
Semalam (malam tadi sebenarnya) aku 'berjalan-jalan' menziarahi laman2 'kawan' yang sama2 berblog, dan aku telah 'menceroboh' ke laman milik junior aku semasa sama2 menuntut ilmu di SMATKem dulu, Rabiatul Adawiyah (x tau pun die ader blog sebelum ni..huhuhu). Sungguh mantap juga penulisannya, takde la macam tulisan aku yang ntah apa2 nih.. tiada sebarang 'output' pun yang boleh aku share dengan pembaca..-_-. Are-da baru jer pulang ke mesia dan juga baru sahaja menamatkan pengjian nya + konvo di Jordan. Bestnye.. junior aku pun dah grad, degree lagi.. aku??? masih lagi merangkak, bertatih dan sering sahaja tersungkur untuk menamatkan diploma ni. Jelesnye aku... -_-.
Dan malam tadi juga berbual dengan sahabat di phone. Sebenarnya saje nak inform ngan die aku dah dapat kad undangan dari Yati & Marzuky, tapi bile borak punya borak.. bercerita la pulak tentang member2 time2 sekolah dulu.. waaa jelesnya..
Kawan2 + junior2 aku.. erm ramai yang sekarang tengah degree & dah nak habis pun.. ade yang tengah buat Master (m.a), tapi aku je yang x degree2 lagi. Tak tahu kenape.. bile masuk jer citer bab2 camni, aku dah mula emosi yang teramat.. -_-. Mereka.. ader yang amik medic, edu, engineering, artchitech, & etc. Semalam juga aku berbalas komen ngan Nadia di fs.. die skarang di Indon buat medic.. waaaaaaa..jeles3x
Lepas SPM aku gagal menjejakkan kaki di mana2 IPTA pun, aku hanya layak ke form 6. Kononnya dulu berangan jugak nak amik degree pas STPM, em tapi x jugak.. aku 'tersungkur' lagi untuk kali yang ntah ke berapa. Dan setelah itu, rezeki aku sampai untuk buat diploma.. dan kini ngah berusaha tuk menamatkannya dengan jayanya. Banayk jugak kisah sedey yang aku ingt dan bertambah-tambah la emosi aku.. huhuhu
''erm korang sume dah nak grad, berkarier plak tu, aku ni je ha ntah nile2 nak amik degree'' aku dah mula nak nangis.. -_-
''uit jangan la cakap camtu, Insyaallah, ko juga akan berjaya satu hari nanti.. Insyaallah ''
InsyaAllah.. itulah yang aku harapkan sebenarnya. Hehehe.. Tapi bile dipikir2 balik, aku ni yang terlalu grairah nak buat degree, tapi sahabat aku Marhamah, dah dapat tawaran, tapi beliau menangguhan dulu kerana seorang cahaya mata yang dikasihi.. erm sucinya kasih ibu kan.. heheheh. Dan kerana tindakan beliau, aku pun berfikir sekali lagi.. nak 'bina bumbung masjid' or degree??...
Semoga aku mampu berfikir dengan rasional dan semoga DIA akan 'senang' membantu Hambanya yang kerdil ini.. ^_^
''Kita sering nahukan hari yang CERAH, tetapi ALLAH lebih, mengetahui, hakiktnya HUJAN perlu diturunkan. Kita sering inginkan KESERONOKAN jauh sekali KESUSAHAN, tapi ALLAH lebih mengetahui, KESUSAHAN itulah yang mengajar erti KEHIDUPAN. Kita sering inginkan KETENANGAN, hakikatnya diri ini penuh dengan DOSA & NODA, ta manusia tidak akan dapat lari daripada KESILAPAN. Semua itubukanlah satu HUKUMAN, tapi adalah sebagai tanda KASIH SAYANG dariNYA agar kita lebih hampir KEPADANYA''










.gif)
No comments:
Post a Comment