let get Human Anatomy & Physiology Study Course NOW. Dont miss this opportunity!!!!!!!

Aug 15, 2011

RAMADHAN TERAKHIR

Salam.

.. Ectually so spechless ..
.. Mendengar perkhabaran telah kehilangan seorang sahabat yang aku kenal di PUO ..
.. Pernah bersama-sama menjadi AJK di kamsis semasa hayatnya ..
.. Dan saat hayatnya merupakan seorang sahabat dan pembimbing yang sangat baik/setia/taat..
.. semoga ROHNYA di cucuri rahmat ..


Telah pulang ke pangkuan ILAHI, MOHD FAIZ B. NORZAILAND pada 7 RAMADHAN / 7 OGOS kerana terlibat dalam kemalangan.


Aug 2, 2011

Rindu saat itu............

Salam. Terlalu lame aku tak menjejakkan kat sini. membersihkan apa yang patut, mengemas dan mencuci debu2 sebab terlampau lama ditinggalkan. Bile masuk jenguk jer, uhuuuu... ''orang lain pun dah malas nak jenguk. Sebab NO CHANGES!!!'' hehehehhe.

Nak buat camner, actually Ummi si Naufal nie banyak ngabiskan masanya kat FB. Nak berniaga kononnya.. ^_^. Alhamdulillah, perniagaan telah pun berjalan dan Alhamdulillah juga mendapat sambutan yang menggalakkan. Sory yer Naufal dan semua, bersungguh sangat berjual sampai lupa nak jenguk 'rumah' nan satu nie. ^_^

Dari sari ke sari nak update. Kononnya nak tunggu malam baru update, free ckit kat rumah. Naufal pun time tu dah tido. Tapi tak dan jugak. Huhuhuh.. Camne nak dan. Naufal tido.. dengan UMMI sekali tido. Jadi , tekpaksalah say bye!bye! to my blog. 2nd day pun camtu jugak.. Akhirnya dari sehari sampai la ke sebulan, trus tak terupdate2.. Si UMMI Naufal nie memang la. PEMALAS!!! ^_^

Lastly, aku kidnap jugak time opis nie tok update blog. Huhuhuh.. Bukan curi tulang yer. Saya curi2 masa yang lapang nie je untuk dipenuhkan dan tak nak biarkan ianya kosong dengan MENGANYAM KETUPAT yang tak boleh dimasak..^_^

Aku.. begini dan akan terus begini. Ketinggian sure la takkan bertambah. Saiz badan jer dah macam di pam-pam dengan pam kat petronas tue. Bile nak turun?? ntah la.. dari hari ke hari menghitung gram.. turun tak jugak. Naik jer manjang. ^_^. Takkan la nak meningkat mengikut pertambahan usia kot kan???? Waaaa tak nak. Nak kurus balik!!!!!

Si NAUFAL. Dah semakin banyak yang beliau belajar. Menjerit, berguling, menggigit, mencakar, berdiri sampil lepas tangan.. sume dah dan macam-macam lagi dah. Jatuh katil pun dah -_-. Sejak beliau meninggalkan zaman meniarapnya, laju jer merangkak ke dapur, kemas bilik, masuk bawah meja, berdiri sambil lepas tangan.. huhuhu berani sungguh. Ntah sapa yang diikutnya aku pun tak tau. Kalu boleh panjat, sume almari die nak panjat.

Muka dah makin bulat, menjerit die lah juara. Kalu time makan, pantang lambat sikit suapkan, suare die la boleh dengar sampai 4 blok. Menakutkan sungguh. ^_^. Dah pandai tukar 'word' bila nak borak, marah. kalau dulu berbualnya hanya senada, sekarang dah boleh 4 nada. ^_^. Tangan nye plak nak mencakar aje keje. Yang nie aku akui dapat tabiat ummi. Kuat mencubit. Tapi naufal mencakar. Kuku pendek pun rasa cam panjang jer. Calar-balar ummi dibuatnya.

Sekarag, bila ummi tengok naufal, sangat rindu zaman2 kecil beliau. Sangat rindu untuk memangku Naufal yang 2 bulan. Sangat rindu nak dengar tangisan Naufal di usia 4 bulan. Sangat rindu bila terkenang keterujaan melihat Naufal dapat meniarap di usia 3 bulan. Sangat rindu akan semua itu. Tapi yang pasti, kerinduan itu hanya boleh disematkan di sanubari... kerana Naufal akan meninggalkan lebih banyak lagi kerinduan buat ummi dari hari ke hari. Dan yang penting, Naufal akan selalu buat ummi merinduinya ^_^.

Naufal sudah pandai mengenal. Setiap petang neneknya akan bawa Naufal & sepupunya duduk kat beranda depan rumah, tengok kereta2 bergerak kat bawah. Tapi kalu nakpak ummi balik, tapi tak ambik die, kami akan dihidangkan dengan jeritan beliau yang amat kuat. Bak kata neneknya ''Dah kenal dah dengan umminya. Tadi elok jer diam. Ummi die balik, terus tak dok diam". Sebagai seorang ibu, bila keadaan ini berlaku, aku sangt2 terharu. Nak tau kenapa??? Sebabnya... dalam kadang2 aku termarah, terbabab,... Naufal tetap mahukan aku disampingnya.
Semoga anak2 aku nanti akan sentiasa menginginkan aku walaupun aku sudah tiada apa2 lagi. Ameen.

[asyik2 citer tentang NAUFAL.. takde cerita lain ker?? I don't care about that. This is my territory keyh!!-- BONGKAKNYA MINAH NI ]

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...