let get Human Anatomy & Physiology Study Course NOW. Dont miss this opportunity!!!!!!!

Oct 26, 2009

sahabat or kawan

Assalammualaikum.

Erm ape pendapat anda tentang SAHABAT & KAWAN? Adakah mereka sama ataupun berbeza? Kalau ikutkan pandangan aku pulak.. ianya berbeza dan juga punyai ciri2 yang berbeza. (nak tau nape aku tulis nie?? sebab aku sedeyh sangat2.. -_-.. kawan or sahabat??) Sahabat itu boleh dikatakan seseorang yang tidak mempunyai pertalian darah dengan kita tetapi setia dan sanggup bekorban demi ikatan persahabatan yang suci. Sahabat umpama permata yang sangat bernilai yang terlalu sukar untuk dimiliki dan tidak mungkin sanggup kita gadaikan.

Kawan tue pulak, kita boleh jumpa tiap2 hari, masa dan saat. Contohnya masuk class baru, tak kenal sesiapa pun and then ade sorang duduk sebelah.. berkenalan.. And itu pun adalah kawan. Tak tahu nama, asal tahu iras muka pun masih dikatakan kawan. Dan walaupun dah kenal lama, tapi bagi aku, KAWAN dan SAHABAT tue still jugak x sama..

Bagi aku SAHABAT tue macamni :

Bila kita rasa down, DIA akan beusaha pulihkan balik semangat kita (walaupun dengan wat lawak 'pandai'.. huhuhu)
Bila kita susah, DIA selalu berada di samping kita (kalau yang jauh tue, hp la kat sebelah)
Bila kita nak mintak pertolongan, DIA akan selalu menghulurkan tangan (walaupun kadang2 dia x mampu pun nak selesaikan masalah sendiri)
Bila kita bercerita, DIA dengan ikhlas meminjamkan telinganya untuk mendengar cerita kita (tak kisah la walau cerita tue bosan giler sebenarnya)
Bila ada orang lain yang mengutuk kita, DIA akan sering memperbetulkan keadaan (sebab die rasa perkara tue x betul.. name pun kutuk.. sure2 la ade tokok tambah.. ^_^)
Bila ada perkara yang kita buat x betul, DIA akan sering memperbetulkan kembali sampai betul (sebab dia sayangkan kita& tahu kita tak tahu)
Bila kita rasa sunyi, DIA akan menggembirakan kita
Bila DIA x berpuas hati dengan kita, DIA akan cakap terus terang.. takde nak kutuk2 kat belakang (aku lagi selesa camni.. boleh ubah ape yang x patut.. ^_~)
Bila DIA gembira, DIA mesti nak kongsi jugak kegembiraannya dengan kita


Tapi kalau KAWAN pulak bagi aku macamni :

Bila kita rasa down, DIA x pernah tahu pun.. dan kalau tahu pun, belum tentu dia akan naikkan semangat kita balik..
Bila kita susah, DIA akan menjauhi kita (takut berjangkit kot susah tue kat die.. -_- )
Bila kita nak mintak pertolongan, banyak betul alasan DIA bagi..
Bila kita bercerita, dan DIA rasa perkara tue macam membosankan, DIA akan wat2 tak dengar or tak pay attention pun.. Tunjuk muka bosan..
Bila ada orang lain yang mengutuk kita, DIA pun apalagi.. join la sama.. (bukan nye nak back-up ke ape..)
Bila ada perkara yang kita buat x betul, DIA dengan tensionnye betulkan kesalahan kita.. tapi siap cakap ''small matter je kot nie''.. (sabar jela ye..)
Bila kita rasa sunyi, belum tentu die tahu..
Bila DIA x berpuas hati dengan kita, DIA x kan cakap terus terang.. tapi bagitau orang lain apa yang DIA x puas hati ngan kita.
Bila DIA gembira, die nak bagitau satu dunia ape yang dia rasa.

Tapi itu hanya pendapat aku.. Setiap orang pendapat mereka berbeza. Ini ape yang aku nilai tentang 'sahabat vs kawan' aku.. Thankz sahabat sebab sudi menenangkan hati aku. Thank juga kawan, sebab sudi buat aku sedih.. -_-.

:// rasa nak nangis kuat2.. cengeng aku dah datang balik..

Oct 25, 2009

aeman : ayah



Ketika berjauhan masih ku rasa
Hangat kasih mu ayah
Betapa ku rindukan redup wajahmu
Hadir menemaniku

Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan
Walau hatimu sering terluka
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian

Ketika ku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Di saat diriku kehampaan
Kau setia mengajar ku erti kekuatan

Terpancar kebanggaan dalam senyummu
Melihatku berjaya
Bila ku kegagalan tak kau biarkan
Aku terus kecewa
Dengan kata azimat
Engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan

Tak dapat kubayangkan
Hidup ku ayah..
Tanpa engkau disisi
Semua kasih sayang
Yang kau berikan
Tersemat di hati

nota kaki : nak lebih menghayati.. sila click video di atas keyh! hehehe

Oct 22, 2009

kalau tak tahu cerita nie, rasa2 apa jawapan anda???

Assalammualaikum

kalau ader orang tanye '' KENAPA WANITA TAK BOLEH KAWEN LEBIH DARI SATU DALAM SATU MASA MACAM LELAKI'' .. Apa yang anda semua nak jawab???

ha.. jawab jangan x jawab keyh!! perah otak2 anda2 semua.. ^_^

Nak dijadikan cerita camnie la..

Hurm last week kalau aku x silap la.. (short term memory lost la plak.. -_-). time class, tengah2 lec mengajar, tetibe die buat cerita selingan. Lec aku nie baru balik dari kursus.. die pun cite la ape yang die dapat time kursus tue.. nie aku pendekkan jer.. nak story panjang2.. penat la plak.. ^_^

"perempuan yang kalau die kawen, kalau bercerai mati, nanti kat akhirat dapat jumpe suami die balik.. tapi kalau die kawen lain, dah x dapat dah"

kami pun kusyuk la mendengar (tetibe masuk citer suami isteri la plak)

'' sape tahu, kenapa perempuan tue die x boleh ade suami lebih dari satu dalam satu masa.. tapi lelaki boleh."

aku pun dengan slambe jawab '' sebab anak yang lahir nanti nak bin dengan sape? ''

''pandai la die ni. (sambil tunjuk aku.. aku pun tercengan2 die cakap camtue.. aku pandai??? soalan simple je kot..) saya pun baru jer tau time kursus haritue kenapa perempuan x boleh kawen lebih dari satu. Selama nie terpikir jugak, tapi x tahu la apa sebabnya.,Haritue baru tahu"

erk.. aku jadi kelu sambil pikir sorang2. Biar betol dia tak tahu. Takkan la kot.. Terus aku pun berfikir.. Apakah ramai lagi yang dekat luar tue x tahu ???? Kompius...

Oct 19, 2009

'pensyarah' baru.. tak relevan sungguh

Assalammualaikum..

Bagaimana style lecturer sebenarnya? Yang aku selalu nampak, lec aku akan selalu handbag di bahu, kasut heal pulak.. kalau yang full cover, mesti ader heal.. kalu yang 'terbuka' pulak, xder yang flat, tumit kalau tak tinggi.. rendah pun jadi. Jarang plak aku nampak lecturer bergaya cam ctudent.. tapi student bergaya cam lecturer ramai la.. hehehe..

Aku plak... mane ade handbag.. yang aku sandang kat bahu tiap2 hari adalah beg yang berisi buku mengikut jadual class. Baju.. of course la baju bukan baju2 baru.. cantik jauh sekali, asal boleh pakai udah.. Kasut palk.. full cover tapi flat jer.. xder plak heal.. brand pun xder..-_-..i'm student k..

''Assalammualaikum cik "

CIK??? aduss.. bile plak aku jadi lecturer nie. (x paham... kenapa?? i'm not a lecturer.. tak nampak ker kad pelajar aku..?? huhuh ) .. Bukan sekali aku dipanggil 'CIK'. TApi yang peliknya.. bile jalan seiring ngan kawan2 aku pun, junior2 ku boleh plak panggil aku 'CIK'. (memang la 'CIK' lagi.. ^_^).. pastu ape lagi, terkekek2 dieorang gelak.. Ceh.. x sopan betul gelakkan aku.

Nak dibuatkan cerita, aku nie dapat gelaan 'CIK' secara x sengaja start lepas balik dari LI (that mean sem lepas la.. ).. Ingat lagi time tue, aku aku habis park, and jalan nak pi class... "Assalamualaikum cik''. Aku pun biasa jela.. ingat kan ade lec kat belakang.. tapi boleh dikatakan ''geng'' kepada adik tue bagi salam bile lalu sebelah aku. (dalam hati.. depa bagi salam kat aku ker??? ).. dan selepas2 itu kerap jugak aku dapat gelaran tue dari "junior2" yang aku tak berapa kenal. Sampaikan rasa nak besarkan ajer kad pelajar aku tue.. bagi depa celik cikit.. BIRU (colour kad pelajar jabatan aku) Bukan KUNING (kad pensyarah).

Apekah perasaan mereka panggil aku 'CIK'?? Rasa2 ape pula perasaan pensyarah2 aku kalu tahu student die (aku la) dapat title 'CIK' free??.. mesti mereka kecik hati kan? yela.. bukan senang pensyarah sekarang nak dapat salam dari pelajar.. alih2 aku yang takde kene mengena nie dapat title 'CIK'.. walhal aku nie pun student lagi..^_*.. hehheh..

Maaf CIK2 & PUAN2.. saya x bersalah.. mereka yang salah faham.. ^_^..

Oct 12, 2009

takziah.. -_- (2)

Assalammualaikum..

Takziah lagi ku ucapkan to my classmate.. beliau telah kehilangan ibu yang tercinta semalam (ahad, 11 oct). Terkejut sebanarnya. Tengah leka2 buat kerja semalam dapat sms dari dak class..

''Salam. Ibu kepada sahabat kita Laili baru sahaja meninggal tengah hari tadi. Marilah sama-sama sedekahkan Al-Fatihah. Semoga tenang roh di sana.''

Macam tak percaya juga aku. Bila ditanya apakah penyakit Allahyarhamah, tiada yang mengetahuinya. Yang buat aku lagi x percaya sebab jumaat lepas kami baru jer buat mid term sama2. Gelak2 sama2.. suddently dapat news mak die meninggal.. Al-Fatihah..

Ingatlah.. andai sudah tiba masanya, tidak akan di awalkan walau sesaat, ida juga diawalkan walaupun sesaat.

Kadang2.. dapat kita rasa macam x percaya, hari nie kita gelak sama2, besok dengar dia dah tiada. Tapi janji Allah tue pasti.. Sihat tue bukan jaminan hidup. Dan sakit tue bukan jaminan mati. Selagi belum tiba masa dan waktu.. sakit lah lama mana pun.. sakitah macam mana pun.. Tapi.. andai sampai waktu yang dijanjikan.. sihatlah dengan sesihatnya, orang yang tengah gelak ketawa pun tetiba boleh kaku..

:// i really miss him.. tiada sebarang pesanan yang ditingalkan.. I LOVE HIM.. -_-.. Al-Fatihah..

Oct 9, 2009

adakah kamu istimewa??

Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukan harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Oct 8, 2009

ada apa dengan CINTA??

Assalammualaikum



Tengah berjalan2 sambil makan angin di blog kawan2 tadi, ternampak plak ayat ni [dibawah]. Time tu aku baru jer postkan entry. Ntah kenape bile bace je ayat nie, rasa cam nak berkata sesuatu la pulak. hehehhe..

"Jangan simpan kata2 cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata2 cinta itu di pusaranya. Sebaliknya ucapkanlah kata2 cinta yang tersimpan di benakmu itu sekarang selagi ada hayatnya"

Boleh tak aku kata bahawa sejujurnya aku nak menyokong kata2 nie? hehhehe.. Sebab... Aku sayang sangt2 kat Mak & Abah. Tapi dulu aku terlepas satu peluang untuk cakap kat arwah yang aku sayang kat dia. Tapi bile 'masa & waktunya' telah tiba, aku menyesal sangt2. [tapi xdela sampai catat kat pusara.. ^_^.. ]. Tapi masa tue memang x boleh di undurkan?? hehhehe.. Sekarang nie, kalau boleh nak sangt berbakti pada mak. I LOVE HER SO MUCH.. MORE & MORE & MORE...

Dan kalaulah waktu itu boleh diundur lagi... Aku nak sangat diberi kesempatan memohon jutaan maaf dari arwah abah. Kerana i'm not a gud daughter.. -_-.

://SAYANG dan CINTA berbeza.. Tapi bagi aku ia tetap sama.. [degil tol!!!]

penting sangat bagi aku.. ^_^

Assalammualaikum..

Baru balik class.. tapi nak post entry nie. Aku mengucapkan takziah to my lec, Pn. Norazah Bt Shariff [ kepada sesiapa yang mengenali beliau ], kerana beliau baru sahaja kehilangan insan yang tersayang pagi tadi, ayah beliau [8 oktober '09]. Alfatihah buat arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Dan juga takziah kepada kakak beliau [i dont know which 1] kerana kehilangan 2 orang insan yang tersayang dalam masa tidak sampai 1 bulan [ suami (merangkap abang ipar kepada Pn. Norazah) + ayah ]. Sedihnya.. berganda.. -_-

Semoga beliau tabah menghadapi ujian dari Allah ini. Setiap yang bernyawa pasti akan pergi, dan kita yang masih lagi diberi kesempatan bernafas ini, gunakanlah dengan sebaiknya. Mati itu pasti! Rela atau tidak, bila sampai waktu dan saatnya.. tiada apa yang mampu menghalang.. waima air mata darah sekalipun. Yang penting, jangan ditangisi pemergian itu.. biarlah perginya dengan Tenang.

~Al-FATIHAH ~

:// banyaknye berita kematian... YA Allah.. andai tiba masa untukku.. Izinkan aku pergi dalam IMAN.. Terimalah segala amalanku Ya Allah. Ameen Ya Rabb..

----------------------------------------------

Tapi boleh tak kalau aku nak mintak macam nie ???

Andai saat untuk aku tiba dulu sebelum mak.
aku ingin sangat pergi di atas pangkuan mak
tapi sebelum tue pesan ngan mak dulu..
jangan nangis.. Cuma iringi aku dengan doa.

Tapi macam tak betul plak kan.
sepatutnya aku la yang kene doakan mak & ayah aku..
Kat dunia nie mak dah tiap2 hari doakan aku.. -_-
Nie sekiranya tiba saat aku dulu..

Nie plak tetibe cam rasa nak tulis wasiat.. hehehhe.. sape tahu kan.. aku x sempat mintak maaf plak. hehhe..

kepada sesiapa yang aku pernah hutang tapi tak bayar, bek tuntut sekarang kalau nak. Kalau tak.. Boleh tak tolong HALAL kan DUNIA & AKHIRAT. Sebab nanti 'kat sana' ramai sangat2, aku tak tau nak cari korang kat mana.

Yang aku pernah makan & minum, amik barang dia, secara sengaja ataupun tidak, HALALkan ek. Dah jadi darah daging aku nie. Takut nanti tak dapat nak jawab.

Yang terlepas kata, terumpat, termarah, terkutuk, tersakitkan hati, tertampar, tercubit, terguris dan segala yang 'ter' samada nampak atau tidak, sengaja ataupun tidak.. maaf banyak2 yer. Maafkan dengan ikhlas k.. TQ..

Kalau ada yang tertinggal dan tak tersenarai.. pun aku mintak maaf jugak sangat2. Aku juga manusia biasa..

Oct 5, 2009

gatal giler.. -_-

Assalammualaikum.

Tak tahan dah rasanya. Rasa nak garu2 jer dengan serampang 3 mata bagi hilang gatal. Dada pun dah mula rasa senak. Erm nape yer sampai camnie? Jarang klu aku batuk gini. Risaunye.

Tadi jer nak start class sesi petang, aku pun mula la sesi ke toilet. Rasa nak garu jer trakea aku ni sampai hilang gatal & kalu boleh ghaibkan segala mukus yang ade. Tak larat.. -_-.. Kat class tue aku jer yang wat bising ngan batuk x henti2. Sakit dada aku.. -_-. Ingat lagi, tadi time class petang lec aku wat selingan cerita raya & larut2 sampai la ke cerita yang tak tau tajuk dah. Tapi satu ayat yang aku minat...

'' sekarang nie Allah bayar cash jer ape yang kite buat.. xde tunggu lama2 dah''.

Aku nie pun sebenarnya Allah ngah bayar cash la ni. Suka sangat lewat2 solat, bercakap yang ntah apa2, suke sakitkan hati orang, buat bende lagha banyak sangt. dll.. Memang la sakit tue penghapus dosa2 kecil, tapi ingat yer.. hehehhe.. klu dah manjang sakit jer.. tue bukan penghapus dosa kecil, tapi peringatan.. Janagnlah kite menjadi seorang yang lalai. Peringatan tentang apa??? masing2 kena la ingat. Tiap detik dan waktu, kita tak pernah lepas dari melakukan perkara2 yang tidak sepatutnya, yang besar mahupun kecil.. nampak mahupun tidak. Nama pun manusia, dikurniakan dengan sifat lupa.. tapi marilah kita sama2 muhasabah diri k!.. heheheh..

Oh ya sebelum terlupa.. kepada sesiapa yang lalu sebelah siap terlanggar bahu, yang panggil2 tapi aku buat tak tahu jer harinie, sori ek.. Harini merupakan hari yang memang aku x dapat nak fokus. Sory sangat2. Kalau ade yang terserempak tengah jalan tapi aku buat dont know jer... maaf ek.. mungkin x perasan.. hehehhe.

://doakan aku sembuh dari batuk nie cepat yer.. pedih dah tekak nie asyik batuk jer.. -_-

Oct 4, 2009

nak bunuh jer boleh tak??

Assalammualaikum

Nape yer dapat aku rasakan sekarang nie aku dah makin jadi malas dalam sume perkara?? Aku dapat merasakan perubahan yang besar nie.

Asal nak study jer.. tangan laju jer pegi on kan laptop.. pastu paham2 la.. x study dah aku. Klu x tenok laptop plak, asal ngafal jer aku jadi ngantuk. Asal masuk jer waktu solat, time tu la banyak pulak bende yang aku nak buat. Last2 aku solat ujung2 waktu. Ish besar mane la setan yang dok kat aku nie?? Kalau nampak rasa nak bunuh2 jer.. [sape kejam? aku or setan tue?? ]

Logik ke ek kalau aku kater 'syaitan' tue die nak balas dendam sebab time Ramadhan haritu sebulan kene ikat x boleh bekerja? [alasan jer.. padahal dah memang pemalas.. hahhaha]. Tak boleh jadi nih.. kene lawan, kene jugak.

k la.. aku nak pegi asah pedang tajam2.. kalau aku nampak 'setan' tue kejap lagi.. aku penggal2 jer kepala die.. hahahha [jangan cakap aku tak siuman dah.. hehhe.. aku masih waras k..]

:// mode nak lawan malas nie.. moga berjaya.. ^_^

aku bisa gumuk gini

Assalammualaikum

Hari ni dapat jemputan lagi untuk ke 'majlis rumah terbuka sorang lagi sahabat PUO. Start je poli bukak balik pas cuti raya haritu, berderet 'open house'. Tak tau nak pegi mane satu. [gaya bahasa cam famous jer la pulak aku nie!! hahahha ].

Mula2 class aku buat, pastu PUO plak.. lagi dan lagi dan lagi. Makan dan makan dan makan.. Bile nak stop makan nie?? Puase 6 x start lagi nih. Aduss gawat.. [Tapi tak pi pun.. ^_^]

Konon2 nye dulu bile Ramadhan menjelma, niat dalam hati nak teruskan jer rutin berpuasa tue walaupun Ramadhan dah habis. Tapi... Hampess. Sampai sekarang pun aku tak berhenti lagi buat sesi menambahkan & memberatkan badan. Asal bangun pagi jer, terus masuk dapur.. makan. Tegah hari jer.. makan.. malam makan lagi.. makan, makan, makan sampai la tido.Tak boleh jadi nih. Besok kene gak start puase. Ahli Bait... Jangan nak goda2 aku ngan makanan k! hehehhe..

://petang nie nak gi makan.. sok aku nak cuti makan setengah hari. Bukan pose sekerat hari k!! huhuh

Oct 3, 2009

kita mungkin berbeza.. ^_^

Assalammualaikum

Diriwayatkan oleh Imam Muslim, dari Abu Sa'id Al-Khudrie r.a ( hadith 40 imam nawawi) :
" aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah mengubahnya dengan tangan. Sekiranya tidak mampu maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidah. Sekiranya tidak mampu dengan lidah, maka ubahlah dengan hati. Yang sedemikian adalah selemah-lemah iman."

Tetarik aku dengan hadith tersebut.. terus menilik diri sendiri.. Aku rasa aku punyai selemah-lemah iman.. ntah2 xder lansung.. Nauzubillah. Yela.. ade jer bende2 'tak baik' yang aku nampak, tak pernah nye aku nak tegur. Nak mengubahnya jauh sekali. Paling koman pun aku akan ingatkan diri aku sendiri supaya tidak menjadi seperti itu.. (tapi time tue jer ingat, lepas tu lupe balik.. -_-). Tapi kalau bab2 perkara2 lagha nie, laju jer aku buat.. -_-..

Sebenarnya besok (3 oct, sabtu), adela 'member2' aku plan nak pergi beraya ke teluk intan. Pergi rumah 'member' yang tinggal kat sana. 1st time planning memang gagah jer aku nak pergi, tapi 2 3 hari nak sampai waktu nye.. aku tetibe jadi seperti xde mood & rasa macam banyak keje pulak yang nak kene buat. Dan aku pun berfikir2 nak cancel jer. Time kat kampus tadi depa discuss lagi tentang perjalanan besok..

pergi naik aper?

motor la.. nanti kumpul dekat rumah *****

semua ker pergi naik motor??

aah.. senang sikit.

penat kot nak ride, jauh tue pastue banyak rumah..

tula kene pergi pagi2...


on the way nak pergi parking.. aku tanye lagi soalan kat member aku yang lain


kalau pergi naik motor, dak perempuan nek motor saper?

dak laki kan ade 9 motor, jadi tumpang2 la..

naik ngan dak laki skali??

aah.. sape yang motor lebih tue. boleh la naek perempuan2..

Gulp!! Tergamam aku. Ntah la tetibe aku rase x berape enak plak kalau orang tengok laki & perempuan naek motor same2 (memang x elok pon.. HARAM lagi.. sah2 xder ikatan.. suami isteri jauh sekali).. Apakah hilang sudah perasaan malu dan segan itu dalam diri manusia kini?? WANITA terutamanya. Aku ni bukanlah insan yang baik pun, taat jauh sekali.. tapi aku berharap agar nilai2 tue tak 'tingga'lkan aku. Kerana kita nie takkan lepas dari perhitungan walaupun dosa tue hanya sebesar zarah.. akan diadili seadil-adilnya. Lepas tu pikir punya pikir, aku pun decide xnak la pergi. Tak pelah.. Bukan rezeki aku. heheheh

Nak jugak masukkan cerita, aku paling x suka orang kate ;

''takpela.. lepas ni taubat la'' . Banyak cantik. Tau ker nak mati bile? kalau lepas jer habis cakap nie mati camner?? Jangankan nak taubat, nak mengucap pun belum tentu lepas tau!!

'' aku belum dapat Hidayah lagi.. bile dah dapat seru (hidayah) nanti aku berubah jugak''.. Hidayah tue perlu diminta sayang.. ia takkan datang bergolek macam bola. Kalau hati menolak kebenaran, macammana nak dapat HIDAYAH???

ader lagi, tapi nie je yang aku rasakan waktu nie sebab baru berlaku harini.. sebab tue boleh ingat.. ^_^. Aku nie ilmu xde, tapi dapat la jugak deme tazkirah free sikit. Semoga Allah sentuh hati2 mereka, buka minda2 mereka agar sentiasa berada di jalan yang diredhai-NYA. Ameen.

://Maaf atas luahan jika ada HATI2 yang jadi PANAS dengan tulisan nie. Hanya apa yang aku rasa.. Penilaian dan pandangan setiap manusia itu berbeza.. ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...