let get Human Anatomy & Physiology Study Course NOW. Dont miss this opportunity!!!!!!!

Dec 27, 2010

sharing is caring : RIBENA & Kandungan ARAKNYA.. be CAREFUL

LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak. Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada! kadar yang rendah.


Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. 'Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,' katanya. Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya

Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. 'Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,' katanya.

Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga dengan lima perasa yang disediakan untuk Ribena.. - Agensi




Dec 26, 2010

pertama kali jugak menjadi penonton hingga ke akhir.. Tabik la labu.. ^_^

Erm nak continue wat hantaran cam malas plak. Kene dok bertelaku atas katil. Kang tak pasal2 plak aku tido.. heheheh. Tak pasal2 hantaran ntah kemane, aku ntak kemana.. ^_^

Jadi aku pun memfreekan diri dok depan tb walaupun terpaksa tengok bola - Malaysia vs Indonesia : Final Pertama : Stadium Nasional Bukit Jalil - gara2 mereka nie peminat fanatik bola malaysia. Huhuhu

Setakat nie MAS vs IND dah 3-0. Fuh Gamat jugak flat nie time gol tadi. Abang siap leh lompat2 lagik. Eh macam die plak yang pi jaringkan gol tue. Uh sanagt tak faham. huhuh

La nie masih belum ader gol tambahan, aman buat sementara waktu. Ngehehe.. Sib baik. Walaupun fanatik, abang tak la sampai excited siap pi beli tiket nak tengok live. Yang nie aku setuju. Save cikit ekonomi.. ^_*

//: bak kate abang ''kite kene ade semangat kesukanan. Kene sokong Malaysia''. Ok.. baik Abang.. ^_^

For the 1st time

Thankz abang.

Untuk pertama kalinya abang wish face-to-face kat aku.

Kebiasaannya, sejak kami berkawan, bertunang, hanya ucapan dari seberang laut jer. by text jer. Kalu ader mase baru abang call. Aku nak call?? huhuhu belum bergelar jutawan gik.. ^_^

kali nie terus jer depan bijik mate. Tepat kol 12pm aka jam 0000


THANK TO MY LUVLY HUBBY.
&
TO ALL MY FRENZ

FOR YOUR WISHES.. ^_^

Dec 21, 2010

around the corner

Your baby is still packing on the pounds — at the rate of about an ounce a day. She now weighs almost 6 pounds (like a crenshaw melon) and is more than 18 1/2 inches long. She's shedding most of the downy covering of hair that covered her body as well as the vernix caseosa, the waxy substance that covered and protected her skin during her nine-month amniotic bath. Your baby swallows both of these substances, along with other secretions, resulting in a blackish mixture, called meconium, will form the contents of her first bowel movement.

At the end of this week, your baby will be considered full-term. (Full-term is 37 to 42 weeks; babies born before 37 weeks are pre-term and those born after 42 are post-term.) Most likely she's in a head-down position. But if she isn't, your practitioner may suggest scheduling an "external cephalic version," which is a fancy way of saying she'll try to coax your baby into a head-down position by manipulating her from the outside of your belly.

*****************************************

Waiting for baby plak. B4 nie waiting hubby balik. Hehehehe.

Aku telah disarankan dan diminta agar mem'prepare'kan barang2 untuk bersalin. Anytime can be deliver sebab diberitahu our baby dah turun. Erm sempat ker nak tunggu 01.01.2011 ek? Harap2 sempat la. Banyak lagi persiapan aku tak selesaikan untuk that day ^_^.

Pinggang dah mula sengal2. Perut pun sometimes memulas tapi sebab ape tak pasti. Bukan la memulas sebab nak masuk toilet. Kejap jer, pastue ok. heheheh.. & contraction dah mula sikit2. Tapi tak la kerap sangat. Dan malam dah mula tak boleh nak tido. Kalu dah bagun, susahnya nak lelap balik. huhuhu. Nielah pengorbanan seorang ibu kan. Hanya wanita yang mengalami. ^_^

Doakan kami (ummi & baby) selamat k.. ^_^.

://waiting for tomorrow appointment at HKL. Hope everything is okey. Ameen. ^_^

Nov 30, 2010

adam & hawa

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang..


49 days to go

This week your baby weighs a little over 4 pounds (heft a pineapple) and has passed the 17-inch mark. He's rapidly losing that wrinkled, alien look and his skeleton is hardening. The bones in his skull aren't fused together, which allows them to move and slightly overlap, thus making it easier for him to fit through the birth canal. (The pressure on the head during birth is so intense that many babies are born with a conehead-like appearance.) These bones don't entirely fuse until early adulthood, so they can grow as his brain and other tissue expands during infancy and childhood.

****************************************

bile dikira.. tinggal lagi 49 hari jer nak sampai due. Itu kalu ikut due la. Kalu la tetibe baby aku nak tengok dunia lebih awal?? Uhu sangat menyeramkan. Bermacam perasaan. Takutnya... Bukan takut ape. Aku nie sering dimomokkan dengan 'baby besar' & 'caesaran'. Orang kate kalu 'baby besar' tak boleh bersalin normal. Padahal bukan lah baby tue lahir2 besar cam budak dah umur setahun. Cumanya bile scan, detect berat baby 3.5kg<

://Alhamdulillah.. 95% barang baby dah beli. Barang2 nak guna time berpantang je yang tak prepare lagi..-_-

Nov 29, 2010

bile dah sampai seru........... berderet lah pulak listnya.

tak terlarat rasanya tiap2 minggu berkunjung ke walimah kawan2. Kalu bukan kawan aku, kawan abang. Kalu bukan kawan2, sedare mare dah sure lah. Kaki pulak dah makin membengkak dan sakit. Tapi cuba untuk gagahkan jugak. Tak adil plak rasanya. Dulu time walimah kami, depa sume datang meraikan. huhuhuhuh. Tapi kalu aku tak larat nak turut serta, abang akan menjadi wakil. hehehe..

Bulan nie jer, setelah disebak kalender, fuh.. full ma sabtu & ahad. Aku dan abang telah & bakal menghabiskan ujung minggu di dalam kete dan rumah undangan. Dieorang nie memang dah plan reramai agaknye nak naik pelamin DEC 2010. ^_^. Pape pun kami akan cuba jugak untuk memenuhi setiap undangan. Selagi mana aku terlarat. hehehe.

Tapi yang paling tak laratnya kalu bertandang p rumah sedara. Aduss... aku akan jadi cacing kepanasan. Kalu dah pergi rumah sedara, takkan datang 5 minit terus balik. Betul tak?? Nak kene duduk lame, tolong2 ape yang patut. Bukan boleh datang makan. Lagi2lah kalu sedara rapat. Sekarang nie aku dah semakin demand. Duduk kene atas sofa. Lantai or kusyen kayu sekarang nie di reject. Kalu tak alamatnye tak boleh berjalan la aku..huhuuhu.. -_-. Kat rumah pun nak duduk kat lantai kene alas kusyen.. Ngada2 kan.. ^_*

Tapi rasanya tu bukan alasan untuk aku tarik diri rasanya. ^_*. Tapi kepada tuan2 rumah nanti, prihatin la kat aku ya. Walaupun tak perlu sebenarnya untuk dimanjakan.. hahahhahah...

://undangan sehingga januari.. ^_^. Jangan aku terbersalin rumah pengantin dah.. ^_^

Nov 22, 2010

minor surgery untuk faraain..^_^

Salam semua...

Entri kali nie just nak ucap takziah jer kat adik ipar aku sebab bahunye telah dibedah oleh doc. Perh siap masuk bilik bedah lagi.. huhuhu.. macam seram la plak.

Cian ain. Berlubang dah bahu die. ^_^. Nie semua gara2 ader sedikit seperti ketumbuhan kat bahu die. bukan la ketumbuhan pun. Kecik jer.. Cuma mentua aku takut kalu ader pape. Almaklumlah. Zaman sekarang nie semua kemungkinan boleh jadi. Kadang2 orang macam aku nie yang tak belajar sains tinggi2 nie anggap perkara2 nie bende remeh. Tapi bile pergi check-up, dah lain plak jadinye. Macam tue la adik ipar aku. Asalnye nak gi check-up je, alih2 trus kene buang.. heheheh

Merasa Ain masuk OT Room. Aku dulu just sampai luar pintu jer.. nak masuk x boleh. Sebab xdre urusan. Kadang2 ader gak berangan time buat stock take nak tukar ngan sape yang kene incharge OT.. tapi x lulus plak.. hahahhah..

Moga2 time bersalin ti aku TAKKAN dihantar ke OT Room. Doakan aku hanya di LABOUR ROOM ok... Ameen

Nov 18, 2010

16.11.2010



Selamat Hari Lahir Mak
Semoga dimurahkan rezeki & dipanjangkan usia
Semoga dipermudahkan segala urusan
Semoga dikuatkan semangat ..^-^

I LOVE U SO MUCH.. [macam mak aku dapat baca je.. *_^]

Nov 3, 2010

memang menguji minda aku yang bukan tahap pintar

Salam

Suri rumah sepenuh masa? setakat nie takdela sibuk sangat pun rupanya. Still lagi boleh search internet, tido la yang paling banyak boleh dibuat. Sape kate dok rumah tak cukup kaki tangan? huhuhuh.. aku la tue time dulu2. Sekarang nie ok lagi, tapi kene tunggu ader anak dulu.. cukup tangan tak aku. ^_^

Tapikan sebenarnya kalu 24jam dok rumah, memang agak kebosanan pun. Tula yang ngah aku rasa sekarang nie. Walau pun TV kat rumah nie kalu boleh terpasang ajer 24jam. Dengan itu, aku pun carila alternatif lain. Kunun nye nak hilang kan bosan. Memang hilang pun bosan. "pening" plak yang datang beserta dengan tension. huhuhuhu.. ni sume sebab SODUKU.

Orang kate men game soduku tue best. Menguji minda. Start2 ngan beginner level.. leh la aku berlagak sebab memang senang. Ala.. bukan susah pun, letak nombor je pun. Rasa tak teruji pun pale otak aku nie. Sekali masuk 'hard level'.. amik kau, pening lalat. Dulu sehari leh la berlagak ngan abang buat 4 game. Dah masuk level yang hard nie,jangan harap. Satu soalan pun x boleh siap. Dah gabung 2 kepala pun tunggang terbalik nombor yang kiteorang susun. Dan akhirnya.. masing2 tension. Paling best wat time nak tidur. tension tak dapat jawab, leh trus tiduq.. huhuhu

Nampaknye matlamat aku nak settlekan sume game tue dalam sebulan tak tercapai la. Banyak lagi balance nye.. huhuhu. Akan ku teruskan usaha.. Chaiyok! chaiyok!

Nov 2, 2010

gigi oh gigi...............

Salam

Rasa nak cabut jer.. sakitnya!!!!!

Masuk hari ke4 dah nie. Bukaan bile dah makan dah semakin mengecil jer dah. Nak gi klinik, banyak pulak syaratnya. Rabu & Khamis pagi jer. Hari lain??? tok appoitment jer ok! waduh gawat.. -_-

Nie yang aku nak salahkan klinik gigi ipoh nie. Dulu boleh plak cancel kan aku punyer surgery. ALASAN... SURGERY TAK BOLEH DILAKUKAN TIME TUE!! Oleh yang demikian, kenapalah dok fix kan appoitment tok aku yer? . Ini adalah untuk kedua kalinya aku terpaksa menahan kesakitan disebabkab oleh dua perkara yang sama.

GERAHAM BONGSU LEWAT TUMBUH DARI UMUR YANG SEPATUTNYA. Time tue 2008, umur aku still lagi sweet 22. Ingatkan muda agi.. dah tua rupanya

Macam tak caya jer. Gigi pun kene tumbuh ikut umur ek??? So baik kalian cek gigi masing2, dah tumbuh sume belum?? Kalu tak.... jeng jeng jeng....

:// tak kira, besok nak gi klinik gak..-_-

Oct 20, 2010

27 weeks



This week, your baby weighs almost 2 pounds (like a head of cauliflower) and is about 14 1/2 inches long with her legs extended. She's sleeping and waking at regular intervals, opening and closing her eyes, and perhaps even sucking her fingers. With more brain tissue developing, your baby's brain is very active now. While her lungs are still immature, they would be capable of functioning — with a lot of medical help — if she were to be born now. Chalk up any tiny rhythmic movements you may be feeling to a case of baby hiccups, which may be common from now on. Each episode usually lasts only a few moments, and they don't bother her, so just relax and enjoy the tickle.

******************************************

Salam

Genap seminggu abang pulang ke tanah air. Pemerhatian.... masih lagi terikut timing di sana. Tido waktu orang lain berjaga dan berjaga waktu orang tido... huhhuu.. Aku pun ape lagi, ikut la tido. Mane adil kan kalu abang tido aku jaga. Tapi time die jaga, takdelah aku nak ikut kan. Tido lagi baik. hahahaha

Alhamdulillah, sedikit ringan kerja2 dengan kepulangan abang. Tapi aku masih cuba untuk belajar menjadi isteri yang baik walaupun memang 24jam aku rasa dah banyak buat abang geramdan kepenatan dengan kerenah aku yang macam2.. Sorry Abang. ^_^

Semalam appoitment kat HKL. Sian jer tengok abang penat tunggu aku. huhuhu. Yang si 'giliran' tue plak ntah kenapa lambat sangat bergerak. Selalu paling lambat pun dalam 1 1/2 aku dah sampai kat rumah. Tapi semalam aku tepaksa mengebaskan otot2 aku nak tunggu turn jer. Fuh 3 jam kot. Sengal meyh badan2.. -_-.. balik pe lagi aku. Lembik.. hehehe

Oct 10, 2010

10.10.10

ape istimewanya nombor2 nie? yang hanya nampak angka "1' & '0'. unik ker??? bagitau sikit. Berebut-rebut plak orang2 di luar sana ingin mengabadikan sesuatu dengan nombor ni. Asal, kalu no lain x best ker?? sampaikan Dr.Sheikh Muzafhar pun ambik tarikh nie nak menamatkan zaman bujang nye. Nasib baik la tarikh 10.10.10 tue jatuh harinie, kalu 5 tahun lagi??? tak ker berjanggut Dr.Harlina tue nak tunggu? Papepun tahniah & selamat pengantin baru yer kepada sesiapa yang bernikah dan berkahwin pada harini bersamaan 10.10.2010.. ^_^

Aku pun taknak citer panjang2 tentang angka '1' & '0' nie. Membuatkan aku nak beli buku mate banyak2 la plak.. ^_*.

Actually nak wish congratulation kat abang sebab konvo rini. Tapi sedih.. tak dapat nak tengok live istiadat tue kat internet. Line lambat. Waaaaaaaa. Oleh yang demikian tiada bunga or pic. untuk diselitkan dalam entry ni. Ti balik ayang buatkan jambangan bungan tahi ayam banyak2 tok abang k. Oleh itu sila pulang dengan kadar yang segera ok. Hahahahahaha......

//waiting for my hubby. Pic or what ever after his come back ok..^_^

Oct 6, 2010

25 weeks already..^_^


Head to heels, your baby now measures about 13 1/2 inches. Her weight — a pound and a half — isn't much more than an average rutabaga, but she's beginning to exchange her long, lean look for some baby fat. As she does, her wrinkled skin will begin to smooth out and she'll start to look more and more like a newborn. She's also growing more hair — and if you could see it, you'd now be able to discern its color and texture.

*****************************************

Dah besar dah baby actually. Hari2 die dok guling2. Kecik2 dah nakal.;p. Paling awal lagi 11 minggu lagi baby nak lahir tapi kalu ikut tarik due still have 15 weeks more. Dalam excited, i'm so scared. Yela kan, aku bakal melahirkan seorang manusia. Bukan sebiji duku langsat. Subhanallah. Semoga Allah permudahkaan segala urusan kami. Ameen.

Melihat 'ibu2' disekeliling yang melahirkan secara scissors, fuh kelihatan agak mengerikan. Hope aku boleh melahirkan secara normal. Ameen.

Oct 3, 2010

TERBAIK ..^_^

Salam

Congrate untuk Nur Uyun Aman. Rupanya ke-excitedan beliau untuk memakai jubah konvo di hari yang bersejarah amatlah berbaloi. Bukan sahaja dapat pakai robe di majlis yang bukan sume orang mampu nak involve, dapat anugerah lagi. CAYAlah...^_^. Aku jelezz seyh ngan ko..

TAHNIAH!. TAHNIAH! TAHNIAH!

muka bangga dapat join konvo.. ^_^. Bertambah bangga dapat 'bunga' tue.. aku nak jugak.. ^_^. Ade sesiapa baik hati nak bagi aku???

dek kerana excited nau dapat bergambar.. ^_^. sik bek muka mek nie comel... sesiapa yang nak berkenalan ngan beliau, borang dah ditutp yer. Sila la kalian berdukaita..;p

sila angkat tangan sekarang sape jer yang tak jelez?? kalian nak rompak pun x boleh.. dah sah2 ader name makcik nie kat plak tue.. ;p

kecantikan wanita

Seorang anak laki-laki
kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa
ibu menangis?"

"Kerana aku seorang
wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti",
kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya
dan berkata, "Dan kau tak akan pernah
mengerti"

Kemudian anak laki-laki
itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa
ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis
tanpa alasan", hanya itu yang dapat
dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu
pun lalu tumbuh menjadi seorang
laki-laki dewasa, tetap ingin tahu
mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi
Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa
wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan
seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup
lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya
kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya
kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan
mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan
untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan
untuk mendukung suaminya dalam
kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi
hatinya "

"Aku memberinya
kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa
seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku
memberinya air mata untuk dititiskan dan
ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu;¿kecantikan
seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya."

"Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya.. Tempat
dimana cinta itu ada."

dan ingat lah...
Setiap Wanita itu Cantik.

manusia, malaikat, syaitan

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... ..
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .....

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .....
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ...

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ...... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi disko, mesti seronok ni!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

sampainya hati kamu.. tak mo kawan..-_-

Salam

Meriahnya majlis perkahwinan yang dilansungkan harinie kat dataran bawah nie. Dengan khemah nyer penuh satu gelanggang. Pelamin yang kerusi pengantinnya mencecah hingga ke atap khemah. Walhal die punye pengantin tak sampai pun 1/2 dari kerusi tersebut (normal la manusia zaman sekarang paling tinggi pun 6'' jer. ^_^) Peh grand gile. Selalunya kat perumahan ni, kalau majlisnya buat di gelanggang, itu mesti dari family load. Yela, kalau guna dewan kecik, mane muat ramai2. Dari malam tadi majlisnye tak henti.

nie majlis kawen sape nie bah?

ntah. baba tak kenal plak. Ade tak dapat kad jemputan?

rasanaya xder plak. -memang xder pun.. -_-

Harini asal xder keje je aku kuar kat beranda. Asal aku kuar kat beranda jer, ngah takde keje la tue. Tak lain tak bukan nak tengok majlis yang sedang berlansung. Huhuhu... nampak bumbung khemah je dari rumah.

Sampai hati diorang tak jemput mentua aku. Takkan nak jemput aku plak kan. Yang aku kenal pun jiran sebelah nie jer. Tapi apek tue xder plak wat kenduri. Kalu buat pun, ape pulak relevannya nak jemput aku kan??? Erm baru berangan nak gi makan kenduri. Tapi xder rezeki la plak. Kejam kan dieorang tak jemput aku. Nasib baik bukan mengidam. ^_^

Sep 25, 2010

mesra alam la sikit. u're not alone here ok

Salam

Sila mesra alam ok. Jangan la datang2 rumah orang wat macam rumah sendiri. Anda still tetamu okey. Tak kisah la kalu anda memang datang tiap2 hari, anak2 siap di jaga oleh tuan rumah, siap memang menjamu selera lagi tapi anda masih lagi TETAMU dan bukan PENDUDUK TETAP ok.

Diulangi. Sila mesra alam k. Bila nak tengok tv, utamakan majoriti ok. Bukan datang2 dan melihat tuan rumah sedang menonton ''remote mane??''.. tuan rumah pun dengan berat hati menjawab ''tak tahu''. Anda bulat kan mata mencari dan jumpa. pap siaran dialih.

Channel sport. West Herm vs Tottenham. Siaran Lansung.

Agak2 la cikit. Tuan rumah yang sepatutnya lebih berhak anda rampas hak nye untuk menonton. Kalau anda kaki bola, jangan anggap orang lain pun kaki bola cam anda. Kami ade hati dan perasaan ok. Janganlah tambahkan dosa kering kami dengan ngumpat anda di belakang. Kalu anda tak suka ngan citer yang kami tengok.. Kami pun tak berapa berminat ngan channel yang anda pilih.

Ulangan kali ke-2. Sila mesra alam k. Agak2 lah sikit. dah malam kot. xmo la jerit2. Jiran2 nak tido. Lagi2 anak kecil yang dalam buaian kat sebelah tue. Tuan rumah pun nak tido. Tapi ko dengan takde kesedaran siviknya menjerit 'GOAL! SHOOT! TENDANG LA! BODOH LA TAK RETI SEPAK.'' Lagaknye macam profesional player la plak.ish ader jugak yang aku suruh die balik kang nie. Relax la. Anda jerit2 pun buat ape? free jer hilang sore. Dah la insurans x cover. Bukannye player tue dengar pun sore anda yang sumbang tu. Nak berkenalan ngan anda pun jauh sekali. Hentikanlah sume tue.. -_-.

Jangan sampai tuan rumah berkata ''Kau Bile nak balik? Dah lewat malam nie''. Itu adalah salah satu tanda yang tuan rumah minta anda menonton di rumah anda sendiri. Sila faham & mengerti ok. Kalau tak fahm jugak................. LU PIKIR LA SENDIRI

~ mengantuk tahap dewa ~
aku bukanlah tuan rumah ok. -_-.. aku juga tetamu

knowledge to share..

Salam.

Atas desakan rasa ingin tahu yang menggunung dan juga disebabkan oleh rasa sakit di perut yang menyerang dalam 2 3 harini(actually bukan la perut. Dulu Bio aku terbalik dok..^_^. Setelah di enalpasti, sains mengenali sebagai abdomen.) yang menyebabkan aku terpaksa membataskan pergerakan. (bape banyak'yang' da???) Sakit kot. Mana tahan. Nak bangun jer dari duduk, fuh.. rasa nak nagis. Nak jugak kan tahu kenapa. My next appoitment next week plak.

Dalam mencari-cari akhirnya aku jumpa juga. Ape lagi, aku kan suke keje2 copy paste nie. ^_^. Sila la baca yer. Mane tahu ader plak isteri, anak, adik, kakak, or kalian sendiri yang mengalami.. so pasni dah tahu la serba sedikit.

written by : Dr. Zubaidi [click here for more information]



“Segala puji bagi Allah yang memberikan kesakitan dan yang menyembuhkan. Sesungguhnya setiap kita akan diuji untuk melihat siapa di antara kita yang lebih baik amalannya”

Saya mulakan artikel kali ini dengan satu pertanyaan dari seorang ibu yang kerungsingan.

Tuan Doktor, sekarang saya mengandung 30 minggu anak kedua. Anak pertama sudah 4 tahun dan lahir secara pembedahan caeseran. Kenapa saya merasa sakit di pangkal perut bawah seolah terasa bayi yang di kandung berada di bawah tu? Saya merasakan sakit perut itu seharian dan saya merasa tidak selesa. Saya sudah berjumpa doktor dan telah menjalani ujian scan untuk bayi saya. Doktor memberitahu kedudukan bayi saya adalah normal, bergerak aktif dan pergerakannya melebih 10x sehari. Saya ingin bertanya doktor masalah saya iaitu sakit perut yang tidak henti-henti dan apa perlu saya buat?”

Adakah wanita yang hamil merasa sakit di bahagian abdomen bawah dikira normal?

Ramai wanita yang hamil mengadu sakit perut. Bayangkan dengan penambahan berat bayi beberapa kilogram di dalam abdomen, sudah tentu ianya akan memberikan suatu keadaan yang tidak selesa dan tidak menyenangkan.

Selalunya ‘ketidakselesaan’ ini tidak merbahaya, namun adakalanya ianya adalah tanda awal kepada masalah yang besar. Ianya boleh jadi berkaitan dengan kehamilan, namun ada juga kesakitan yang tiada kaitan langsung dengan kehamilan. Ini bermakna wanita yang tidak hamil juga mengalaminya.

Namun begitu jika ‘ketidakselesaan’ ini atau kesakitan pada abdomen ini berpanjangan, jangan dibiarkan. Bukan saja ia mungkin boleh menyebabkan bahaya kepada ibu yang hamil, malah kepada bayi yang berada dalam kandungan.

Saya cuba membincangkan secara ringkas beberapa masalah yang berkaitan dengan ‘ketidakselesaan’ atau kesakitan di bahagian abdomen terutama di akhir kehamilan. Namun diharapkan puan-puan tidak cuba mendiagnosa diri sendiri. Berjumpalah dengan doktor yang biasa puan buat rawatan semasa kehamilan. Doktor yang biasa merawat puan mungkin lebih memahami puan dari segi masalah kesihatan puan dan juga lebih perhatian kepada emosi puan. Ramai yang tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh doktor yang baru dikenali hanya kerana mungkin doktor itu kurang menghargai emosi mereka. Jadi untuk tidak merasa kecewa dengan diagnosa yang diberikan, berjumpalah dengan doktor yang biasa puan jumpa.

Agaknya kesakitan yang bagaimana dikatakan merbahaya dan yang mana pula dikatakan tidak merbahaya?

Saya cuba menyusun beberapa tanda kesakitan perut berserta dengan keluhan lain yang mungkin merbahaya. Antaranya ialah kesakitan abdomen berserta dengan sakit yang memulas-mulas yang berulang-ulang dan berlarutan beberapa lama, pendarahan dari faraj sama ada sedikit (darah bercampur lendir atau spotting) atau darah yang banyak, sakit perut berserta demam dan menggigil, keluar lendiran banyak yang keluar dari faraj, atau kesakitan abdomen ketika kencing serta rasa loya dan muntah.

Adakah ianya tanda serius?

Antara sebab ketidakselesaan di bahagian abdomen yang merbahaya ialah kelahiran pra matang. Keadaan begini berlaku tanpa sebab, apabila rahim mula mengecut (contraction) dan pangkal rahim (cervix) mula mengembang dan membesar sebelum umur kelahiran 37 minggu. Jika tidak dikawal, ini menyebabkan bayi di dalam rahim akan keluar sebelum tiba masanya.

Maka jika puan merasakan ‘ketidakselesaan’ atau kesakitan pada umur kehamilan sebelum 37 minggu , eloklah segera berjumpa doktor.

Pengalaman saya bekerja di wad bersalin, ika kesakitan abdomen itu berterusan terutama di bahagian bawah (ari-ari atau suprapubic), maka wanita hamil itu dinasihatkannya untuk rehat di wad untuk pemerhatian. Jika keadaan terkawal, kehamilan bayi dapat diperpanjangkan. Jika tidak kelahiran pramatang tidak dapat dielakkan.

Tanda-tanda awal bagi kelahiran sebegini ialah sakit di bahagian abdomen bawah. Ianya boleh saja sakit yang menggganggu atau hanya terasa penuh dan tidak selesa. Kadang-kala ianya melarat menjadi sakit seperti senggugut dan berpanjangan. Ada yang menceritakan seolah-olah memulas-mulas 4-5 kali setiap jam. Ada juga yang merasakan kesakitan itu melarat hingga ke pinggang.

Tanda lain bagi kelahiran pramatang ialah keluarnya lendiran dari faraj (vaginal discharge) sama ada ianya berbentuk lender pekat, cecair yang cair atau bercampur dengan darah.

Asalkan lendir itu keluar dari faraj pada wanita yang hamil, ianya merupakan tanda yang tidak baik. Apatah lagi darah yang keluar merupakan darah yang merah (fresh blood), ianya lebih membimbangkan.

Satu lagi kes yang serius ialah keadaan yang dinamakan sebagai ”Placental abruption”. Ianya amat serius kerana uri (placenta) mula berpisah dari dinding rahim sebelum proses kelahiran bermula.

Placental abruption ini berlaku secara tidak semena-mena menyebabkan pendarahan yang banyak ketika hamil. Cuba bayangkan seorang wanita yang hamil, sedang berjalan tiba-tiba terjatuh dan pendarahan yang banyak keluar melalui farajnya. Ininya mungkin tanda placenta abruption.

Namun begitu jika uri yang berpisah dari dinding rahem secara perlahan-lahan, pendarahannya mungkin hanya sedikit atau mungkin hanya lendir bercampur dengan darah saja yang keluar dari faraj.

Pendarahan itu boleh berkumpul dalam airtuban, dan mula disedari apabila selaput airtuban itu pecah ketika melahirkan bayi.

Masalah dengan Placenta Abruption ini bukan saja kehilangan darah pada wanita yang mengandung itu, tetapi nyawa anak yang dikandung. Keadaan anak yang dikandung dapat diteliti dan diperiksa dengan menggunakan ultrasound untuk melihat pergerakan bayi dan degupan jantungnya.

Jangkitan kuman pada pundi kencing juga sering berlaku pada wanita yang hamil. Perlu disedari bahawa jangkitan kuman ini amat mudah berlaku pada wanita yang hamil akibat kesan dari hormon dan saluran kencing (urethra) mereka yang pendek. Hormone estrogen menyebabkan juga lubang kencing mereka relax, tidak ditutup rapat dan mudah dimasuki kuman.

Wanita yang bermasalah begini kadang kalanya merasakan pedih ketika kencing. Mereka mengadu seperti rasa terbakar di bahagian abdomen bawah, atau mungkin hanya tidak selesa di bahagian itu.

Doktor akan melakukan ujian air kencing dan selalunya menamakan sebagai ‘kencing kotor’. Pesakit juga mungkin tidak dapat hendak mengawal kencing dan rasa tidak puas selepas kencing. Warna iair kencing mungkin kuning pekat, keruh, berbau busuk dan kadang kalanya bercampur darah.

Jika tidak dirawat dengan betul, ianya mungkin melarat sehingga menyebabkan jangkitan kuman di ginjal.

Faktor-faktor Lain

Banyak juga punca sakit perut yang tidak berkaitan dengan kehamilan. Ianya mungkin berpunca dari jangkitan kuman dari makanan akibat food poisoning, atau sakit di sebelah kanan bawah iaitu appendicitis, batu karang di ginjal, jangkitan virus hepatitis, kesakitan di bahagian kanan atas akibat jangkitan pundit hempedu, jangkitan kuman pancreatitis, dan juga masalah usus yang tersumbat (bowel obstruction).

Mungkin juga kesakitan itu tidak merbahaya, namun harus berjumpa dengan doctor untuk memastikan bahawa ianya bukannya satu keadaan merbahaya dan kecemasan.

Masalah perut berangin dan kembung perut akibat terkumpulnya gas berlaku kerana hormone semasa mengandung melambat proses penghadaman. Rahim yang membesar juga menyebabkan tekanan pada usus dan perut, memburukkkan lagi keadaan.

Sembelit juga memberikan rasa tidak selesa di bahagian abdomen bawah. Ianya dapat diatasi apabil najis yang telah lama berkumpul keluar melalui lubang najis. Jika memakan banyak serat tidak membantu, bolehlah membeli ubat di farmasi atau klinik.

Di dalam bahagian pelvis, ada stuktur yang dinamakan sebagai “ Round ligament”. Ligamen ini yang ‘memegang’ rahem agar berada pada kedudukan yang stabil. Salah satu punca yang menyebabkan rahem ‘turun’ apabila ligament ini tidak lagi kuat.

Apabila kandungan kehamilan bertambah, berat yang harus ditanggung oleh stuktur untuk mengekalkan posisi rahem telah menyebabkannya menjadi keras, tebal dan regang (stretch).

Akibatnya wanita yang hamil akan merasa tidak selesa atau kemungkinan rasa sakit seperti ditikam/dicucuk-cucuk untuk sementara waktu atau ‘sakit yang sukar diceritakan’ di kedua-dua belah abdomen bawah. Kesakitan ini mula dirasakan apabila pesakit bangun dari posisi duduk atau mencangkung, batuk yang kuat atau mengangkat barang dari lantai.

Atau ianya dapat dirasakan setelah lasak bekerja dan mengemas rumah. Kesakitan begini dinamakan Round Ligament Pain. Sukar untuk mendiagnosanya dan tiada ubat yang spesifik untuk kesakitan sebegini. Banyakkan rehat dan berhenti dari melakukan kerja-kerja yang berat. Dapatkan pendapat doktor jika kesakitan atau ketidakselesaan itu berlarutan walaupun setelah berehat.

Ada juga yang mengadu kesakitan di bahagian abdomen bawah di umur kehamilan menjejaki 30 minggu. Ia dirasakan seperti rahem mengeras dan dinamakan Braxton-Hicks contractions. Sebelum umur kehamilan 37 minggu ianya tidak merbahaya, namun biasanya ianya tidak berapa sakit dan tidak kerap.

Kesakitan ini bukannya suatu petanda kelahiran tetapi mungkin akibat pergerakan bayi di dalam rahem yang merangsangkan pengecutan rahem. Harus diingat keadaan sebegini tidak seharusnya disertai dengan keluarnya darah atau cecair dari faraj.

Kesimpulan

Bagi wanita yang mengalami kesakitan atau ketidakselesaan pada bahagian abdomen bawah, dan telah menjalani ujian dan pemeriksaan doktor, saya nasihatkan agar banyak bersabar.

Seperti mana yang saya selalu tuliskan, dengan bersabar, minda kita akan mudah menerima ujian Allah ini dan tubuh kita akan lebih mudah menerima kesakitan ini.

Jangan banyak berfikir tentang kesakitan dan ketidakselesaan itu, amalkan membaca al Quran dan zikir yang sahih. Petua-petua ini telah menjadi amalan berkurun-kurun oleh solefussoleh, isteri dan anak-anak mereka. Semoga Allah memberikan kita kekuatan untuk bersabar dan berjuang untuk terus menjalani kehidupan. Ameen.

note: Sedikit terubat perasaan dengan nasihat terakhir doktor ni. Sengaja aku 'bold' kan. Buat peringatan untuk aku yang 'chemei' nie. Thanks doc..^_^

Sep 21, 2010

23 weeks dah our baby.. ^_^

Salam



Turn on the radio and sway to the music. With her sense of movement well developed by now, your baby can feel you dance. And now that she's more than 11 inches long and weighs just over a pound (about as much as a large mango), you may be able to see her squirm underneath your clothes. Blood vessels in her lungs are developing to prepare for breathing, and the sounds that your baby's increasingly keen ears pick up are preparing her for entry into the outside world. Loud noises that become familiar now — such as your dog barking or the roar of the vacuum cleaner — probably won't faze her when she hears them outside the womb.

******************************************

Harini genap anak kami 23 minggu. Bersamaan dengan tarikh appoitment kat HKL. Memang sengaja aku tunggu harini tok post citer baru. ^_^. Appoitment harini pun berikutan disebabkan aku kene 'chicken-pox' time primed dulu.

Alhamdulillah melalui scan yang dibuat, our baby bebas dari sebarang virus chicken-pox. Bak kate doc yang buat scan tue...''selalunya jika bayi ader jangkitan, semua anggotanya akan nampak pendek2. Tapi yang nie bile saya ukur die mengikut usia''. Alhamdulillah. Aku bersyukur sangat2. Dan doc tue ade cakap ''selalunya kalau ibu terkena chicken-pox time primed, kebiasaannya bayi takde ape2. Kalau terkena jangkitan pun hanya 2/1000. tu pun selalunya x dapat dikesan melalui scan. Ianya halus dan unik''. Thanks Allah selamatkan kami..^_^.

Appoitment kali ni dikenali sebagai detail scan. Name pun detail kan. Jadinya doc2 (sebab aku di scan 2 kali.Dr & Dr.Pakar) yang scan aku tue memang die scan secara detail la. Setiap sudut die scan. Jadinya... Dapatlah aku melihat bayi kami dengan jelas sekali. Sangat seronok. Tak dapat digambarkan dengan kata2. Bile inga balik aku akan senyum sorang2.

Aku dapat tengok jari2 kaki n tangan baby, kaki , hidung, mulut, telinga, muka, jantung, tangan & tulang2 die. Comel bangat. Rasa macam x sabar nak tunggu baby lahir. Waktu scan tadi baby ngah tidur. Jadi x dapat la tengok baby wat aksi gimnastiknya. ^_^. Sekarang berat baby dah 1/2 KG. Agak2 lahir ti bape KG ek????

Kalian doakan kami sekeluarga yer. Alhamdulillah, abang pun telah selesai memduduki peperiksaan. InsyAllah, lepas konvo abang balik. Jadi dapatlah baby kenal2 sore walid. Mesti baby terkejutkan ti tetibe ader suara 'asing' yang borak2 ngan die. ^_^.

note: happy mode..^_^.Happy2 day

Aug 30, 2010

SATU MUHASABAH: Kenapa Yahudi Bijak

Salam

Note: Just copy & paste

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran - admin). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato! ' Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Penulis : Dr. Stephen Carr Leon

Di alih bahasa oleh :Adibah Mohd NoorMatriculation Lecturer, Department of SciencesUIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.

(Bukan menyokong Hitler, tetapi hanya untuk membuka minda kita - Admin)

Aug 27, 2010

manusia hanya merancang.....

Salam.



Sering kita dengar dan sebut2kan.. Manusia hanya merancang, Allah juga yang menentukan segalanya. ^_^. Begitu juga dengan kami. Kami hanya mampu merancang, tetapi perancangan Allah itu sebenarnya lebih sempurna. Punyai hikmah disebalik segalanya. Yang mana sering kita sebagai manusia lupa.. malah lebih kepada mengikut kata hati. Sering kita menyalahkan ketentuan yang telah ditetap. Tapi sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang dan Maha Mengetahui segalanya yang mana manusia tak pernah tahu.

Kami (aku dan abang) juga merancang. Tapi perancangan Allah itu leebih sempurna walaupun kami tak tahu apakah hikmah disebalik semua ini. Kami merancang konon2 nya tahun nie nak menyambut Aidilfitri bersama. Tapi yela kan, kita hanya merancang. Dan perancangan itu masih lagi belum 'diluluskan'. Jadi buat masa ini terpaksalah kami menangguhkan perancangan itu hinggalah ke tahun hadapan kerana buat Abang masih belum 'diizinkan' untuk pulang. InsyaAllah.

Walaupun kecewa yang teramat pada mula2 mendapat berita ini, tapi kini kau akur dan sedar semua itu tidak dapat mengubah apa2. Aku seharusnya memberikan dorongan dan sokongan pada abang yang kini masih lagi perlu meneruskan perjuangan yang masih belum tamat. Bila difikir dan ditimbang. Jika aku yang hanya sebagai 'pendengar' di sini boleh mencurahkan air mata kesedihan, apatah lagi abang yang terpaksa menanggungnya di sana. Jauh dari keluarga.

Aku yakin dan percaya, abang tentu lagi sedih bila mengatahui aku sedih atas ketentuan ini. Maafkan isterimu ini wahai suamiku. Semoga aku berpeluang menajadi penguat semangat abang di sana. Semoga abang berjaya dalam 'perjuangannya' yang bakal di tempuhi tidak lama lagi. Ameen. Aku masih ingat, aku juga pernah berhadapan dengan situasi seperti ini. Tetapi nasib aku baik sedikit kerana tidak perlu menghadapinya. Bak kate abang, Allah nak bagi die peluang kedua. ^_^

;;// Semoga abang berjaya dalam 'perjuangan' ok.. ^_^. kami sentiasa mendoakan kejayaan abang.

Aug 25, 2010

i don't know.. -_-

Salam

Kali ini tetibe rasa ingin menyelitkan cerita yang berlaku beberapa minggu lepas dan berkesinambungan hingga ke harini. ^_^. Mungkin dalam 2 minggu lepa, tapi tak la begitu pasti, aku berSMS dengan abang (walaupun sebenarnya hari2 kami berSMS)

Abang, kalu ayang xnak keje lepas bersalin boleh? Ayang nak jaga anak2 -Baru nak dapat satu udah anak2 kok..^_*

Abang x kisah jer sayang. Tapi ayang x bosan ker?


Ayang ingat nak belajar jahit la. Ti boleh wat macam Kak Tam -akak ipar aku yang sekarang dah jadi tailor

Dengan bersemangat aku nak menjahit. Memang dah lame terpedam. Tapi yang dulu2 tue hanya menjahit untuk diri sendiri dan family aje. Kerana aku memikirkan zuriat ang bakal lahir. Sape yang nak jaga??. Mak or Mertua? x mungkin. Waktu2 begini lah sepatutnya aku memberi peluang kat MAK2 aku untuk berehat. Bukan lagi 'bertugas' membesarkan cucu. Cukuplah segala pengorbanan yang telah dicurahkan buat kami. Tak terbalas segalanya.

Bila memikirkan juga mengenai penyusuan. Aku ingin menyusukan sendiri anak2 aku sehingga kalau boleh berusia 2 tahun. Kerana aku time kecik2 tak pernah disumbatkan mulut dengan sebarang botol susu. Dan susu tepung juga ta pernah memasuki perut aku hinggalah aku pandai belajar untuk berdikari. Seusia 16 tahun. Aku usulkan pada mertua yang aku nak menjahit..

Saya ingat nak belajar jahitla mak. Nanti boleh amik tempahan

Larat ke nanti? dengan kerja lagi

Tula ingat nak menjahit jer.

Sambilan boleh la. Sayang. Dah belajar takkan tak nak kerja

Aduss gawat. INGATkan nak menjana pendapatan kat rmah aje. Boleh menjahit, buat kuih ke. Hahahhah... belum apa2 dah berangan tinggi melangit. Macamnya angan2 mat jenin. Dan sekarang nie pulak berangan nak belajar buat cupcake plak. Mana tau i dah teror ade orang datang buat tempahan. Huhuhu.. Tapi bukan mudah kan semua tu???

Fikiran bercelaru kot sampaikan aku memikirkan sejauh itu. Almaklumlah, sekarang sudah jadi suri rumah 24 jam. Orang pregnant memang susah agaknya untuk diberi peluang membina kerjaya.. -_-.

;// Tetibe emosi bila pikirkan pasal kerja. -_-

19 weeks. ummi & baby

Salam

Your baby's sensory development is exploding! Her brain is designating specialized areas for smell, taste, hearing, vision, and touch. Some research suggests that she may be able to hear your voice now, so don't be shy about reading aloud, talking to her, or singing a happy tune if the mood strikes you.

Your baby weighs about 8 1/2 ounces and measures 6 inches, head to bottom — about the size of a large heirloom tomato. Her arms and legs are in the right proportions to each other and the rest of her body now. Her kidneys continue to make urine and the hair on her scalp is sprouting. A waxy protective coating called the vernix caseosa is forming on her skin to prevent it from pickling in the amniotic fluid.

****************************************
****************************************

Semalam (24/08/2010) adalah temujanji aku dengan Klinik Kesihatan untuk sekian kalinya. Temujanji memang sengaja aku minta time bagi, konon nya berharap ingin lepas dari 'kesesakan'. Rupanya meleset sama sekali. Tulah, niat terpesong. hehehhe. Sampai2 aje kat klinik, mata aku terus dijamu dengan kesesakan yang teramat. Mana aku nak duduk nie???



Malas la pikir banyak, trus gi tempat timbang.. uhh.. masih lagi maintain. jadi xdelah membesar dan debab. Hehehehe. Amik HB.. 10.1.. dan pastue kene la plak menunggu. Fuh.. boleh tertidur-tidur aku. Punye la ramai. Appoitment aku yang jam 8.30 walaupun aku telah menghadirkan diri lebih awal dari waktu tersebut akhirnya dapat masuk bilik temujanji jam 9.45. Lunguh kot pinggang & tengkuk aku.

Kali nie masuk2 terus disuruh baring atas katil pesakit. Satu mesin yang macam tempat scan tue di gerak-gerakkan atas perut aku. Nie nak buat ape plak nie. Nurse stil lagi mencari sesuatu dengan 'ibu mesin' tue masih lagi mendendnagkan bunyi yang aku tak pasti. Dan akhirnya

''tue la bunyi jantung baby''

Ha?? Jantung baby.. Aku macam x caya plak. Rasa nak kuar air mata. Terharunya. Aku dapat dengar degupan jantung my baby. Macam tak caya jer. Memang ader seoran lagi insan yang yang sedang membesar di dalam rahim aku. Klakar kan. Sebab hari2 aku slalu pikir.. ''betul ke aku ngandung??'' akhirnya aku percaya yang aku memang akan menjadi ibu tak lama lagi. ^_^

Sambil anyam angan2 tibe2 kene marah. Waaa.. Berat aku yang konon2 dibanggakan maintain tue tidak mencapai 'piawaian'. Hb yang 10.1 tue pun rupanya tak cukup. Tak pasal2 kali nie aku dapat lebih banyak tablet yang perlu ditelan. Kalau sebelum nie dua jenis je.. sekarang nie dah digandakan samapi 4 jenis. B Complex, Acid Folic, Vitamin C & Iron Tablet yang digandakan kuantitinya. Dan aku juga diminta melebihkan makanan dan sayuran yang banayk menagandungi zat besi such as bayam, hati, kerang. Siap kene warning lagi. Tak tahan tol.

Tapi takpe, demi baby yang bakal lahir nie, aku akan cuba untuk memenuhi segala saranan mereka. Kalian doakan aku yer.. sebab.. makanan yang tersenarai itu adalah tidak berapa kena dengan selera kampung aku ni. -_-.

Buat Abang di perantauan;
Kasian walid sorang2 di perantauan. Sejak disahkan bakal memjadi seorang ayanh, abang hanya memperolehi berita dari SMS or YM jer. -_-. Walid jangan sedih2 ek. InsyaAllah semoga Allah permudahkan urusan & bolehlah walid kembali bersama ummi & baby. ^_^.

Aug 23, 2010

CUMA MERAWAT ; Pendidikan seks bukan penyelesaian terbaik tangani masalah sosial

Harian Metro
Isnin, 23 Ogos 2010

Pada pandangan saya, isu pendidikan seks di sekolah perlu digarap dan diperhalusi dengan penuh cermat dan bijaksana sebelum sebarang tindakan diambil. Keputusan melaksanakan pendidikan seks tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa.

Saya melihat isu ini agak rumit kerana ia mebabitkan pelbagai faktor dalaman dan luaran. Jika dilihat konteks yang lebih luas, kerajaan Britain telah terlebih dahulu melaksanakn pendidikan seks di sekolah. Namun ternyata mereka masih gagal membanteras gejala sosial yang berlaku, malah lebih parah gejala sosial dalam masyarakat Britain semakin meningkat walaupun pendidikan seks dilaksanakan.

Dalam hal ini, saya melihat seks bukanlah penyelesaian terbaik untuk menangani masalah sosial di negara ini. Apa YANG LEBIH MUSTAHAK ialah PENEKANAN DAN PEMAHAMAN TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN ISLAM DAN PENDIDIKAN SIVIK itu sendiri. Pada hemat saya, sistem pendidikan Islam yang sedia ada pada hari ini perlu dikaji dan diperbaharui semula kerana sistem pendidikan sedia ada hanyalah bersifat mata pelajaran semata-mata tanpa menjadikan pendidikan Islam itu sebagai satu sistem pendidikan yang menyeluruh.

KESAN BESAR yang bakal dihadapi sekiranya pendidikan seks dilaksanakan ialah ia dilihat seolah-olah MEMBUKA JALAN DAN PELUANG KEPADA REMAJA UNTUK MELAKUKAN ZINA. Ini kerana, mereka sudah tidak perlu bimbang lagi terhadap perkara ini kerana sistem pendidikan itu sendiri telah yang mengajar mereka ke arah perkara berkenaan.

Di samping itu, saya melihat pelaksanaan pendidikan seks ini lebih kepada usaha untuk merawat dan bukannya mencegah, sedangkan usaha untuk mencegah itu lebih penting daripada usaha untuk merawat. Justeru, pihak yang terbabit harus berperanan dan mengambil kira pandangan daripada semua pihak mengenai isu ini untuk memudahkan sebarang keputusan dibuat.

Kesilapan dalam membuat keputusan khususnya perkara yang membabitkan dasar negara akan memberi kesan kepada semua pihak termasuk masyarakat. Oleh itu, keputusan yang bernas dan munasabah amat perlu untuk melahirkan generasi muda yang terpelajar, terdidik dan berakhlak mulia. Sesuatu tamadun bangsa akan runtuh sekiranya generasi muda mereka terdiri daripada mereka yang rapuh pegangan sistem nilainya


MUHAMMAD FIRWAN NORLIZA
Presiden,

Majlis Perwakilan Pelajar

2009/2010 UIAM

Aug 21, 2010

nasihat Luqman Nul-Hakim

Salam

Duduk2 merehatkan diri, aku meluangkan sedikit masa untuk menghabiskan buku mengenai panduan ibu semasa hamil. Bukan mudah menjadi ibu. Bukan sedikit tanggungjawab yang perlu digalas. Bukan senang untuk memikul tanggungjawab yang di amanhkan, tapi itulah yang perlu aku laksanakan. Malah MAK juga telah terlebih dahulu meggalas amanah ini untuk membesarkan dan mendidik aku, abang, kakak2 serta adik2ku. Tahniah MAK dan juga IBU2 di seluruh dunia. ^_^

Dalam menghayati bait2 tulisan si penulis, aku tertarik dengan beberapa nasihat Luqman Hakim kepada anaknya yang dimuatkan dalam buku ini. Aku rasa seronok untuk berkongsi bersama dengan kalian. Bukan hanya untuk kaum ibu dan bapa malah aku rasakan amat berguna untuk semua peringkat umur untuk menghayati dan mengikuti pesanan alim ini sehinggakan kisahnya Allah ceritakan di dalam kitab suci Al-Quran Karim.

Antara pesanan beliau ialah

1. Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini ibarat lautan yang dalam, banyak manusia yang karam kedalamnya. Bila engkau inginkan selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya ialah iman dan layarnya ialah tawakkal kepada Allah.

2. Hai anakku, seandainya orang tua marah kepadamu, maka marahnya itu adalah bagaikan baja bagi tanam-tanaman,

3. Jauhkanlah dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh manjadikan dirimu hina diwaktu siang dan gelisah di waktu malam.

4. Hai anakku, jika engkau ingin menemukan kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan pura-pura membuat dia marah. Bilaman dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah dia engkau ambil sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah engkau terhadapnya.

5. Hai anakku. Usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan kemanfaatan kepada orang lain.

6. Hai anakku. Janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan dunia saja kerana engkau diciptakan allah bukanlah untuk dunia semata. Sesungguhnya tidak ada makhluk yang lebih HINA daripada orang yang terpedaya oleh dunia.

7. Hai anakku. Janganlah engkau mudah tertawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, jangan engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau menanyakan sesuatu yang tidak ada gunanya bagimu. Janganlah mensia-siakan hartamu.

8. Hai anakku. Bergaul rapatlah dengan orang alim yang berilmu. Perhatikanlah kata dan nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengar nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mitiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur di sirami air hujan.

9. Hai anakku. Ambillah harta dunia sekadar keperluanmu, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya jangan engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau berteman dengan orang yang BERMUKA DUA, kerana akan membahayakanmu.

10. Hai anakku. seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai oleh seseorang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak mengelamun hal-hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semua itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

11. Hai anakku. Engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada itu semua, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga yang jahat.

12. Hai anakku. Janganlah engkau lansung menelan saja kerana manisnya barang dan janganlah lansung engkau muntahkan saja pahitnya barang. Kerana yang manis itu belum tentu menimbulkan kesegaran, dan yang pahit itu belum tentu meninbulkan kesengsaraan.

13. Hai anakku. Bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

14. Hai anakku. Bukanlah suatu kebaikan namanya bila mana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernag mengamalkannya. Hal ini tidak ubahnya bagaikan seorang yang mencari kayu bakar, setelah banyak terkumpul maka ia tidak kuat memikulnya padahal ia masih menambahkannya.

Marilah sama2 kita ambil nasihat ini sebagai panduan kita dalam kehidupan. Aku menasihati diri sendiri untuk berusaha memperbaiki segala kelemahan. Kerana aku manusia yang kerdil yang terlalu cetek ilmu jika dibandingkan dengan 'ilmuan' dikelilingku.. Malu rasanya.. -_-

Aug 19, 2010

lemang oh lemang

Salam

Ramadhan sudah kembali lagi. Alhamdulillah.. banyak fadhilat bulan yang mulia ini. Alhamdulillah juga kerana hari pertama puasa aku dapat melaksanakannya di kampung halaman. Seronok rasaya. Dah terlalu lama tak berpuasa dengan mak. Selalunya aku berpasa di rantauan. hehehheh

Seperti kebiasaan setiap tahun. Sebelum menyambut ramadhan, family aku membakar lemang. Emak la yang paling bertungkus lumus. Nak harapkan aku?? huhuhuh... alamtnya tak jadi lemang la. Motif nye tiada tapi mungkin untuk merasai dengan lebih dekat yang ''kita nie memang dah nak pose. Jadi bersiap sedia lah''. Tapi nak raya pun akan masak lemang jugak. hehehhe

Aha.. nie dah story tentang lemang plak yer.Bukan apa sebenarnye aku seronok sangat dapat pose & buat lemang sama2 ngan mak. hehheheh.. Ibuku yang tersayang. Sayang bangat sama mak. hehehhe. Ntah bila la aku nak belajar buat lemang yer. Mak kate, die pun belajar buat lemang dengan arwah abah dulu pas kawen. Alhamdulillah sampai sekarang mak masih menggunakan resepi yang sama. Nak kene belajar nieh. Warisan.

Kalu mak belajar buat lemang dengan arwah abah dulu. Aku pun kene la blajar ngan abang kan?? Hurm.. Abang pandai bakar lemang tak ek?? kene siasat nieh. huhuhuhu.. ti abang ajar aku buat meriam buluh plak.. Gawat.. ^_^

;p Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak ya! Sape tak pose tak leh raya keyh!!!!!!!!!!!

Aug 5, 2010

nak gelak berpada-pada keyh.. jangan sampai terkeluar anak tekak plak

Salam

Erm baru aku perasan, dah seminggu rupanya usia anaknya pasangan Marzuky & Hayati.. That mean, udah seminggu juga la aku tidak mengirimkan sebarang 'maklumat' buat kalian. Uhhh sedihnya,, huhuu terharu seyh. motifnya?? otak kacau la nie.. hahhah

Kali nie biarlah hanya sebuah 'kisah' pendek keyh.. berkisar tentang seorang insan yang sentiasa mempunyai konflik dapat hidup die.

John : Mymobile bill how much??
Call centre girl : Sir, u just dial 123 to know the current bill status
John : Stupid, not CURRENT BILL but my MOBILE BILL

John : I think that girl is deaf
Friend : How do you know?
John : I told i love her, but she said her chappal are new

Lecturer : Which is the oldest animal in the world?
John : ZEBRA
Lecturer : How?
John : Because it is Black & White

John : Miss, do you called to my mobile?
Lecturer : Me? No, Why?
John : Yesterday i saw in my moblie -''1 miss call''

Judge : Don't you have shame? it is the 3rd time you're coming to court
John : you're coming daily! don't you have shame??

Question : Should women have children after 35?
Smart John Replied : NO
'' 35 children are more than enough"

Sir : What is different between Orange And Apple?
John : Color of Orange is orange, but color of Apple is not Apple

John attending an interview in software company
Manager : Do u know MS Office?
John : If u give me the address, I will go there sir

John in airplane going to Bombay. While its landing he shouted "BOMBAY... BOMBAY"
Air hostess said : ''B silent"
John : Ok. Ombay. Ombay

John got SMS from his girlfriend
"I miss you''
John replied
"I MR YOU"

John : Doctor! My son swallowed a key
Doc : When?
John : A month ago
Doc : What were you doing till now?
John : We were using duplicate key


p/s: make sure kalu nak hentak kepala, pastikan dinding sebelah kalian telah di alas dengan bantal yang benar2 empuk ok.

Jul 23, 2010

senyum itu tanda kegembiraan.^_^.. i'm happy for u too..

salam

Inilah penyeri sesawang aku kali ini. Lihat saja pada senyuman mereka. Aku bukan lah nak buat advertising tentang jenama ubat gigi ape yang depa nie guna k. Aku just nak buat WISH jer
CONGRATULATION to


Marzuky & Hayati

(Takkan la nak letak pic aku plak. Tiada kene mengena dalam kes nie ok.) Kerana telah dikurniakan seorang cahaya mata (the next.. kite tunggu lain taun plak k) yang telah dilahirkan pada

Tanggal 22 Jul 2010 (tak sabar dah baby nak tengok ummi die.)

Jam 11 pagi.. seberat 2.9 kg.. female

jeng3x.............

si baby comel.. nama die?? tunggu En.Mar & Pn. Yati pi wat surat beranak dulu k.

Anda rasa ikut rupa sapa??? Yang penting bukan muka kalian ok..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...