let get Human Anatomy & Physiology Study Course NOW. Dont miss this opportunity!!!!!!!

Jul 31, 2009

sesi emosi.. -_-

Assalammualaikum


Semalam (malam tadi sebenarnya) aku 'berjalan-jalan' menziarahi laman2 'kawan' yang sama2 berblog, dan aku telah 'menceroboh' ke laman milik junior aku semasa sama2 menuntut ilmu di SMATKem dulu, Rabiatul Adawiyah (x tau pun die ader blog sebelum ni..huhuhu). Sungguh mantap juga penulisannya, takde la macam tulisan aku yang ntah apa2 nih.. tiada sebarang 'output' pun yang boleh aku share dengan pembaca..-_-. Are-da baru jer pulang ke mesia dan juga baru sahaja menamatkan pengjian nya + konvo di Jordan. Bestnye.. junior aku pun dah grad, degree lagi.. aku??? masih lagi merangkak, bertatih dan sering sahaja tersungkur untuk menamatkan diploma ni. Jelesnye aku... -_-.

Dan malam tadi juga berbual dengan sahabat di phone. Sebenarnya saje nak inform ngan die aku dah dapat kad undangan dari Yati & Marzuky, tapi bile borak punya borak.. bercerita la pulak tentang member2 time2 sekolah dulu.. waaa jelesnya..

Kawan2 + junior2 aku.. erm ramai yang sekarang tengah degree & dah nak habis pun.. ade yang tengah buat Master (m.a), tapi aku je yang x degree2 lagi. Tak tahu kenape.. bile masuk jer citer bab2 camni, aku dah mula emosi yang teramat.. -_-. Mereka.. ader yang amik medic, edu, engineering, artchitech, & etc. Semalam juga aku berbalas komen ngan Nadia di fs.. die skarang di Indon buat medic.. waaaaaaa..jeles3x

Lepas SPM aku gagal menjejakkan kaki di mana2 IPTA pun, aku hanya layak ke form 6. Kononnya dulu berangan jugak nak amik degree pas STPM, em tapi x jugak.. aku 'tersungkur' lagi untuk kali yang ntah ke berapa. Dan setelah itu, rezeki aku sampai untuk buat diploma.. dan kini ngah berusaha tuk menamatkannya dengan jayanya. Banayk jugak kisah sedey yang aku ingt dan bertambah-tambah la emosi aku.. huhuhu

''erm korang sume dah nak grad, berkarier plak tu, aku ni je ha ntah nile2 nak amik degree'' aku dah mula nak nangis.. -_-

''uit jangan la cakap camtu, Insyaallah, ko juga akan berjaya satu hari nanti.. Insyaallah ''

InsyaAllah.. itulah yang aku harapkan sebenarnya. Hehehe.. Tapi bile dipikir2 balik, aku ni yang terlalu grairah nak buat degree, tapi sahabat aku Marhamah, dah dapat tawaran, tapi beliau menangguhan dulu kerana seorang cahaya mata yang dikasihi.. erm sucinya kasih ibu kan.. heheheh. Dan kerana tindakan beliau, aku pun berfikir sekali lagi.. nak 'bina bumbung masjid' or degree??...

Semoga aku mampu berfikir dengan rasional dan semoga DIA akan 'senang' membantu Hambanya yang kerdil ini.. ^_^

''Kita sering nahukan hari yang CERAH, tetapi ALLAH lebih, mengetahui, hakiktnya HUJAN perlu diturunkan. Kita sering inginkan KESERONOKAN jauh sekali KESUSAHAN, tapi ALLAH lebih mengetahui, KESUSAHAN itulah yang mengajar erti KEHIDUPAN. Kita sering inginkan KETENANGAN, hakikatnya diri ini penuh dengan DOSA & NODA, ta manusia tidak akan dapat lari daripada KESILAPAN. Semua itubukanlah satu HUKUMAN, tapi adalah sebagai tanda KASIH SAYANG dariNYA agar kita lebih hampir KEPADANYA''

Jul 30, 2009

.:. Walimatul Urus .:.

Assalammualaikum

Huhuhuh..gempak gile tajuk.. actually bukan la walimah aku pun.. *_^.. saje nak bagi gempak sikit.. hehhehe.. (gempak ker??).

Setakat ni jer aku 'menerima' 3 jemputan.. (2 lagi tuh jemput kat fs jerk..huhuhu). Ni semua adalah x-student SMASKP. 2 daripanya adalah senior aku & satu pasangan lagi adalah sahabat aku sendiri.. dari batch aku..*_*. Memang lame dah nak post kan entry nih.. tapi aku nak tunggu sampai kad dari Marzuky & Yati sampai dulu.. akhirnya tercapai.. harini kad tu sampai di tangan aku..^_^

Ni kad undangan Kak Huda Jomanie. My senior.. majlisnya minggu depan (8 ogos 2009, sabtu)..

Ni plak kad undangan Akhi Jalal.. unique kan kad nih.. 1st time aku jumpe kad tulisan jawi untuk semua isinya..*_^. Ok lah tu kan.. Oh ya.. ni plak walimahnya 1 ogos & resepsi 8 ogos.. cam x pegi jer yang mjlis nih..hehhehe


Ha yang ni plak kad dari sahabat sebatch aku.. keduanya.. hehehhe.. pasangan ni lagi best.. mereka sama2 satu sekolah dari form1 hinggalah form 5.. tang bile depa 'berkasih' pun senyap2 jerk.. tau2 dah tunang.. niha nak kawen dah.. Majlisnya time raya nanti.. (26 sep 2009, sabtu, 7 syawal).

Papepun.. tahniah untuk semua..*_^.. semoga berkekalan jodoh kalian hingga ke akhir hayat. Semoga menjadi suami yang mithali dan isteri yang solehah serta memperolehi anak2 serta cucu2 yang soleh dan solehah..Ameen..

'music'

Assalammulaikum

Harini juga seperti biasa, masih lagi dalam mood bercuti dan dengan rajinnya aku akan 'berjalan' melewati blog kengkawan serta aku akan bukak la fs & email + YM..*_^. Bila sampai di fs frofile 1 of my frenz, teruja dengan 'music' background her profile. Aku pun dengan sedaya upaya nak juga 'mencilok' music tuh..*_^.

Actually 'music' tue amatlah menarik dan menyentuh hati aku. Tang mana yang tersentuh, aku pun x pasti.. x tau adakah kerana nada dan intonasi penyampainya yang membuatkan aku terharu ataupun melodinya.. tapi yang pasti.. bait2 isinya membuatkan hatiku tersentuh.. (huhuhu.. rasa cam nak nagis pun ader..-_-)

----------------------------------------------

Ya ALLAH
Jika aku jatuh Cinta Ya ALLAH
Cintakanlah aku pada seseorang
Yang melabuhkan cintanya padaMu Ya ALLAH
Agar bertambah kekuatanku
Untuk menyintaiMU

Ya Muhaimin
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati
Yang hatinya terpaut padaMu
Agar tidak terjatuh aku
Dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana
Jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaing daripada hatiMu

Ya Rabbul Izzati
Jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui SYAHID dijalanMu

Ya Allah
Jika aku menikmati cinta kekasihMu
Janganlah kenikmatan itu
Melebihi kenikmatan
Indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMU

Ya ALLAH
Jika aku jatuh hati pada kekasihMU
Jangan biakan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan panjang
Menyeru manusia kepadaMU

Ya ALLAH
Align CenterJika kau HALALkan aku merindui kekasihMU
Jangan biarkan aku melampaui batas
Sehingga melupakan aku pada CINTA HAKIKI
Dan
RINDU ABADI hanya kepadaMU
Ameen...

-----------------------------------------------

Semoga kita sama2 berjaya di dunia dan akhirat, berjaya dalam mengharungi segala dugaan dan cabaran.. yang sememangnya menguji kekuatan IMAN... kerana TAPAK IMAN itulah yang MENEMUKAN cinta yang selama ini telah hilang.. ^_^

nota kaki :// untuk mendengar sila KLIK DISINI.. anda juga akan boleh membaca DISINI.. *_*

TUTUP

Assalammualaikum

semalam (29/7/2009) time bace star aku terbaca '' schools, colleges and NS camp closed''. Sekarang ni ntah kenapa aku agak tertarik dengan berita2 tentang virus yang menyerang dunia sekarang, Influenza A, H1N1. Lebih2 lagi telah melibatkan kematian di M'sia. Aku pun teruskan pembacaan.. tapi sampai satu part amat menakutkan aku ''SEREMBAN, SM Agama Dato' Klana Petra Ma'amor was closed after 4 students test positive,..........''

Terus aku jadi seram sejuk.

Kepala aku terus aktif berfikir. Virus ni dah sampai ke seremban.. and my family kiranya berada dalam keadaan yang berkemungkinan. Lebih2 lagi bila ini adalah kes pertama sek. agama diarah ditutup.. lagi mencemaskan aku. Adik aku yang bongsu sekarang ni di hostel. Risau nye.

Tetibe aku terfikir, haritu time balik kg, adikku asyik batuk jer.. (ader kene mengena tak ek??). Hatiku berdoa, jauhkanlah keluarga aku dari VIRUS yang membunuh nie.. Ameen.

Jul 20, 2009

penat ..-_-

Assalammualaikum

Harini aku diberi peluang lagi untuk menulis sesuatu kat sini..*_~.

Setelah mengharungi kepenatan dan ketidakstabilan kesihatan aku 2 3 hari lepas, kini aku kembali bertenaga..(hahaha...ayat skematik..*_^). Bukan lah penat ape pun, cuma tenaga aku dikerah untuk meng'clear'kan ape yang tak clear di rumah ni. Kesihatan pulak, biasalah.. badan aku ni mempunyai keimunan yang amat2 lah rendah..

Jumaat yang lepas the 'Tuan Rumah' aku tinggal nie datang.. nak kemas2 rumah katenye sebab sem akan datang nih akan masuk lagi 4 orang penghuni baru.. (bermakna akan jadi 10 orang.. waaa sangat ramai..-_-). Segala-galanya terpaksa bertukar wajah...

''nanti rang yang baru masuk tuh mereka semua nak satu bilik tau, dieorang xnak lain2 bilik''

perh.. agak lah mustahil.. kat rumah ni hanya ade 3 bilik yang mana semua bilik tue telahpun dihuni walaupun terdapat kekosongan. Sekarang ni nak kene kosongkan satu bilik pulak untuk dieorang.. wah banyaknye keje.. sedangkan yang masih ada di rumah ni hanya 2 orang.. yang lain tengah syok bercuti di kampung masing2..-_-.

Tapi papepun kami kene buat jugak, kami hanya menyewa.. huhuhu.. 3 hari mengemas membuatkan aku lemah-selemahnya. Pasang katil, basuh lantai, agkat almari.. senag cerita rumah ni dikemaskan seperti nak menyambut raya ataupun boleh la dikatakan cam rumah baru pindah. Barang2 perlu disusun semula mengikut kesesuaian bilik dan rumah.

Erm ruangan atas rumah ni bakal sesak kerana bakal menempatkan 10 orang.. fuh risaunya aku. 8 orang yang sebelum ni pun tahap kebisingan agak tinggi..10 orang? erm.. ntah la.. The tuan rumah ingin membuka bilik yang selama ini di jadikan stor untuk didiami. Aku pun dengan rela hati meminta untuk menghuni bilik tu.. xpela..asalkan aku selesa sedikit.*_^.

Jadi bilik tu perlu dibersihkan... hahahha.. mane tak penat.. sekarang dah cantik dah bilik tuh..huhuhu...

so lepas nih aku sorang di sana.. sape nak melawat aku, di alu-alukan..*_^

Jul 16, 2009

see... *_*

Assalammualaikum

Harini aku banyak juga masa aku habiskan untuk set up balik blog aku yang baru nie.. hahahha.. SEE.. inilah hasilnya setakat ini.. dan aku akan buat pembaharuan lagi.. (baru x baru la.. touch up cikit2 jer..-_-)

Selepas ini page aku nie akan kembali meriah.. (meriah tafsiran aku sendiri..:p)

SELAMAT MEMBACA..*_~

Jul 13, 2009

.:. fisrt *_~ .:.

Assalammualaikum

Bermula kembali aku menulis setelah pening memikirkan cara yang terbaik untuk aku post kan entry, akhirnya dengan keputusan yang sedikit 'gila' aku kira, aku tukar jugak link blog nih. Hehehehe... Dan insyaallh, blog ini lah yang akan kekal dan mungkin juga tidak ada pertkaran lagi. Doakan kan yer semoga tiada masalah yang berlaku. Ameen.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...