let get Human Anatomy & Physiology Study Course NOW. Dont miss this opportunity!!!!!!!

Apr 25, 2012

Tip pemilihan beg.. ^_^

Salam

Tetibe entry kali nie nak tulis lain dari entry sebelum2 nie. Kalu kebiasaan aku akan menulis tentang life & yang berkaitan dengannya.. rini cam nak tulis tentang yang berkaitan dengan fesyen plak.. Mood ape??? Sakit kene serang angin ahmar.. hahahhahaha.. Erm rini aku nak tulis tetang tips la.. bukan tip camne nak pilih jodoh keyh.. i am not an expert about that. heheheh.. Nie tip cane nak memilih beg or handbag untuk function2 or waktu2 hang out.. Aku sajikan di sini..


Mengikut Kesesuaian Majlis:

1. Majlis Rasmi ~ wedding, dinner ~
☻ memadai tas tangan jenis ‘clutch’ atau genggam, iaitu tanpa tali penyandang bahu.
☻ memegang dan bentuknya nipis saja.
☻ barangan dibawa terhad selain barangan penting seperti kad pengenalan, kad tunai dan telefon bimbit hanya cukup sekadar membawa alat solek asas bagi memudahkan untuk menghiasi diri bila perlu ketika majlis seperti bedak padat dan gincu bibir.

2. Pejabat
☻ Harus berkualiti
☻ Design yang tidak keterlaluan
☻ Medium size - untuk membawa barangan penting dan tidak terlalu banyak.
☻ Harus mempunyai poket organisasi di dalam dan luar bagi memudahkan menyimpan barang.
☻ Warna neutral yang terbaik dalam jenis berkulit licin atau berpaten.
☻ Jenis kulit, shoulder ataupun sandang lebih baik.

3. Kasual, santai atau bertandang ke rumah orang
☻ Shopping ~ beg tangan corak ranggi, berlabuci, berzip atau berpatern
☻ Hang out ~ beg tangan jenis sandang di bahu tidak sesuai tidak sesuai jika terlalu berat dan tidak selesa. 
☻ Biar bersaiz besar yang berjenis kanvas atau denim.

 
Jenis-jenis beg tangan:

1. Beg tangan sandang
☻ Biasanya boleh memegang dompet, kunci, telefon bimbit, buku, notepad, kosmetik dan banyak lagi. 
☻ Berpetak segi empat dengan poket yang banyak di dalam dan di luar
☻ Direka khas untuk disandang di atas bahu.
☻ Tas bahu sangat praktikal dan beg paling biasa dibawa wanita.

2. Tote Bag
☻ Selalunya dibuat daripada kanvas.
☻ Jenis terbuka di bahagian atas dan biasanya mempunyai hanya satu petak utama.
☻ Tote bags yang sangat besar boleh disandang di atas bahu.
☻ Biasanya labuh hingga ke paras panjang siku.
☻ Tote beg sesuai untuk ke pantai, aktiviti-aktiviti luar, membeli-belah atau bersantai.

3. Beg genggam atau ‘clutch’
☻ Tidak mempunyai pemegang.
☻ Ia boleh dibawa di tangan atau diselitkan di bawah lengan
☻ Cengkaman yang agak kecil
☻ Dikhaskan untuk majlis makan malam atau rasmi.
☻ Cukup sekadar memuatkan kunci, lesen memandu, gincu dan yang dokumen pengenalan diri yang penting
☻ Jenis fabrik satin, sutera, kulit, baldu dari pelbagai bentuk yang dihiasi dengan manik dan labuci untuk gaya glamour.
☻ Boleh ditutup dengan butang mudah alih, penutupan atas, berzip atau kunci penolak.


Panduan memilih beg tangan mengikut susuk dan bentuk tubuh

1. Kurus tinggi
☻ Pilih beg tangan dengan bentuk pendek, bujur dan melebar sedikit.
☻ Elakkan beg tangan disandang ke bahu dengan tali yang singkat kerana ia akan membuat anda kelihatan rendah dari ketinggian sebenar.
☻ Pilih tas tangan yang lebih luas mengikut kesesuaian ketinggian. Jenis ‘clutch’ adalah pilihan yang baik.

2. Bertubuh kecil dan rendah
☻ Beg besar tidak sesuai untuk wanita bertubuh kecil kerana ia cenderung menutupi bentuk badan anda.
☻ Elakkan beg tangan sandang bahu dengan tali yang panjang kerana ia akan menurunkan imej diri anda malah akan membuatkan anda kelihatan lebih pendek.

3. Pendek dan gempal
☻ Elakkan memilih beg tangan bersaiz besar, segi empat tepat atau panjang.
☻ Secara umum, bentuk yang bulat lebih tersusun bagi anda.
☻ Bentuk yang besar, lebar dan bentuk berkotak akan menonjolkan lagi bentuk badan lagi pendek.
☻ Permukaan kulit luar lembut atau jenis fabrik
☻ saiz kecil dan sederhana lebih sesuai untuk nampak anggun.

4. Body shape like Hour glass atau gitar
☻ bentuk badan ini boleh dipadankan dengan semua jenis dan bentuk tas tangan. Tetapi anda tidak perlu terlalu berkeyakinan. Terdapat beberapa perkara yang harus difikirkan sebelum anda memilih beg tangan seperti corak, bentuk gaya dan warna. Pilihlah beg yang sesuai dengan pakaian anda tanpa mewujudkan prestasi pelik. Kulit, hitam, dan putih, ciri-ciri yang paling sesuai untuk pemilihan beg tangan anda. Saiz yang sederhana, lebar, dan membujur, bersandang adalah yang terbaik untuk anda kelihatan bergaya semasa berjalan.

5. Semua orang
☻ Jika mampu membeli tas tangan mahal, pilih satu rekaan yang dapat digunakan selalu.
☻ Tidak perlu membelanjakan RM500 atau lebih ke atas pada tas tangan yang jarang dikeluarkan dari almari
☻ Jika membeli beberapa tas tangan berharga murah, pilihlah satu tas tangan yang nampak klasik sesuai pada semua acara seperti warna hitam atau coklat.
☻ Tas tangan jenis ranggi warna Metallics dan 'funky' hanya untuk pergi membeli belah dan bersantai bersama rakan.

Apr 20, 2012

i am beginner

Salam

Dok jalan2 mencari sesuatu tapi tak jumpa.. erm better amik mood ngan menulis kat sini kan. Hehehhe.. Erm nak citer per yer kali ni? Nak wat promosi boleh ker??? hahahhahaha. Nak citer pasal Naufal, ti korang bosan plak. Rasanya entry aku sepanjang 2012 nie berkisar hanya tentang Naufal. Dah macam aku sorang jer plak yang ada anak. Orang lain xder.. hehehehhe

Actually aku ngah mencari idea, macammana nak kembangkan bisnes yang sedia ada. Aku nie buat marketing dah memang la hampeh. Bajet orang pandai2 cari sendiri barangan aku kalu nak beli. Pastu abjet plak la barangan tue macam terkenal orang nak survey. Huhuhuhu. [sila tolong jangan jadi peniaga cam aku okeyh!] . Papepun aku ni memang still lagi beginner. Satu hapah tentang bisnes pun tak tahu. Tapi nak berbisnes bajet macam pakar sangat. Hasilnya... ini lah die..^_^

Nak tau nape aku rasa nak berbisnes?? Erm sampai bila la kan nak makan gaji. Kononnya aku nak cuba la hidup berdikari dan taknak bergantung makan gaji. Bape sangat la yang dapat bulan2. Dengan pendidikan yang tak berapa, pengalaman yang ntah mana-mana, company mane nak bagi aku gaji tinggi2???? U all kalu ade company nak hire aku tak??? hehehhehe. Niat utama untuk melibatkan diri dengan bisnes nie bukan nak jadi kaya pun. Just nak cari side-income. Bile tegok orang lain boleh buat, awak pun nak buat sekali. Macam terror. hehehhe

Ingat lagi, 1st time aku berjinak nak buat bisnes nie sebab puan marhamah. My frenz since sek.menengah. walaupun dah lama tak jumpa, tapi semangatnya banyak mendorong aku untuk melakukan sesuatu. tapi untuk jadi seperti beliau, seorang peniaga 'homemade coklat', memang la aku tak mampu. Masak kat sendiri pun caca marba, nikan plak nak membuat coklat. Coklat keman, aku kemana. Huhuhuh. Akhirnya apa yang aku decide ialah nak jual lain dari yang lain. Hehehe..

Orang kalu berniaga mesti research dulu supply and demand. Yang aku nie tak. Ikut sesuka hati jer. Asal aku suka, dah. Hahahahah. [mesti korang tak pernah jumpa orang cam aku kan??]. Mula2 dulu jual T-Shirt Muslimah. Pastu minat nak jual beg & kasut plak. pening2. Tak tetap pendirian lansung. Huhuhuh. Last2 sekarang aku focus nak jual kasut & beg plak.^_^.. Kalu nak tengok ape aku jual, tengok la kat sini yer. Ni Linknya. Klik jer. [tapi maaf la yer kalu tengok site nie buat hang pening..^_^] 

Aku minat dan sangat addicted ngan Handmade Item. So aku jual yang aku minat la.. hahahah [jangan kata aku mereng ek..hehhhe] . Alhamdulillah, walaupun sangat susah nak dapatkan supplier, akhirnya dapat jugak. Nak bagitau yer, Kasut & beg yang aku jual ni amik dari Bandung yer. Pada yang anti Indonesia, jangan plak marah aku ek.. heheheh.. Kasut & beg nie material nya hampir 100% corduroy. Kualiti setakat nie alhamdulillah, belum dapat lagi komplen dari mana-mana customer yang dah beli. Nak cube dulu satu?? jom la tengok kat SINI. huhuhuhu [nie mmang wat promosi jer nie! Ngehehehe].. 

Papepun please give me your support and i will try my best. Terima kasih buat suami kerana banyak membantu, my family, frenz and all my fb fans: RNS Collection atas sokongan kalian. Luv u all. Muuuuaaaaah

Takziah buat ibu

Salam 

Salam takziah buat iparku terutamanya serta my-in-law amnya atas pemergian anak/cucu yang dinantikan kelahiran saban waktu pergi meniggalkan semua dikala belum sempat berpeluang menjengah dunia.

Akak ipar aku dijangka akan melahirkan twin baby around next week dengan cara pembedahan. Tapi Allah telah merancang terlebih dahulu dan sebaik2 rancangan adalah rncangan dari-NYA. Ada hikmah yang tidak diketahui disebalik kejadian. Rancangan yang telah diatur oleh hambanya tidak menjadi. Akak iparku terpaksa melakukan pembedahan lebih awal kerana keadaan baby dalam kandungan tidak stabil dan salah seorang daripada kembar tersebut didapati tiada denyutan jantung lagi. Operation immediately untuk menyelamatkan yang lagi seorang. Reason kematian in mummy tommy adalah kerana lemas disebabkan air ketuban yang terlalu banyak. Penyebanya sahaja dan sebab utama yang perlu kita ingat.. SETIAP YANG BERNYAWA ITU PASTI AKAN MATI DAN IANYA TELAHPUN DITENTUKAN TARIKH DAN WAKTUNYA.

Ibu mana yang tidak sedih?? anak yang begitu dinanti kelahirannya.. diusung jua kemana pergi, kembar lagi..segala persiapan menyambut baby dah beli..semuanya 2 pasang.. tak sempat lagi lahir Doc bagitau "Baby you sorang memang dah takde". Uhuhuuuuu maun hilang nyawa dengar. Lepas jeer bersalin mesti terbayang2 kenangan tine pregnant..Sangat menhiris hati. Aku yang tak mengandungkan pun, tengok jenazah jer dah nangis mendudu-dudu, nikan plak ibu yang mengandung...............Moga akak iparku menjadi seorang yang tabah. Ameen.


Apr 2, 2012

kecantikan lelaki & Kegagahan Wanita

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah :-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang baik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang Ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…

Dan dimana Kegagahan Wanita???

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah :-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW :

“Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ” Surah Al-Ahzab : Ayat 71

“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...