let get Human Anatomy & Physiology Study Course NOW. Dont miss this opportunity!!!!!!!

Sep 25, 2010

mesra alam la sikit. u're not alone here ok

Salam

Sila mesra alam ok. Jangan la datang2 rumah orang wat macam rumah sendiri. Anda still tetamu okey. Tak kisah la kalu anda memang datang tiap2 hari, anak2 siap di jaga oleh tuan rumah, siap memang menjamu selera lagi tapi anda masih lagi TETAMU dan bukan PENDUDUK TETAP ok.

Diulangi. Sila mesra alam k. Bila nak tengok tv, utamakan majoriti ok. Bukan datang2 dan melihat tuan rumah sedang menonton ''remote mane??''.. tuan rumah pun dengan berat hati menjawab ''tak tahu''. Anda bulat kan mata mencari dan jumpa. pap siaran dialih.

Channel sport. West Herm vs Tottenham. Siaran Lansung.

Agak2 la cikit. Tuan rumah yang sepatutnya lebih berhak anda rampas hak nye untuk menonton. Kalau anda kaki bola, jangan anggap orang lain pun kaki bola cam anda. Kami ade hati dan perasaan ok. Janganlah tambahkan dosa kering kami dengan ngumpat anda di belakang. Kalu anda tak suka ngan citer yang kami tengok.. Kami pun tak berapa berminat ngan channel yang anda pilih.

Ulangan kali ke-2. Sila mesra alam k. Agak2 lah sikit. dah malam kot. xmo la jerit2. Jiran2 nak tido. Lagi2 anak kecil yang dalam buaian kat sebelah tue. Tuan rumah pun nak tido. Tapi ko dengan takde kesedaran siviknya menjerit 'GOAL! SHOOT! TENDANG LA! BODOH LA TAK RETI SEPAK.'' Lagaknye macam profesional player la plak.ish ader jugak yang aku suruh die balik kang nie. Relax la. Anda jerit2 pun buat ape? free jer hilang sore. Dah la insurans x cover. Bukannye player tue dengar pun sore anda yang sumbang tu. Nak berkenalan ngan anda pun jauh sekali. Hentikanlah sume tue.. -_-.

Jangan sampai tuan rumah berkata ''Kau Bile nak balik? Dah lewat malam nie''. Itu adalah salah satu tanda yang tuan rumah minta anda menonton di rumah anda sendiri. Sila faham & mengerti ok. Kalau tak fahm jugak................. LU PIKIR LA SENDIRI

~ mengantuk tahap dewa ~
aku bukanlah tuan rumah ok. -_-.. aku juga tetamu

knowledge to share..

Salam.

Atas desakan rasa ingin tahu yang menggunung dan juga disebabkan oleh rasa sakit di perut yang menyerang dalam 2 3 harini(actually bukan la perut. Dulu Bio aku terbalik dok..^_^. Setelah di enalpasti, sains mengenali sebagai abdomen.) yang menyebabkan aku terpaksa membataskan pergerakan. (bape banyak'yang' da???) Sakit kot. Mana tahan. Nak bangun jer dari duduk, fuh.. rasa nak nagis. Nak jugak kan tahu kenapa. My next appoitment next week plak.

Dalam mencari-cari akhirnya aku jumpa juga. Ape lagi, aku kan suke keje2 copy paste nie. ^_^. Sila la baca yer. Mane tahu ader plak isteri, anak, adik, kakak, or kalian sendiri yang mengalami.. so pasni dah tahu la serba sedikit.

written by : Dr. Zubaidi [click here for more information]



“Segala puji bagi Allah yang memberikan kesakitan dan yang menyembuhkan. Sesungguhnya setiap kita akan diuji untuk melihat siapa di antara kita yang lebih baik amalannya”

Saya mulakan artikel kali ini dengan satu pertanyaan dari seorang ibu yang kerungsingan.

Tuan Doktor, sekarang saya mengandung 30 minggu anak kedua. Anak pertama sudah 4 tahun dan lahir secara pembedahan caeseran. Kenapa saya merasa sakit di pangkal perut bawah seolah terasa bayi yang di kandung berada di bawah tu? Saya merasakan sakit perut itu seharian dan saya merasa tidak selesa. Saya sudah berjumpa doktor dan telah menjalani ujian scan untuk bayi saya. Doktor memberitahu kedudukan bayi saya adalah normal, bergerak aktif dan pergerakannya melebih 10x sehari. Saya ingin bertanya doktor masalah saya iaitu sakit perut yang tidak henti-henti dan apa perlu saya buat?”

Adakah wanita yang hamil merasa sakit di bahagian abdomen bawah dikira normal?

Ramai wanita yang hamil mengadu sakit perut. Bayangkan dengan penambahan berat bayi beberapa kilogram di dalam abdomen, sudah tentu ianya akan memberikan suatu keadaan yang tidak selesa dan tidak menyenangkan.

Selalunya ‘ketidakselesaan’ ini tidak merbahaya, namun adakalanya ianya adalah tanda awal kepada masalah yang besar. Ianya boleh jadi berkaitan dengan kehamilan, namun ada juga kesakitan yang tiada kaitan langsung dengan kehamilan. Ini bermakna wanita yang tidak hamil juga mengalaminya.

Namun begitu jika ‘ketidakselesaan’ ini atau kesakitan pada abdomen ini berpanjangan, jangan dibiarkan. Bukan saja ia mungkin boleh menyebabkan bahaya kepada ibu yang hamil, malah kepada bayi yang berada dalam kandungan.

Saya cuba membincangkan secara ringkas beberapa masalah yang berkaitan dengan ‘ketidakselesaan’ atau kesakitan di bahagian abdomen terutama di akhir kehamilan. Namun diharapkan puan-puan tidak cuba mendiagnosa diri sendiri. Berjumpalah dengan doktor yang biasa puan buat rawatan semasa kehamilan. Doktor yang biasa merawat puan mungkin lebih memahami puan dari segi masalah kesihatan puan dan juga lebih perhatian kepada emosi puan. Ramai yang tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh doktor yang baru dikenali hanya kerana mungkin doktor itu kurang menghargai emosi mereka. Jadi untuk tidak merasa kecewa dengan diagnosa yang diberikan, berjumpalah dengan doktor yang biasa puan jumpa.

Agaknya kesakitan yang bagaimana dikatakan merbahaya dan yang mana pula dikatakan tidak merbahaya?

Saya cuba menyusun beberapa tanda kesakitan perut berserta dengan keluhan lain yang mungkin merbahaya. Antaranya ialah kesakitan abdomen berserta dengan sakit yang memulas-mulas yang berulang-ulang dan berlarutan beberapa lama, pendarahan dari faraj sama ada sedikit (darah bercampur lendir atau spotting) atau darah yang banyak, sakit perut berserta demam dan menggigil, keluar lendiran banyak yang keluar dari faraj, atau kesakitan abdomen ketika kencing serta rasa loya dan muntah.

Adakah ianya tanda serius?

Antara sebab ketidakselesaan di bahagian abdomen yang merbahaya ialah kelahiran pra matang. Keadaan begini berlaku tanpa sebab, apabila rahim mula mengecut (contraction) dan pangkal rahim (cervix) mula mengembang dan membesar sebelum umur kelahiran 37 minggu. Jika tidak dikawal, ini menyebabkan bayi di dalam rahim akan keluar sebelum tiba masanya.

Maka jika puan merasakan ‘ketidakselesaan’ atau kesakitan pada umur kehamilan sebelum 37 minggu , eloklah segera berjumpa doktor.

Pengalaman saya bekerja di wad bersalin, ika kesakitan abdomen itu berterusan terutama di bahagian bawah (ari-ari atau suprapubic), maka wanita hamil itu dinasihatkannya untuk rehat di wad untuk pemerhatian. Jika keadaan terkawal, kehamilan bayi dapat diperpanjangkan. Jika tidak kelahiran pramatang tidak dapat dielakkan.

Tanda-tanda awal bagi kelahiran sebegini ialah sakit di bahagian abdomen bawah. Ianya boleh saja sakit yang menggganggu atau hanya terasa penuh dan tidak selesa. Kadang-kala ianya melarat menjadi sakit seperti senggugut dan berpanjangan. Ada yang menceritakan seolah-olah memulas-mulas 4-5 kali setiap jam. Ada juga yang merasakan kesakitan itu melarat hingga ke pinggang.

Tanda lain bagi kelahiran pramatang ialah keluarnya lendiran dari faraj (vaginal discharge) sama ada ianya berbentuk lender pekat, cecair yang cair atau bercampur dengan darah.

Asalkan lendir itu keluar dari faraj pada wanita yang hamil, ianya merupakan tanda yang tidak baik. Apatah lagi darah yang keluar merupakan darah yang merah (fresh blood), ianya lebih membimbangkan.

Satu lagi kes yang serius ialah keadaan yang dinamakan sebagai ”Placental abruption”. Ianya amat serius kerana uri (placenta) mula berpisah dari dinding rahim sebelum proses kelahiran bermula.

Placental abruption ini berlaku secara tidak semena-mena menyebabkan pendarahan yang banyak ketika hamil. Cuba bayangkan seorang wanita yang hamil, sedang berjalan tiba-tiba terjatuh dan pendarahan yang banyak keluar melalui farajnya. Ininya mungkin tanda placenta abruption.

Namun begitu jika uri yang berpisah dari dinding rahem secara perlahan-lahan, pendarahannya mungkin hanya sedikit atau mungkin hanya lendir bercampur dengan darah saja yang keluar dari faraj.

Pendarahan itu boleh berkumpul dalam airtuban, dan mula disedari apabila selaput airtuban itu pecah ketika melahirkan bayi.

Masalah dengan Placenta Abruption ini bukan saja kehilangan darah pada wanita yang mengandung itu, tetapi nyawa anak yang dikandung. Keadaan anak yang dikandung dapat diteliti dan diperiksa dengan menggunakan ultrasound untuk melihat pergerakan bayi dan degupan jantungnya.

Jangkitan kuman pada pundi kencing juga sering berlaku pada wanita yang hamil. Perlu disedari bahawa jangkitan kuman ini amat mudah berlaku pada wanita yang hamil akibat kesan dari hormon dan saluran kencing (urethra) mereka yang pendek. Hormone estrogen menyebabkan juga lubang kencing mereka relax, tidak ditutup rapat dan mudah dimasuki kuman.

Wanita yang bermasalah begini kadang kalanya merasakan pedih ketika kencing. Mereka mengadu seperti rasa terbakar di bahagian abdomen bawah, atau mungkin hanya tidak selesa di bahagian itu.

Doktor akan melakukan ujian air kencing dan selalunya menamakan sebagai ‘kencing kotor’. Pesakit juga mungkin tidak dapat hendak mengawal kencing dan rasa tidak puas selepas kencing. Warna iair kencing mungkin kuning pekat, keruh, berbau busuk dan kadang kalanya bercampur darah.

Jika tidak dirawat dengan betul, ianya mungkin melarat sehingga menyebabkan jangkitan kuman di ginjal.

Faktor-faktor Lain

Banyak juga punca sakit perut yang tidak berkaitan dengan kehamilan. Ianya mungkin berpunca dari jangkitan kuman dari makanan akibat food poisoning, atau sakit di sebelah kanan bawah iaitu appendicitis, batu karang di ginjal, jangkitan virus hepatitis, kesakitan di bahagian kanan atas akibat jangkitan pundit hempedu, jangkitan kuman pancreatitis, dan juga masalah usus yang tersumbat (bowel obstruction).

Mungkin juga kesakitan itu tidak merbahaya, namun harus berjumpa dengan doctor untuk memastikan bahawa ianya bukannya satu keadaan merbahaya dan kecemasan.

Masalah perut berangin dan kembung perut akibat terkumpulnya gas berlaku kerana hormone semasa mengandung melambat proses penghadaman. Rahim yang membesar juga menyebabkan tekanan pada usus dan perut, memburukkkan lagi keadaan.

Sembelit juga memberikan rasa tidak selesa di bahagian abdomen bawah. Ianya dapat diatasi apabil najis yang telah lama berkumpul keluar melalui lubang najis. Jika memakan banyak serat tidak membantu, bolehlah membeli ubat di farmasi atau klinik.

Di dalam bahagian pelvis, ada stuktur yang dinamakan sebagai “ Round ligament”. Ligamen ini yang ‘memegang’ rahem agar berada pada kedudukan yang stabil. Salah satu punca yang menyebabkan rahem ‘turun’ apabila ligament ini tidak lagi kuat.

Apabila kandungan kehamilan bertambah, berat yang harus ditanggung oleh stuktur untuk mengekalkan posisi rahem telah menyebabkannya menjadi keras, tebal dan regang (stretch).

Akibatnya wanita yang hamil akan merasa tidak selesa atau kemungkinan rasa sakit seperti ditikam/dicucuk-cucuk untuk sementara waktu atau ‘sakit yang sukar diceritakan’ di kedua-dua belah abdomen bawah. Kesakitan ini mula dirasakan apabila pesakit bangun dari posisi duduk atau mencangkung, batuk yang kuat atau mengangkat barang dari lantai.

Atau ianya dapat dirasakan setelah lasak bekerja dan mengemas rumah. Kesakitan begini dinamakan Round Ligament Pain. Sukar untuk mendiagnosanya dan tiada ubat yang spesifik untuk kesakitan sebegini. Banyakkan rehat dan berhenti dari melakukan kerja-kerja yang berat. Dapatkan pendapat doktor jika kesakitan atau ketidakselesaan itu berlarutan walaupun setelah berehat.

Ada juga yang mengadu kesakitan di bahagian abdomen bawah di umur kehamilan menjejaki 30 minggu. Ia dirasakan seperti rahem mengeras dan dinamakan Braxton-Hicks contractions. Sebelum umur kehamilan 37 minggu ianya tidak merbahaya, namun biasanya ianya tidak berapa sakit dan tidak kerap.

Kesakitan ini bukannya suatu petanda kelahiran tetapi mungkin akibat pergerakan bayi di dalam rahem yang merangsangkan pengecutan rahem. Harus diingat keadaan sebegini tidak seharusnya disertai dengan keluarnya darah atau cecair dari faraj.

Kesimpulan

Bagi wanita yang mengalami kesakitan atau ketidakselesaan pada bahagian abdomen bawah, dan telah menjalani ujian dan pemeriksaan doktor, saya nasihatkan agar banyak bersabar.

Seperti mana yang saya selalu tuliskan, dengan bersabar, minda kita akan mudah menerima ujian Allah ini dan tubuh kita akan lebih mudah menerima kesakitan ini.

Jangan banyak berfikir tentang kesakitan dan ketidakselesaan itu, amalkan membaca al Quran dan zikir yang sahih. Petua-petua ini telah menjadi amalan berkurun-kurun oleh solefussoleh, isteri dan anak-anak mereka. Semoga Allah memberikan kita kekuatan untuk bersabar dan berjuang untuk terus menjalani kehidupan. Ameen.

note: Sedikit terubat perasaan dengan nasihat terakhir doktor ni. Sengaja aku 'bold' kan. Buat peringatan untuk aku yang 'chemei' nie. Thanks doc..^_^

Sep 21, 2010

23 weeks dah our baby.. ^_^

Salam



Turn on the radio and sway to the music. With her sense of movement well developed by now, your baby can feel you dance. And now that she's more than 11 inches long and weighs just over a pound (about as much as a large mango), you may be able to see her squirm underneath your clothes. Blood vessels in her lungs are developing to prepare for breathing, and the sounds that your baby's increasingly keen ears pick up are preparing her for entry into the outside world. Loud noises that become familiar now — such as your dog barking or the roar of the vacuum cleaner — probably won't faze her when she hears them outside the womb.

******************************************

Harini genap anak kami 23 minggu. Bersamaan dengan tarikh appoitment kat HKL. Memang sengaja aku tunggu harini tok post citer baru. ^_^. Appoitment harini pun berikutan disebabkan aku kene 'chicken-pox' time primed dulu.

Alhamdulillah melalui scan yang dibuat, our baby bebas dari sebarang virus chicken-pox. Bak kate doc yang buat scan tue...''selalunya jika bayi ader jangkitan, semua anggotanya akan nampak pendek2. Tapi yang nie bile saya ukur die mengikut usia''. Alhamdulillah. Aku bersyukur sangat2. Dan doc tue ade cakap ''selalunya kalau ibu terkena chicken-pox time primed, kebiasaannya bayi takde ape2. Kalau terkena jangkitan pun hanya 2/1000. tu pun selalunya x dapat dikesan melalui scan. Ianya halus dan unik''. Thanks Allah selamatkan kami..^_^.

Appoitment kali ni dikenali sebagai detail scan. Name pun detail kan. Jadinya doc2 (sebab aku di scan 2 kali.Dr & Dr.Pakar) yang scan aku tue memang die scan secara detail la. Setiap sudut die scan. Jadinya... Dapatlah aku melihat bayi kami dengan jelas sekali. Sangat seronok. Tak dapat digambarkan dengan kata2. Bile inga balik aku akan senyum sorang2.

Aku dapat tengok jari2 kaki n tangan baby, kaki , hidung, mulut, telinga, muka, jantung, tangan & tulang2 die. Comel bangat. Rasa macam x sabar nak tunggu baby lahir. Waktu scan tadi baby ngah tidur. Jadi x dapat la tengok baby wat aksi gimnastiknya. ^_^. Sekarang berat baby dah 1/2 KG. Agak2 lahir ti bape KG ek????

Kalian doakan kami sekeluarga yer. Alhamdulillah, abang pun telah selesai memduduki peperiksaan. InsyAllah, lepas konvo abang balik. Jadi dapatlah baby kenal2 sore walid. Mesti baby terkejutkan ti tetibe ader suara 'asing' yang borak2 ngan die. ^_^.

note: happy mode..^_^.Happy2 day

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...