let get Human Anatomy & Physiology Study Course NOW. Dont miss this opportunity!!!!!!!

Jun 27, 2010

cetek.. di tahap '0'

Salam

Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan menulis sesuatu di sini. Bersyukur kerana masih berpeluang melihat, mendengar, berkata2. Masih lagi diizinkan untuk bernafas.

Harini berpeluang berlama-lama dengan PC.. dapat mejelajah ke zon yang lebih jauh, dapat terbang ke awan yang lebih tinggi. Tapi hakikatnya, aku masih terikat disini tanpa sebarang gerakan mahupun langkah untuk mara. Menziarahi 'mereka2' yang tingi ilmunya, aku terasa terlalu kerdil. Malu sangat rasanya. Membaca tulisan mereka, malu rasanya aku. Tiada apa2 yang aku perjuangkan kala ini. Hanya mungkin sedang mengukur duniawi.

Jelas sekali bahawa mindaku kosong, tiada sebarang pengetahuan. Jahilnya aku.................. sedihnya bila aku memikirkannya semua ini. Rasa nak menagis semahunya.......
---------------------------------------------
mengambil sedikit kata2 dari sahabat
Dakwah bukan untuk orang
yang takut untuk bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang mudah bosan,
melarikan diri, lompat-lompat,
sekejap down-sekejap up, dan cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang
yang memilih program yang senang
dan mudah untuk dia ikuti,
yang penat, bersusah payah mengelak.
Ia bukan untuk orang
yang mencari tarbiyyah
hanya bila terasa diri diuji oleh Tuhan.
Jika tidak, batang hidung pun tak nampak.
Bukan bagi yang meletakkan dakwah
hanya sebagai jalan
untuk mencari calon akhawat atau ikhwah
sebagai sang isteri atau suami,
yang mengikuti hanya untuk
meminta tolong teman-teman pencerahan
di saat dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang didapat,
tidak dikongsi dengan yang lain.
yang cepat mengalah,
yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah,
dan tathqif dalam diari
hanya selepas ditolak dengan semua agenda
dan acara-acara ‘penting’ yang lain.
yang hanya pandai bercakap (dan menulis), t
api amal kosong
yang hanya tahu membandingkan
jamaah itu dengan jamaah ini,
yang hanya boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’
hanya kerana nak disebut
sebagai ahli dalam sesebuah harakah, sesuatu jamaah.
Dakwah bukan untuk
orang yang tidak boleh diberi tugasan "last minute"
Dakwah bukanlah untuk
orang yang tidak mahu keluarkan duit,
infaq di jalan Allah.
Dakwah bukan untuk
orang yang tak boleh sesekali tidur lewat,
terpaksa berjalan jauh.
Dakwah bukan bagi
orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat,
mesti naik motokar besar dan mewah,
yang air-cond, dan laju.
Yang tak nak naik bas, public transport,
dan yang kena berpeluh-peluh.
Tarbiyah bukan untuk
orang yang kena contact
dan diberitahu dia setiap masa
tentang perkembangan terkini s
edangkan dia kena macam boss,
hanya tunggu informasi.
Pencerahan bukan bagi mereka
yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta,
yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah,
miskin, dan pakai comot.
Dakwah bukanlah untuk
orang yang setiap masa dan ketika,
kerja nak beri alasan ini dan itu.
Penat, mengantuk, susah, banyak kerja,
keluarga tak bagi keluar.
Tarbiyyah bukanlah segala-galanya.
Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini,
dakwah akan terus berjalan.
Islam akan tetap berjaya.
Ummah akan tetap terpelihara.
Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwahBelum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.
Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa.
Dakwah tidak memerlukan anda.
Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.

Jun 24, 2010

TAHNIAH.. Teruskan Usaha!!

Salam

Masih belum terlambat rasanya aku nak ucapkan kepada my x-classmate, DKB6 jul '09 yang telah berjaya mendapat tawaran untuk menyambung degree. I'm really proud of you. Berita ini pun disampaikan oleh x-classmate aku juga. Kepada sesiapa yang masih belum berjaya tue, dont give up k.. cuba dan cuba dan cuba lagi tanpa mengalah ok.

Aku yakin dan percaya, mesti PA aku happy sangat. Most of them dapat kat UUM plak tue. Makin jauh nampaknya mereka merantau. hehhehe.. Chaiyok2!!!!!
Aku?? InsyaAllah.. Akan menyususl kemudian ...... Ameen ^_^

Jun 23, 2010

menangis tue tak baik, tapi sahabat perempuan paling akrab..^_^

Salam


hati masih lagi berkata2 time nie.. nak cakap ke tak.. nak ke tak, nak ke tak.. nak ke tak.. Akhirnya.. Takpela,, just keep untill he finish his exam. Aku taknak menambah beratkan minda suami aku di musim2 pekse nie. Aku mahu abang pulang dengan kejayaan yan cemerlang. Sambil berSMS dengan abang, rupanya die tengah syok tengok bola.. erm.. LELAKI memang hantu bola. Lagilah aku taknak kaco konsentrasi dia..

CHECK-UP LAGI

Semalam (22/06/10) pertemuan kedua aku dengan nurse2 yang telah deberi kepercayaan untuk mengendalikan ibu2 hamil. Alhamdulillah, aku tak perlu menungu lama untuk temujanji..sebabnya time aku sampai tue tak ramai pun lagi yang sampai. Letak buku pink & terus pergi timbang.. Uhu.. berat turun 1 kilo.. HB pun turun 0.04, tekanan darah meningkat.. tapi Alhamdulillah.. semuanya dalam keadaan terkawal. Tapi kene la hentam juga sebab berat turun.. hehheh.. Lepasnie aku akan cuba makan dengan banyaknya (itupun kalu mampu.. nak makan sesuap pun seksa..ader hati nak berlagak makan bnyak-_-)

Nurse tue macam biasa tak lupa membekalkan aku dengan ubat ang telah kehabisan stok dan ditambah dengan satu lagi ubat baru, IRON TABLET.. yang bertindak sebagai.. ntah aku pun ak tahu.. makan jer aku pakar.. ^_^.. Bila dah selesai, nurse pun 'melepaskan' aku pulang.. Tapi dengan gatal mulutnya aku bercakap

Nurse, saya just nak tanye la..Kalu sebelum nie kene chicken pox, ader x effect kat baby

Bile tue kener?

12/04/2010..


Pastue nurse tue pun dengan segera mengecek rekod kat dalam buku pink aku tue. Tapi die pun comfius, setelah nurse tue mintak pendapat rakan2nya, masih lagi tak dapat jawapan dan akhirnya terpaksa la rujuk pada yang 'arif'.. Akhirnya... Aku di'refer ke HKL untuk kedua kalinya..-_-..


SCAN

Unit O&G.. Begitulah yang terpampang.. Obstetrik & Ginekologi.. Kecutnya perut. Aku memang terdapat 'alahan' kalu jumpa specialist nie. Rasa nak pitam pun ader. 'Aura' dieorang nie kuat sangat kot kat aku.. huhuh.. (Maafla.. aku bukan lah seorang yang berjiwa kental..gagah apatah lagi). Terus jer pergi ke kaunter pendarftan.. tunggu dalam 10 minit, nama aku dipanggil... kene pergi scan la plak.. sambil2 tunggu, mata meliar pandang sekeliling.. hehhe.. sorry x dapat nak jaga mata.. heheh. disapa oleh orang sebelah.

adik pun kene scan jugak ker?

Aah..

scan kenape? (oooooo.. nak scan pun kene ader sebab ker?? kompius, tapi senyum jer.. hati dah cuak)
erm just nak tengok baby kot, sebab sebelum nie saya ader kene chicken pox. akak?? (wajarla aku panggil akak kot sebab perut die dah besar..hahahha)

nak tengok baby nie.. sepatutnya uri dah naik atas time nie. Tapi still lagi kat bawah. Kebiasaan kalu time nie still lagi kat bawah, bleeding. Tapi Alhamdulillah la takde pape. Bape bulan?? (kompius agaknye die.. sebab x nampak perut aku besar tapi kate pregnant.. hehhehe)

Baru jer 2blan lebih.. (memang la x nampak kan kan??hehhehe.. mak aku kater dah 4 bulan nanti baru nampak)

Akak dah 6 bulan (patutlah.. tapi.. besar jugak, aku ingat dah tunggu masa nak bersalin..macam tue ke aku nanti ek -_-)

Tetibe nama aku dipangil......
Aku masuk kat dalam bilik ultrasound tue dengan penuh sopan santun
Diminta baring...
Persediaan untuk meng'scan'..
Kusyuk dr. tue tengok paparan kat screen. Sikit pun die tak tunjuk kat aku. Waaa nak tengok jugak. Bila dah habis, sambil tunggu report, kau pun curi2 tengok.. hehheh.. Dr. teu kater dah besar dah baby aku. Bila aku tenung scren tue, macam dah nampak kaki die.. wah dah 33.3mm.. that mean 3.33cm.. eee keciknya.. panjang jari telunjuk aku.. hehehhe..(xcited sungguh.. cam tak caya jer..kecik2 mesti comelkan.. hehheheh)


BERDEBAR-DEBAR

Still lagi diminta tunggu.. dalam 20 minit nama dipanggil

ok puan. Ini resault pn. Baby sume normal, takde pape tapi at your right ovari dapat detect cyst 2.0x2.3 cm. Jadi 17/08/10 kami buatkan lagi satu appoinmet untuk puan (terang nurse tue sambil pegang report aku)

cyst tue aper nurse? (nampak sangat aku sangat tidak mahir dalam istilah perubatan.. 1st time kot aku dengar..)

Erm macam ketumbuhan la.. tapi jangan risau, sebab hanya air ajer. Tapi perlu wat susulan sebab takut mengganggu tumbesaran bayi.

Ketumbuhan???? Aku rasa nak nangis time tue jugak.. Yang terfikir di minda hanya 'anak aku'.

Oh ya nurse, macam mana pulak dengan chicken pox yang saya kene sebelum nie?

Yang itu kami tak dapat detect lagi sebab baby terlalu kecil. Erm lain yang kiter cari, lain yang jumpa kan..

aku pun senyum jer dan trus ucapkan time kasih. berjalan pulang.


SEDIH

Aku rasa nak menangis semahunya. KETUMBUHAN.. Adakah ini bermaksud CANCER?? Ya Allah, jauhkanlah anak ini dari sebarang bahaya. Berikanlah ia kesihatan yang cukup dan sempurna kelahirannya. Ameen..
Bila post ini di publish, bermakna abang telah mengetahuinya. Maafkan ayang sebab merahsiakan dari abang di awal2 ini. Ayang tak mahu fikiran abang terganggu. Ayang nak abang concentrate for ur exam...

----------------------------------------------

KIRANYA RISAU TAK BERTEMPAT LA NI???

24/6


Terpaksa gagahkan jugak kaki masuk ofis. Kalu ikutkan hati yang malas nie.. nak jer aku monteng..-_- Penat kot. Macam biasa mesti la aku kene tepis banyak peluru berpandu kan. hehehhe.. Bila akak ofis aku tanye, aku pun dengan rela hati bercerita tentang 'lawatan' aku ker HKL, dan sedikit sebanyak cerita tiem kat HKL.


Oooo rupa2nya memang cyst tue tak merbahaya ek?? hehehhe.. Fakta ini dikukuhkan lagi oleh my ex-offismate aku yang sekarang nie pun ngah prengnan jugak. Tapi dari penerangan mereka, dapatlah aku simpulkan.. cyst nie die ader 2 jenis aktif & pasif. Yang merbahaynya kalau ianya cyst yang aktif. (betul ker?? doc2 & bakal2 doc.. tolong perbetulkan tok aku yer. heheheh..)

Lega rasanya...^-^

Jun 21, 2010

serupa tapi tak sama

salam

Kebuntuan rasanya bila dah lama tak menulis. Sapaikan satu tahap aku sampai tak boleh nak fikir entry ape yang aku nak masukkan. Asyik2 citer tentang aku3x... mesti ramai orang dah dan akan berkata ''macam xder citer lain'' or ''aku dah tau dah per die (aku) nak tulis''. Akhirnya aku fikir ''tak kisahlah.. aku memang tak pandai menulis pun. Ini jer yang aku tau''

Aku juga sama seperti wanita2 lain yang bakal menjadi ibu. Mesti excited kan?? mestila.. Tapi banyak yang aku belajar sebenarnya dari sini. IBU.. bukan semudah ABC.. sebelum menjadi ibu, bermacam2 perkara yang perlu dilalui..

PENAT

Alhamdulillah.. aku serupa dengan ibu2 dan bakal ibu2 yan lain. Akan membawa kemana sahaja 'baby' yang berada di dalam rahim. Cuma aku mungkin sedikit tidak sam dengan mereka. Alhamdulillah, setakat nie aku tak pernah mengalami morning-sickness ibu mengandung. CUMA.. Tuhan jer yang tahu betapa aku mengalami kepenatan yang teramat sangat. Walhal aku bukan bekerja sebagai operator kilang yang kene berdiri sepanjang waktu kerja. Kerja aku just hanya duduk semata.

Untuk berdiri dalam masa 3 minit pun aku merasakan kaki dah tak mampu nak menampung badan aku. Walhal aku xla berat pun walaupun aku akui berat adan dah meningkat.. hhehehhe.. Dan aku lagi akan rasa penat kalau keadaan sekeliling agak bising.. pening tiba2. Erm bayangkanlah... aku terpaksa berhadapan dengan sume nie sepanjang aku di ofis.. sebab... staff x-!?*% kat ofis aku tue die tak boleh nak stop bercakap dari la masuk time keje, sampai la ke balik..... fuh sbar jela aku....

Lain2 alahan xder cuma aku mula2 dulu x boleh nak makan nasi, rasa x tertelan tapi sekarang dah ok..... cuma x boleh amik dengan kuah.. mual plak.. -_-.

Mungkin ini juga yang mak aku alami time ngadung kan aku dulu kan??? ntah2 lebih dasyat lagi kan.. erm rasa nak berehat pulak.. xmo keje.............. saper nak ofer diri support aku?? hehehheh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...