let get Human Anatomy & Physiology Study Course NOW. Dont miss this opportunity!!!!!!!

Oct 8, 2009

penting sangat bagi aku.. ^_^

Assalammualaikum..

Baru balik class.. tapi nak post entry nie. Aku mengucapkan takziah to my lec, Pn. Norazah Bt Shariff [ kepada sesiapa yang mengenali beliau ], kerana beliau baru sahaja kehilangan insan yang tersayang pagi tadi, ayah beliau [8 oktober '09]. Alfatihah buat arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Dan juga takziah kepada kakak beliau [i dont know which 1] kerana kehilangan 2 orang insan yang tersayang dalam masa tidak sampai 1 bulan [ suami (merangkap abang ipar kepada Pn. Norazah) + ayah ]. Sedihnya.. berganda.. -_-

Semoga beliau tabah menghadapi ujian dari Allah ini. Setiap yang bernyawa pasti akan pergi, dan kita yang masih lagi diberi kesempatan bernafas ini, gunakanlah dengan sebaiknya. Mati itu pasti! Rela atau tidak, bila sampai waktu dan saatnya.. tiada apa yang mampu menghalang.. waima air mata darah sekalipun. Yang penting, jangan ditangisi pemergian itu.. biarlah perginya dengan Tenang.

~Al-FATIHAH ~

:// banyaknye berita kematian... YA Allah.. andai tiba masa untukku.. Izinkan aku pergi dalam IMAN.. Terimalah segala amalanku Ya Allah. Ameen Ya Rabb..

----------------------------------------------

Tapi boleh tak kalau aku nak mintak macam nie ???

Andai saat untuk aku tiba dulu sebelum mak.
aku ingin sangat pergi di atas pangkuan mak
tapi sebelum tue pesan ngan mak dulu..
jangan nangis.. Cuma iringi aku dengan doa.

Tapi macam tak betul plak kan.
sepatutnya aku la yang kene doakan mak & ayah aku..
Kat dunia nie mak dah tiap2 hari doakan aku.. -_-
Nie sekiranya tiba saat aku dulu..

Nie plak tetibe cam rasa nak tulis wasiat.. hehehhe.. sape tahu kan.. aku x sempat mintak maaf plak. hehhe..

kepada sesiapa yang aku pernah hutang tapi tak bayar, bek tuntut sekarang kalau nak. Kalau tak.. Boleh tak tolong HALAL kan DUNIA & AKHIRAT. Sebab nanti 'kat sana' ramai sangat2, aku tak tau nak cari korang kat mana.

Yang aku pernah makan & minum, amik barang dia, secara sengaja ataupun tidak, HALALkan ek. Dah jadi darah daging aku nie. Takut nanti tak dapat nak jawab.

Yang terlepas kata, terumpat, termarah, terkutuk, tersakitkan hati, tertampar, tercubit, terguris dan segala yang 'ter' samada nampak atau tidak, sengaja ataupun tidak.. maaf banyak2 yer. Maafkan dengan ikhlas k.. TQ..

Kalau ada yang tertinggal dan tak tersenarai.. pun aku mintak maaf jugak sangat2. Aku juga manusia biasa..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...