Alhamdulillah.. pasni leh teruskan..''

'' hahaha.. jap aku blur... i dont believe it. 1/2 jam.. dan she can smile.. ''

~ kusyuk mengeluarkan idea ~

~ problem statement yang memerlukan pengeditan. Tulisan pensil tu idea our penyelia tapi tulisan tu kami yang punye.. huhuhu.. cakar ayam seyh ! ~

~ us.. syafiq, nurul, dayah, hafiz ~

~ ngah betulkan ayat.. erm dah lame tinggalkan sekolah.. ayat BM dah caca merba .. huhuh ~

Yang ke-2 plak... dapat makan free.. hehhe.. Aku nie name nye bawa hp pi class, tapi semalam class agak pack, jadi x sempat nak cek.. kat rumah baru aku tengok. 1 message received :

''akak nak gi majlis buka puasa x malam nie? anjuran JPP kat DJP?? ''

Mula2 cam malas jer nak pergi. Tapi bile housemate aku kate sume pergi, aku pon ok jela. Takkan la aku nak berbuka sorang2 kat rumah kan?? ish tak ndak aku. Hehehe.. Pergi pun agak lewat.. hampir2 berbuka baru kami sampai. Semuanya gara2 kelewatan aku. Nak wat cam ner.. 6.45 pm baru sampai rumah gara2 ader meeting plak... ;p. Pastu kabut bersiap & solat.. ^_^

~ wajah kekenyangan ~

~ wajah gembira dapat makan free.. sampai ke telinga sengihnya masing2.. huhuh ~

~ us.. ayu, alia, anne, nina, shiela ~

~ purple in blue or blue in purple??? ~

~wif zetty.. ~

----------------------------------------------

2 kali BLURRRR

Pertama blurr time jawab KUIZ kewangan. Standard klu kuiz around 15 minute only. Jadinya kami pun men'srudy'kan diri sebagaimana soalan yang jawapannya sesuai untuk 15 minute.. huhuh [padan muke!! ]Tapi kali ni agak berbeza.. Huhuhu.. Bile dapat kertas soalan, fuh 2 helai.. xpelah.. aku mengandaikan penyata kewangan jer yang panjang.. tapi..

kedebuk... 17 calculation, 4 theory...

'' Baiklah.. kamu boleh mula sekarang. Masa diberi satu jam dari sekarang''

1 Jam???? Nie quiz or Mid Term???

moral of the story : JANGAN nak spot2 SOALAN KEYH!!!


Yang kedua plak, tak tahu la kenapa semalam jugak aku amat blurr dalam class. Lec mintak pen aku bagi marker, die mintak marker aku bagi pen.. Duss.. ''awak kenape rus qiyah? berangan yer? '' ha berangan?? tak de maknenye [dalam hati jerk ].. Pastu plak time class insurans.. ngantuk la yang teramat-amat ngantuk. Aku toleh belakang.. mata2 mereka juga merah.. aku tengok nurul kat sebelah.. merah jugak ''ko ngantuk ker? '' & she said '' aah la ''.. Aku pandang buku.. Tulisan tue aku tengok makin mengecil jerk.. Dan aku pun selamat.. TIDO.. tapi nasib bek x dapat dikesan.. sebab dok depan, lec tak nampak.. kepala aku jer takat pinggang die.. hehehhe.. dan itu juga untuk sem nie pertama kali aku tertido dalam class!! waaa...

Sep 9, 2009

kami buntu!! bile nak approve nie???

Assalammualaikum

Tak tahu na ditafsirkan bagaimana
fikiran kami buntu dan termati untuk berfikir..
Ketandusan idea.. Yang hanya bermain di minda
'' Bile nak approve proposal nie??? "

Masuk minggu nie dah minggu ke-3 'penyataan masalah' kami di reject. Itu baru part 'penyataan masalah'.. blum part2 yang lain lagik.Masa terus berlalu, projek kami tak jalan2 lagi.. terhenti di tengah jalan.. Takutnya!! Sempat ker ek? VIVA awal nov..

Adakah salah kami ataupun kerana bertukarnya penyelia?? Aduss peningnya.. Ya ALLAH.. bantulah KAMI.. Permudahkanlah urusan kami... Ameen.

Sep 4, 2009

balik kampung... *_^

Assalamualaikum..

Baru sekejap tadi i've settle my quiz.. Alhamdulillah.. soalan yang idak berapa sukar dan insyaAllah.. moga2 resault nanti akan baik seperti yang dijangkakan.. Ameen.. hehhe..

so aku pun dengan senang hati nak bertolak pulang ke kampung petang nie, lepas class. Jadi or tak.. balik juga.. penat aku gi cari tiket semalm.. heheh siap tiket raye skali aku dah beli.. Jangan jeles ye kat sape2 x bli tiket lagi.. heheh (ntah@ aku la orang yang terakhir bli tiket raya.. wat malu jer.. *_^).

So sekarang nak settle kan ape yang patut, seperti 'menyetlekan' kain yang x bercuci lagi, & kemas barang2.. laptop xmo bawa balik.. hehhehe.. Asgment.. nanti aku key-in pas balik. Kat rumah wat draf jer dulu..

Ok la yer.. nak balik petang nie. Kalian doakan aku selamat sampai di kampung & kembali ke sini (ipoh) k.. Heheh.. papai..

mode : gumbira nak balk kampung.. huhuh

Sep 2, 2009

vaksin H1N1 : penolakan oleh doktor !!!

Assalammualaikum..

Sumber perolehan adalah dari Ibnu Yaacob [CLICK HERE]

Satu lagi 'kisah' yang berkaitan dengan virus & vaksin H1N1. Ini pun aku men 'copy & paste' aje, sebabnye aku rasa perlu untuk aku kongsikan bersama kalian. Nak harapkan aku buat kajian.. huhuhu.. 10 tahun lagi pun belum tentu. So aku pun 'mengambil' hasil kajian orang lain.. hehehe.. tak curi ek.. juzt nak 'pinjam' ajer.. ^_^.

----------------------------------------------

vaccinate_people

Di United Kingdom, sebelum vaksin H1N1 diberikan kepada orang awam, setiap doktor dimestikan menerima suntikan vaksin itu terlebih dahulu. Kemungkinan amalan ini juga dilakukan di beberapa negara Asia termasuk Malaysia.

Agak mengejutkan pihak kerajaan apabila 50 peratus doktor-doktor seluruh UK enggan disuntik kerana bimbang akan kesan sampingan daripada vaksin tersebut yang sudah pun diketahui seluruh dunia.

Menurut editor majalah PULSE, Richard Hoey, keengganan doktor-doktor dan para pekerja kesihatan menerima suntikan adalah berpunca dari tanggapan kerajaan telah bertindak di luar batas hak individu seseorang dengan cara memaksa menerima suntikan.

Kenyataan dari Health Protection Agency yang mengatakan vaksin H1N1 boleh menyebabkan barah dan Sindrom GBS masih lagi diterima dengan yakin oleh kebanyakan doktor serta pekerja kesihatan. Ini berdasarkan kaji selidik yang dilakukan oleh majalah PULSE dan majalah GP di UK.

Keengganan kebanyakan doktor-doktor di UK menerima suntikan telah menimbulkan kemarahan Prof. Dr. David Salisburry iaitu Pengarah Jabatan Imunisasi di Kementerian Kesihatan UK. Beliau menegaskan setiap pekerja kesihatan sama ada doktor atau kakitangan hendaklah melaksanakan dasar yang telah ditetapkan kerajaan.


Penentangan pemberian vaksin di Australia

Di Australia, presiden Australasian Society for Infectious Diseases (ASID) iaitu Prof. Tom Gottlieb telah menghantar surat bantahan program pemvaksinan kepada kementerian kesihatan Australia. Di dalam surat tersebut Prof. Tom Gottlieb menyatakan mereka bimbang akan berlakunya jangkitan penyakit akibat pencemaran darah melalui suntikan.


Penentangan pemberian vaksin di Kanada

Di Kanada, Canwest News Service melaporkan majoriti doktor-doktor dan pekerja-pekerja kesihatan tidak mahu disuntik vaksin H1N1. Keengganan doktor-doktor ini amat merungsingkan pihak kerajaan Kanada sehingga mendesak Persatuan Perubatan Kanada mengeluarkan arahan memaksa ribuan doktor dan pekerja kesihatan mengambil vaksin H1N1.

Secara logiknya, kita sendiri sudah mendapat jawapannya mengapa ribuan doktor dan pekerja kesihatan di Kanada enggan mengambil vaksin tersebut. Jika mereka yakin vaksin H1N1 tidak merbahaya mengapa pula mereka sendiri enggan mengambilnya.


Vaksin H1N1 juga penyebab kanser

Pakar paru-paru dari Jerman, Dr. Wolfgang Wordarg mendakwa vaksin H1N1 yang bakal disuntik kepada masyarakat juga dikhuatiri boleh meningkatkan kadar penyakit barah paru-paru. Dakwaan itu berasaskan penyelidikan yang dibuat ke atas vaksin keluaran farmasi Novartis.

Menurutnya lagi, peningkatan kadar penyakit barah dalam badan kemungkinan berpunca dari sel-sel binatang yang dimasukkan di dalam vaksin oleh pihak pengilang. Dr. Wolfgang Wordrag menyimpulkan bahawa;

“People’s fear of the pandemic as an “orchestration”: “It is great business for the pharmaceutical industry”

Kenyataan Dr. Wolfgang di dalam akhbar Jerman, Neuen Presse juga disokong oleh presiden Paul Ehrlich Institute iaitu Dr. Johannes Lower. Beliau mengatakan kesan sampingan yang bakal dihasilkan oleh vaksin H1N1 dijangka lebih berbahaya daripada virus H1N1 itu sendiri.


Usaha Kapitalis Memujuk Doktor-Doktor di UK

Propaganda kapitalis Yahudi semakin jelas dalam isu Selsema Babi sejak kebelakangan ini. Pada 30 Julai 2009, Daily Mail mendedahkan kerajaan Britain akan membayar £7.51 (RM51) bagi setiap suntikan yang dibuat ke atas orang ramai. Bagi mendapat bonus tersebut, para doktor hendaklah terlebih dahulu menandatangani suatu perjanjian dengan kementerian kesihatan UK.

Berdasarkan peruntukan kerajaan, kemungkinan seorang doktor akan diperuntukkan 1800 orang pesakit bagi sesuatu kawasan. Agihan ini menunjukkan setiap doktor yang terlibat dalam perjanjian ini akan memperoleh sekurang-kurangnya £27,000 pound (RM183,600) dalam sesuatu masa.

Nilai yang diperoleh oleh doktor menunjukkan keuntungan dari program vaksin H1N1 melebihi jumlah gaji tahunan doktor-doktor di UK iaitu £107,000 setahun. Daily Mail juga mendedahkan kerajaan UK telah pun menyediakan belanjawan khusus sebanyak £600 juta hanya untuk imbuhan memujuk doktor-doktor di UK menyokong program pemvaksinan ini.

Boleh dikatakan sekarang doktor-doktor di UK tersepit sama ada untuk memilih hak-hak kemanusian atau bonus sekali seumur hidup. Bonus daripada Vaksin H1N1 yang dijanjikan pada Julai 2009 ini memperlihatkan kerajaan UK sudah menghidu akan bantahan yang bakal dibuat oleh Health Protection Agency dan Persatuan Ahli Neurologi di Britain pada 26 Ogos 2009.


Laporan akhbar di Malaysia tidak profesional

Tidak pasti apa yang ada di dalam kepala para editor bagi akhbar-akhbar tempatan di Malaysia. Tiada langsung isu-isu H1N1 dibincangkan secara kritis dalam usaha mewujudkan momentum kesedaran di kalangan masyarakat. Isu artis dan selebriti sampah masih lagi mendominasi berita di dada-dada akhbar.

Selsema Babi yang ditakuti babi sendiri ini pun masih dianggap enteng dan setaraf dengan berita-berita tabloid. Seperti yang kami artikelkan dahulu, kerajaan Malaysia masih lagi seronok membilang angka-angka kematian dikalangan masyarakat. Program-program yang melibatkan orang ramai masih lagi dianjur oleh pihak kerajaan.

Persatuan Doktor-Doktor Perubatan Malaysia pula masih diam dan tiada satu laporan analisis berkaitan vaksin yang dikeluarkan. Apa yang diperoleh dari persatuan ini hanyalah laporan-laporan tentang majlis-majlis makan malam yang dianjurkan di hotel. Semuanya kelihatan taksub dengan berita-berita propaganda dari WHO a.k.a World Health Organisation.

Persatuan Pengguna pula tidak mengeluarkan isu-isu yang dibangkitkan oleh persatuan-persatuan pengguna di US dan UK. Sebelum ini Persatuan Pengguna Malaysia amat gagah menyelongkar kandungan-kandungan geletin haram di dalam produk-produk makanan. Banyak laporan-laporan penyelidik dari makmal di US dicanang di Malaysia tetapi apabila pengguna-pengguna di US membantah penggunaan vaksin tidak pula maklumat itu dihebahkan.


Program Pemvaksinan adalah salah satu perang akhir zaman

Tanggapan terbaik yang boleh dibuat untuk isu H1N1 ialah ia merupakan satu bentuk perang moden yang sudah keluar dari definasi perang konservatif. Umumnya kita dididik dengan takrifan bahawa perang mestilah berpakaian seragam hijau, bersenjata dan berkawad tetapi situasi H1N1 ini sedikit sebanyak membuktikan takrifan perang terlalu luas dan tidak hanya bergantung kepada sejumlah perkataan yang terhimpun di dalam kamus Oxford sahaja.

Ternyatalah bahawa kamus yang diiktiraf oleh badan-badan akademik antarabangsa itu sebenarnya telah berjaya menyekat ruang pemikiran manusia berdekad-dekad daripada berfikir secara ‘out of box’. Maka untuk memecahkan halangan yang dibina oleh kamus itu pula memerlukan situasi besar berskala global misalnya isu H1N1 ini.

Berperang di luar takrifan perang lebih menyukarkan ramai pihak khususnya pihak Islam sendiri kerana perang cara ini lebih mengutamakan ketajaman pemikiran dan strategi yang tinggi. Maka di sini haruslah kita berhati-hati dengan cuba mengikuti perkembangan semasa satu per satu tanpa hanya bermalas-malasan dengan doa tetapi langsung tiada usaha membaca.

Mangsa sebenar perang vaksin ini adalah masyarakat yang tidak mahu mengikut arus pembangunan isu dunia serta tidak mahu mengambil berat terhadap sesuatu masalah yang timbul.

Program pemvaksinan yang telah berlaku berbelas-belas kali di seluruh dunia ini kami teorikan ia sebagai satu perang dunia ketiga yang mana semua manusia menjadi mangsa peluru virus. Undang-undang yang terpahat di WHO adalah umpama tempat membuat keputusan ketenteraan Illuminati manakala pengilang-pengilang farmasi dunia umpama kilang-kilang peluru halimunan yang sedikit demi sedikit mencengkam nyawa manusia.

Agen-agen Illuminati sedar, berperang secara nyata dengan umat Islam hanya akan membangkitkan semangat jihad dan perpaduan seluruh dunia. Perpaduan yang jitu ini sudah pasti akan mendesak campur tangan dari para wali yang tidak diketahui lokasinya dalam menghadiahkan doa-doa kehancuran untuk kelompok Yahudi Zionis.

Kami lebih mengesyaki program pemvaksinan yang dilihat mulia dari luar ini kepada salah satu program peperangan kerana mengikut sejarah perubatan, Bapa Pemvaksinan dunia iaitu Dr. Edward Jenner adalah seorang ahli Freemason. Pada 1812, Jenner telah dianugerahkan Worshipful Master di Lodge of Faith and Friendship Berkeley, Gloucestershire, Britain.

://semoga kalian memahami apa yang disampaikan oleh penulis asal..
Ibnu Yaacob

sayonara...

Sep 1, 2009

bergambar la pulak.!!!

Assalamualaikum

Hari ni class start lewat sikit.. biasala hari selasa, sesi pagi poli baik hati dah arangekan waktu kosong untuk mane2 club or mane2 'badan' untuk buat meeting tanpa mengganggu waktu kuliah. Aku pun ape lagi. besenang2 la..hehehe..

Tengah2 aku nak siap2 gi class, dapat plak sms dari numb yang aku tak pasti siapa yang empunya.. (nanti2 lah aku cari..^_^)

"Arini ade sesi fotografi kul 11.. and bla bla bla.. (senanye nak inform yang sesi fotografi tue je..)''

Aduss bergambar la plak.. nie yang x gemar nie.. Aku nie bukanlah fotogenik.. klu amik pic formal, sure x jadik part yang gambar aku.. -_-.. amik suke2 xpe.. x segan. heheh.. erm lantakla.. tawakal jer..

Nasib baik la jumpe si nurul kat tengah jalan b4 aku parking.. klu x sure2 aku dengan selambanya jadi 'gadis melayu terakhir' yang dah la tak ayu menunggu kat DSK. Rupanya fotografi kat DJP. (paling x suke g kampus A.. rasa tenggelam dengan kaum adam yang ramai.. ^_*).

Ni lah hasil dari 'penggambaran' tersebut. Actually nie gune hp jerk.. yang ori dari unit multimedia dapat lambat lagi.. okeylah kan.. tuk kenang-kenangan..^_^. [Nak tengok saiz besar, KLIK JER KAT PIC TUE!]. Hasil 'edit'an aku yang julung2 kalinya menggunakan Photoshop. (comot teramat pic nieh..^_*)

~ aku xder.. sebab aku la yang amik pic nih.. huhuhu.. kecik2 dlu kunun berangan nak jadi 'camera woman',, hehehe~

~hp bertukar tangan~

Aku dah cakap.. mesti part yang gambar aku pelik jer rupenye.. Erm segan nak publish, tapi ti x complete plak dak class aku.. xpela..sedekah.. hang pa jangan gelak keyh!!!

:// sayonara..^_^

mutasi gen VIRUS H1N1

Assalammualaikum.

31 ogos '09, Berita harian :

1. WHO ( World Health Organisation) menerima laporan KEMUNCULAN virus H1N1 jenis teruk yang terus menyerang paru-paru dan menyebabkan penghidap sakit tenat & menyebabkan pesakit muda yang tidak mempunyai masalah kesihatan, jatuh sakit tenat.

2. Seorang Dr. wanita meninggal dunia setelah dimasukkan ke wad Hospital Pakar Seremban 21 hari lalu dipercayai akibat jangkitan wabak Influenza A (H1N1). Mangsa tinggal di Taman Tasik Jaya, Senawang, SEREMBAN.

----------------------------------------------

Berkecamuk perasaan aku jadinya. Risau pada tahap yang kritikal. Risau keadaan family di kampung. Risau yang eramat pada mak yang meniti 'meniti usia' tua. Walaupun zahirnya aku lihat sihat, dalaman (antibodi) aku x pasti. Semoga segalanya musibah dijauhkan dari keluarga aku. Sampaikan pada satu tahap, aku dengan 'tidak warasnya' boleh memikirkan sesuatu yang nonsense. Aku masih belum bersedia. Terasa menyesal pulak 'mengeraskan' hati untk tidak balik menjenguk mereka di kampung jumaat lalu. -_-.

Teringat lagi time Pn. Norazah msuk mengajar minggu lepas.

'' difahamkan virus H1N1 nie akan menjadi lebih teruk lagi dalam bulan 10 nanti. Kalau pakai face mask pun tak boleh nak prevent sebab viruss tue lebih kecil berbanding 'ruang' face mask. (3 mikro VS 1 mikro). "

Time tue dup dap rasa jantung aku. Aku yang lemah antibodi nie mempunyai satu risiko yang sangt besar untuk dijangkiti. Nauzubillah.. Jauhkanlah aku dan keluargaku dari segala musibah ini.. Ameen.

-----------------------------------------------

.:. petua untuk diamalkan menghalang virus H1N1 .:.

rendamkan 3 biji buah kurma kedalam air kelapa kemudian barulah diminum dan dimakan buah kurma itu, lagi satu amalkan sebelum makan baca selawat syifa’ dulu sebelum baca doa makan kemudian barulah dimakan… insyaallah……

vaksin H1N1 : penyebab kematian?????

Assalammualaikum...

Adapted by : Ibnuyaacob & Abd Aziz Atiqullah

Sebelum2 ni pun aku memang telah diberitahu bahawa virus H1N1 ini adalah merupakan satu konspirasi YAHUDI untuk mengaut keuntungan. Lebih2 lagi dengan berlakunya Global Economics Crisis since 2008, mereka bertungkus lumus mencari idea untuk 'menyerang' keamanan dunia. Tapi memang diketahui, pihak yang tidak bertanggungjawab ini memang pakar dalam menjalankan 'serangan biologi'. Tapi itu tidak lah terlalu memeranjatkan aku.

Lebih memeranjatkan adalah apabila aku terbaca entry ini di blog yang aku followed.. [KLIK DISINI]. Vaksin yang dicipta sebagai 'ubat' untuk virus yang membunuh ini juga bertindak sebagai 'pembunuh'. Apakah yang diinginkan sebenarnya oleh 'mereka' ??? Jadi aku rasa perlu juga untu berkongsi dengan orang lain. Jadi aku pun 'copy & paste'. Tiada sebarang 'ubahsuai'.

----------------------------------------------

vaccination

Pada 15 Ogos 2009 lepas, akhbar Daily Mail mendedahkan bahawa vaksin H1N1 yang bakal digunakan oleh kebanyakan negara-negara dunia mempunyai kesan sampingan yang berbahaya kepada penerimanya. Para penerima vaksin H1N1 dikhuatiri berhadapan dengan masalah gangguan otak yang dipanggil Guillain-Barre Syndrome (GBS).

Pada 29 Julai 2009, Prof. Elizibeth Miller, Pengarah Jabatan Imunisasi di bawah Health Protection Agency di Britain telah menulis surat amaran tentang bahaya kesan sampingan dari vaksin H1N1 yang bakal dijual syarikat farmasi gergasi dunia. Surat itu dihantar kepada 600 orang lebih Senior Neurologist di seluruh British.

Surat yang bertarikh 29 Julai 2009 lepas itu berjaya merungkaikan betapa teori-teori konspirasi yang dinyatakan sebelum ini benar dan sahih. Walaupun kerajaan Amerika cuba berselindung dan berdolak-dalik ketidakterlibatannya dalam isu Selsema Babi (SB), tetapi ada segelintir masyarakat yang sanggup mendedahkan rahsia kerajaan mereka ini.

Vaksin yang dibina oleh syarikat-syarikat farmasi gergasi dunia ini dijangka diedarkan kepada orang ramai pada awal Oktober. Di Amerika sahaja, sebanyak 13 juta rakyat akan disenaraikan untuk menerima suntikan.

Selain daripada bukti surat ini, apa yang boleh mensahihkan konspirasi Selsema Babi inia adalah kenyataan dari salah seorang Senior Neurologist yang ditemu ramah oleh wartawan Jo McFarlane. Menurut Senior Neurologist itu, dia sendiri tidak akan mengambil suntikan vaksin tersebut.

“I would not have swine flu jab because of the GBS risk.”

Menurut neurologist tersebut, mereka percaya vaksin H1N1 hanya akan mengulang kembali tragedi kematian 25 orang rakyat Amerika pada 1976 dulu yang menerima suntikan vaksin H1N1.

Walaupun kecenderungan untuk mati adalah 1 nisbah 80,000 orang. Tetapi kesemua 80,000 tersebut sudah mewarisi kesan kekal GSB seumur hidup. Bagi yang meninggal dunia kemungkinan ketahanan imunisasi badansudah sedia lemah.

Kenyatan pakar-pakar neurologi antarabangsa tentang H1N1

Dr Rustam Al-Shahi Salman, ahli Association of British Neurologists, mengatakan;

“Following the 1976 programme of vaccination against swine influenza in the US, a retrospective study found a possible eight-fold increase in the incidence of GBS.”

Dr. Thomas Jefferson, koordinator badan bebas penyelidikan vaksin di Britain;

“New vaccines never behave in the way you expect them to. It may be that there is a link to GBS, which is certainly not something I would wish on anybody”

Dr. Richard Halvorsen, penulis buku The Truth About Vaccines, mengatakan;

“For people with serious underlying health problems, the risk of dying from swine flu is probably greater than the risk of side effects from the vaccine.”

Dr. Patrick Chinnery, ahli Association of British Neurologists mengatakan;

“During the last swine flu pandemic, it was observed that there was an increased frequency of cases of GBS. No one knows whether it was the virus or the vaccine that caused this.”

neorologists1

(Kiri) Prof. Elizabeth Miller (Tengah) Dr. Rustam Al-Shahi Salman (Kanan) Dr. Richard Halvorsen

Jika ada doktor di Malaysia yang mengatakan vaksin H1N1 tidak merbahaya, kerajaan patut memberikan anugerah Profesor Diraja kepada doktor tersebut kerana kenyataannya telah mengenepikan hujah-hujah dari pakar-pakar neorologi di atas.

Bagi mana-mana pembaca yang menghadiri taklimat pemvaksinan dari kementerian kesihatan (jika ada), sila cetak artikel ini dan tanyakan soalan berkaitan vaksin kepada penceramah. Jika pembaca seorang pelajar jurusan perubatan atau farmasi, sila timbulkan isu ini semasa di bilik kuliah dan berbincang dengan pensyarah anda untuk penambahan ilmu.

Pengakuan Penghidap GBS

hilar

Hillary Wilkinson, 57 tahun mendedahkan beliau adalah salah seorang penghidap GBS. Menurutnya, selepas dia mengambil vaksin H1N1 pada 2006, beliau mengalami kesukaran bernafas, sakit-sakit sendi dan sukar bercakap. Keadaannya hanya kembali agak sihat setelah 3 tahun selepas itu dan dia bernasib baik tidak mati.

Keuntungan Segera Mula Kelihatan

Pada 20 Julai 2009, akhbar online Financial Times UK melaporkan bahawa gergasi-gergasi farmasi dunia yang berkonspirasi mengeluarkan vaksin H1N1 telah membuat keuntungan pusingan pertama dalam pengumuman penjualan vaksin.

Konglomerat farmasi seperti GlaxoSmithKline (GSK), Novartis, Baxter, Sanofi-Avantis dan Roche telah pun mengaut untung sebelum bayar berbilion-bilion dollar berdasarkan tempahan-tempahan dos dari pelbagai negara mengikut kontrak yang ditetapkan oleh World Health Organization (WHO). GSK telah pun memproses 1.5 juta dos vaksin H1N1 untuk dihantar ke seluruh dunia.

Bank pelaburan antarabangsa JPMorgan (bank Zionis kepunyaan Rothschild/Rockefeller) memberitahu setakat ini kerajaan Britain telah membelanjakan USD4.3 billion dan tempahan untuk dos vaksin dijangka akan meningkat kepada 600 juta dos.

Kesemua laporan keuntungan ini telah pun dijangka oleh ramai penyelidik konspirasi sejak wabak Selsema Babi mula melanda Mexico bulan April lalu. Kini wabak Selsema Babi ini sudah pun menyondol semua rakyat dunia tanpa belas kasihan.


Kandungan berbahaya dalam vaksin H1N1 keluaran GSK

Vaksin H1N1 yang dikeluarkan GSK disyaki mempunyai thiomersal (C9H9HgNaO2S) iaitu sejenis sodium yang mengandungi 49% merkuri yang digunakan untuk antiseptik dan anti-fungus agen. Penggunaan thiomersal walaupun dibenarkan WHO, tetapi masyarakat antarabangsa masih khuatir kerana beberapa kontroversi yang wujud semenjak ia diperkenalkan di dalam pemvaksinan.

Pada Julai 1999, Centre for Disease Control (CDC) dan American Academy of Pediatrics (AAP) telah mengeluarkan kenyataan media mendesak pengilang-pengilang ubat membuang thiomersal dari sebarang vaksin.

Lanjutan dari kenyataan itu juga, CDC dan AAP telah mengarahkan agar semua doktor menangguhkan dahulu suntikan imunisasi Hepatitis B kepada bayi yang baru lahir. Ini kerana seorang kanak-kanak dari Michigan telah meninggal dunia akibat suntikan itu.

(Gambar) Dr. Paul A.Offit, Ketua Jabatan Jangkitan Penyakit di Hospital Kanak-Kanak, Philadelphia.

Isu ini didedahkan oleh Dr. Paul A.Offit di dalam kertas penyelidikannya yang bertajuk Thimerosal and Vaccines - A Cautionary Tale di dalam The New England Journal of Medicine bertarikh 27 September 2007.

Selain itu, di dalam kertas penyelidikan yang sama Dr. Paul A.Offit juga mendedahkan, thiomersal yang terkandung di dalam vaksin juga disyaki menjadi punca kepada kelahiran anak-anak autisme. Pada Ogos 2005, seorang kanak-kanak autisme berusia 5 tahun telah meninggal dunia kerana mengambil suntikan tahunan yang dijadualkan.

Lanjutan dari isu thiomersal yang dimasukkan dalam vaksin-vaksin itu juga, seorang pakar autisme terkenal Dr. Alison Singer telah mengambil keputusan meletak jawatan dari menjadi Pengarah Autism Speaks yang ditubuhkan pada 2005.

Perletakan jawatan Dr. Alison pada Januari 2009 baru-baru ini adalah sebagai tanda protes kepada pihak kerajaan Britain yang terus membenarkan GlaxoSmithKline menggunakan bahan thiomersal. Dr. Alison juga menegaskan bahawa kisah kebanyakan selebriti terkenal yang semasa kecilnya berpenyakit autisme hanya propaganda media untuk melindungi helah kerajaan.

Wallahualam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...