let get Human Anatomy & Physiology Study Course NOW. Dont miss this opportunity!!!!!!!

Dec 5, 2011

???????

Salam

Ai kembali lagi aku sebagai penulis yang tak diiktiraf. Hehehhe... Ntah makin baik atapun makin berserabut tulisan aku kali nie. Silap hari bulan bisa tunggak terbalik... Nak tahu keputusan nya??? Jom kita teruskan membaca bersama k.. [hangpa jela yang membaca.. aku dah terlebih baca & tulis . ^_^]

Aku??? Nothing much different. Cuma saiz badan yang dah semakin mengembang dan tabiat pemalas semakin menebal dan dah tak dapat nak dibendung. Hari2 keje aku tido, bangun, gi kije, balik, tido. Sabtu-Ahad cuti..[dok debabkan badan lagi..waaaaa].. itulah rutin harian hingga kini. No changes. Setakat nie no more additional activity except....... too ADDICTED korean drama & Novel. [Wahahahha... kegilaan aku tuk mende2 yang buang masa nie dah kembali. Sila sapa2 tolong bagi tazkirah kat aku yer.. please.. ]. Nie sume gara2 tertengok si 'My princess' kat Channel 8TV la nie [haruskah TV itu dipersalahkan?????].. dan kesannya............. sekarang nie aku dah jadi penonton setia youtube.com . Nak beli CD, cam wasting my money jerk.. Nak tengok jer kat TV.. Bab citer2 yang 'to be continue' nie... aku bukan lah orang pengabar.. kalu boleh dan2 tu gak nak tahu ending nya..^_^

Sometime, someday.. i miss my frenz & everybody besides me. Lame tak bertemu. Sejak menjadi ibu nie, pergerakan agak sedikit terbatas. Bukan sebab dihalang tapi tak dan nak hang out dengan mengendong si Naufal kehulu kehilir without his Walid. Beliau sangat lasak. Tak boleh aku nak handle sensorang. Tak terhandle.. huhuhuhu [dah makin mengada2 penulis nikan.. cepuk sat baru tau ]. Kalu nak kuar dengan walidnya sekali, mesti segan kawan2 aku.. depe dok single mingle lagi [erm nak kate aku gatal latu kawen cepat kan??? fine.. aku terima.. huhuhu i dont care.. ^_^]

Sejak membina kembali career yang tak seberapa ni, dunia blogger dah tak dan aku nak follow. Bukan sebab terlalu sibuk [i am not busy woman or businesswoman] , tapi bese la kan opis.. dah la bill internet tak bayar, pastu banyak plak mata memandang sampaikan jari jemari nie malu2 nak menaip kat sini.. ^_^. NAk tak nak.. kene buat kat rumah. Tapi kalu kat rumah palk, hasilnya sangat menegcewakan. I will sleep when Naufal sleep.. hehehhehe. except today..That why i can post entry 2day.. ^_^

Erm baru aku parasan,... nape yer entry kali nie cam orang tak waras jer menulis??? Should i stop here??? ok2.. stop dulu... cover mood balik pasnie..daaaa

Oct 6, 2011

Si Manja Kami

Salam

Bersua lagi kata kat sini. Sekarang dah jarang menulis, semakin ketandusan idea pulak. Tapi takpe lah.. akan acu cuba jugak curahkan walaupun secubit.. hhuhuh..

Banyak juga perkara yang berlaku semenjak dua nie. Untuk kami sekeluarga (aku, abang & naufal), keadaan kesihatan agak menurun. Aku.. la ni, saat ini dan ketika ini sedang berperang dengan selsema. Mungkin kesan sebab lama sangat duduk dalam penyaman udara. Gara2.. Naufal warded. Huhuhuh.. Tengah baru kejapan tadi sakit kepala yang teramat. Dah minum panadol soluble, la ni kurang sikit.

Naufal.. sian si bulat montel aku yang sorang tue. 4 hari warded. Siap masuk 8 pain air. Sebanya, demam panas yang terlampau. Ciannya la anak aku sorang nie. Sebenarnya Ramadhan dulu Nuafal dah demam tapi sekejap jer. Bak kate orang demam ngada2 la. Pastu lepas raya demam balik.. bawa doktor, k la sikit. Tinggal batuk & selsema jer. Lani yang sedikit teruk. Bukan sikit.. banyak. Huhuhuh. Bab demam nampaknya Naufal ikut gen ummi. Sangat susah demam, tapi kalu sekali demam, terus warded. Huhuh.

Teringat lagi time Naufal kat ward, one day tetibe lepas makan ubat Naufal terus flat. Tertidur. Ummi kejut die tak bergerak pun. Terus air mata aku mencurah. Dalam hati hanya satu "Naufal jangan tinggalkan ummi".. then aku kuatkan semangat. He will be ok. Takkan terjadi apa2. Alhamdulillah Naufal sedar sebab terbatuk. Lega sangat2. Yelah waktu tue aku nie fikir negative je. Mana taknya, dah la Naufal demam panas.. pastue tak kebah2 pulak. Ubat dan berbagai & bermacam yang ditelan. But his condition is still the same. Ibu mana yang hatinya tak walang????

Waktu tu aku hanya harap dan doa sangat2 agar aku di beri peluang membenarkan anak2 aku nanti hingga mereka menjadi insan yang berguna. Semoga DIA memberikan aku kesempatan untuk melihat mereka dewasa. Memberikan aku kesempatan untuk melihat mereka membesar di depan mata. Tingginye lah harapan kan.. Semoga ia diperkenkan.

Nie gambar2 Naufal time kat wad. La nie dah susut sikit badan die. Sejak discharge, sangat susah bila nak bagi susu guna botol. Sepertinya dia fobia dengan ubat. Sebab bagi ubat, bagi minum sekali. Last2 mungkin die ingt kalu bagi air susu ngan botol maknenye ubat.. huhuhu terus die tak mau dah. tapi kalu direct BF his accepted. heheheh

Kenapa baju berbeza dari seluar?? Sebab baju tak leh tukar.. Suar boleh.. Hehhehehe

Dah semakin sihat... ^_^

Lekanya dia main.. Tak hirau pun orang keliling

Menggunakan gigi semaksimum mungkin

Temankan walid main internet

Nangis taknak baring

Senyuman si kecil yang melawan sakit demamnya. Anak ummi kuatla!!! ^_^

Drip terpaksa dibuka untuk sementara. Lasak sangat. sampai terbuka & jarum bengkok.

Walid sayang Naufal.. Ummi too.. Muuuaaaah

Wajah orang demam dengan hingus meleleh.. hihihih...

Si manja Ummi & Walid

Dan tetap akan menjadi si manja kami sampai bila2... Ameen

Aug 15, 2011

RAMADHAN TERAKHIR

Salam.

.. Ectually so spechless ..
.. Mendengar perkhabaran telah kehilangan seorang sahabat yang aku kenal di PUO ..
.. Pernah bersama-sama menjadi AJK di kamsis semasa hayatnya ..
.. Dan saat hayatnya merupakan seorang sahabat dan pembimbing yang sangat baik/setia/taat..
.. semoga ROHNYA di cucuri rahmat ..


Telah pulang ke pangkuan ILAHI, MOHD FAIZ B. NORZAILAND pada 7 RAMADHAN / 7 OGOS kerana terlibat dalam kemalangan.


Aug 2, 2011

Rindu saat itu............

Salam. Terlalu lame aku tak menjejakkan kat sini. membersihkan apa yang patut, mengemas dan mencuci debu2 sebab terlampau lama ditinggalkan. Bile masuk jenguk jer, uhuuuu... ''orang lain pun dah malas nak jenguk. Sebab NO CHANGES!!!'' hehehehhe.

Nak buat camner, actually Ummi si Naufal nie banyak ngabiskan masanya kat FB. Nak berniaga kononnya.. ^_^. Alhamdulillah, perniagaan telah pun berjalan dan Alhamdulillah juga mendapat sambutan yang menggalakkan. Sory yer Naufal dan semua, bersungguh sangat berjual sampai lupa nak jenguk 'rumah' nan satu nie. ^_^

Dari sari ke sari nak update. Kononnya nak tunggu malam baru update, free ckit kat rumah. Naufal pun time tu dah tido. Tapi tak dan jugak. Huhuhuh.. Camne nak dan. Naufal tido.. dengan UMMI sekali tido. Jadi , tekpaksalah say bye!bye! to my blog. 2nd day pun camtu jugak.. Akhirnya dari sehari sampai la ke sebulan, trus tak terupdate2.. Si UMMI Naufal nie memang la. PEMALAS!!! ^_^

Lastly, aku kidnap jugak time opis nie tok update blog. Huhuhuh.. Bukan curi tulang yer. Saya curi2 masa yang lapang nie je untuk dipenuhkan dan tak nak biarkan ianya kosong dengan MENGANYAM KETUPAT yang tak boleh dimasak..^_^

Aku.. begini dan akan terus begini. Ketinggian sure la takkan bertambah. Saiz badan jer dah macam di pam-pam dengan pam kat petronas tue. Bile nak turun?? ntah la.. dari hari ke hari menghitung gram.. turun tak jugak. Naik jer manjang. ^_^. Takkan la nak meningkat mengikut pertambahan usia kot kan???? Waaaa tak nak. Nak kurus balik!!!!!

Si NAUFAL. Dah semakin banyak yang beliau belajar. Menjerit, berguling, menggigit, mencakar, berdiri sampil lepas tangan.. sume dah dan macam-macam lagi dah. Jatuh katil pun dah -_-. Sejak beliau meninggalkan zaman meniarapnya, laju jer merangkak ke dapur, kemas bilik, masuk bawah meja, berdiri sambil lepas tangan.. huhuhu berani sungguh. Ntah sapa yang diikutnya aku pun tak tau. Kalu boleh panjat, sume almari die nak panjat.

Muka dah makin bulat, menjerit die lah juara. Kalu time makan, pantang lambat sikit suapkan, suare die la boleh dengar sampai 4 blok. Menakutkan sungguh. ^_^. Dah pandai tukar 'word' bila nak borak, marah. kalau dulu berbualnya hanya senada, sekarang dah boleh 4 nada. ^_^. Tangan nye plak nak mencakar aje keje. Yang nie aku akui dapat tabiat ummi. Kuat mencubit. Tapi naufal mencakar. Kuku pendek pun rasa cam panjang jer. Calar-balar ummi dibuatnya.

Sekarag, bila ummi tengok naufal, sangat rindu zaman2 kecil beliau. Sangat rindu untuk memangku Naufal yang 2 bulan. Sangat rindu nak dengar tangisan Naufal di usia 4 bulan. Sangat rindu bila terkenang keterujaan melihat Naufal dapat meniarap di usia 3 bulan. Sangat rindu akan semua itu. Tapi yang pasti, kerinduan itu hanya boleh disematkan di sanubari... kerana Naufal akan meninggalkan lebih banyak lagi kerinduan buat ummi dari hari ke hari. Dan yang penting, Naufal akan selalu buat ummi merinduinya ^_^.

Naufal sudah pandai mengenal. Setiap petang neneknya akan bawa Naufal & sepupunya duduk kat beranda depan rumah, tengok kereta2 bergerak kat bawah. Tapi kalu nakpak ummi balik, tapi tak ambik die, kami akan dihidangkan dengan jeritan beliau yang amat kuat. Bak kata neneknya ''Dah kenal dah dengan umminya. Tadi elok jer diam. Ummi die balik, terus tak dok diam". Sebagai seorang ibu, bila keadaan ini berlaku, aku sangt2 terharu. Nak tau kenapa??? Sebabnya... dalam kadang2 aku termarah, terbabab,... Naufal tetap mahukan aku disampingnya.
Semoga anak2 aku nanti akan sentiasa menginginkan aku walaupun aku sudah tiada apa2 lagi. Ameen.

[asyik2 citer tentang NAUFAL.. takde cerita lain ker?? I don't care about that. This is my territory keyh!!-- BONGKAKNYA MINAH NI ]

Jul 13, 2011

Petua Imam Syafie

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

:// Camne ek tak nak bagi NAUFAL tido meniarap lagi????

May 6, 2011

iPad, Honda City, GPS Contest... Mari! Mari ! Mari!


Pernahkah anda terfikir untuk memandu Honda City (abaikan pada sesiapa yang memang mampu memilikinya ok!!!.. nie hanya buat orang macam aku.. TAK MAMPU.. huhuhuh

Caranya sangat la mudah.. hanya perlu membaca dan memahami peraduan ini (KLIK FOR CONTEST) . dan hanya dengan menekan butang ON WIN di telefon bimbit anda dan hantarkan ke 2882. Dan anda akan menerima 2 sms / day.

step 2... just answer the question were give it to you. so easy right?? Apalagi.. moh ler kite sama2 bercontest.. huhuhu. Sangat mudah kan?? apalgi, mari kita bercontest di sini

:-Kalu dah menang, tapi tak mau hadiah.. u can past to me.. hehehehehehh

differentiation

kenapa kemusnahan breast-shied UNIMOM ALLEGRO, kini dah dapat pengganti baru.. (kering doh poket ummi nie naufal.. huhuhuh..).. Kini ummi mepunyai 2 breast-pump yang masih lagi function.. my new one breast-pum.. MODU PLUS.. nampaknya ummi akan kelihatan pinky.. ^_^

2 BPA Free bottle
breast-pump mechine
2 set breast-shield
2 breast-shield silicon
2 bottle base
1 nasal suction.. (nie sesuai tok Naufal.. ngah flu sekarang beliau.. -_-)

Tetibe rindu saat2 kecil Naufal... banyak yang dah berubah.. dari Naufal hanya pandai tido, nangis & susu... sampai la sekarang dah pandai jerit2, bual2, nangis, ketawa kekek2, meniarap, kenal orang dan akan banyak lagi perubahan yang akan berlaku ke atas permata hati nan sorang ni. Sedikit gambar kenagan Naufal..

;//sila lihat sambil senyum k....^_^





si botak...














://mungkinkah begini hati mak sewaktu menjaga anak2nya.. ??? I LOVE U MOM.. HAPPY MOTHER's DAY

May 5, 2011

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

long time ago.. ^_^

Menipu kalu kate aku sangat busy.. tapi ntahla.. memang sukar la sekarang nak update blog. huhuhu. nie pun aku telah menyalahgunakan kemudahan opis untuk mengupdate blog nie. Berkepuk kot habuk dan sawang.. huhuhuhuh..

PERMATA HATI

Firstly, of course la nak story tentang anak yang semakim membesar. (ni kot naluri seorang ibu.. anak! anak! anak! ^_^... thank Allah kerana menciptakan aku sebagai seorang WANITA.. ^_^). Naufal semakin menghampiri ke usia 4 bulan. Sangat kejap jer rasa. Rasa macam baru semalam aku bersalin dan menghadapi saat2 berpantang.. Tup tup... la dah 4 bulan si Naufal nie.. hehehhehe

Beliau sekarang semakin banyak mulut. Asyik nak menjerit saje. pantang la biarkan die terbaring sorang2.. pastas ajer suaranya akan kedengaran satu flat. Nyaring kot.. ikut suara umminya.. ^_^. Alhamdulillah, Naufal telah mula untuk meniarap. Dan suaranya akan kedengaran bile cubaannya untuk meniarap tidak menjadi.. (adoi.. ikut sape la nie kuat menjerit).. Naufal jugak sekarang dah pandai pegang2 something. Kuat kot bile Naufal genggam. Semoga setiap hari mindanya tidak putus untuk berimaginasi. Semoga menjadi anak yang cerdik sayang... ^_^

Berat Naufal jugak dah bertambah. Bile timbang time 3bulan ritu, dah mencecah ke 6.1kg.. fuhh patutlah ummi rasa makin lenguh kalu pangku Naufal time menyusu.. Naufal jugak dah semakin mengenal orang sekarang. Dan yag paling seronok, of course la die akan lebih mengenali umminya. Beliau akan tersenyum dengan sangat lebar bila nampak & dengar suara ummi time balik dari keje.. so sweet.. ^_^

Kini telah sebulan aku memulakan kerja kat CIDB Holdings. Sebulan lebih jugak waktu bersama Naufal tak sebanyak sebelum aku bekerja. Kadang2 bile kat opis.. sentiasa teringatkan permata hati nan sorang.. ''ape yer yang Naufal tengah buat sekarang??''. La ni pun teringat-ingatkan Naufal. Boleh saya pulang ke rumah sekarang????? huhuuhuh Dalam hati kecil sebenarnya sangat jelouskan abang... beliau mempunyai banyak masa bersama Naufal. Di siang hari jugak di malam hari. Aku?? hanya bila balik kerja hinggalah Naufal tido..........-_-

CEMBURU MERANTAI HATI

Cemburu jugak dengan mak sebab masanya banyak dengan Naufal. Kadang2 terlintas kat hati jahat aku nie yang satu hari nanti Naufal tak rapat dengan aku.. huhhu.. perlukah begitu???? Nauzubillah.. Astaghfirullah al-azim....^_^

Walaupun bekerja, aku pastikan Naufal mendapatkan bekalan 'makanan' rujinya saat ini mencukupi. Dan semoga ianya jugak mencukupi hingga Naufal berusia 6 bulan. I have work hard to collect more breast-milk for Naufal. Disebabkan aku sangat2 menginginkan Naufal menyusu sepenuhnya, jadi aku perlu bekerja keras & tidak melanggar waktu untuk mengepam. Only for my little one.. UMMI SAYANG NAUFAL..

://breast-shield patah terjatuh ditiup angin... waaaaaaaaaa.. have to buy for a new one..(kering poket aku.. -_-)

Mar 22, 2011

buat permata hati...

Setelah memujuk abang dengan bersungguh2.. 'membentangkan' keinginan aku untuk menyusukan naufal sepenuhnya, berceramah serba sedikit tentang kepentingan susu ibu untuk bayi kat abang.. akhirnya.. abang belikan jugak breast pump set,walaupun abang memanjangkan sedikit muncungnya yang pendek itu. Mana taknye.. breast pumt set nie idok ler murah.. melayang jugak la beratus. -_-. [kene bayar balik ma bile dapat gaji... already promise.. ^_^. Harap2 la abang kater.. ''takpe la yang, abang belanja'' akulah orang paling bahagia. ngehehehhe]



UNI MOM ALLEGRO Breast Pump Set (dalam pic nie spectra3..yang le sume sama)
Stylo Mama Shoulder bag
Stylo Mama Cooler Bag
3 Stylo Mama gel ice
8 Stylo Mama Breastmilk Storage bottle

Aku beli barang2 nie kat butik sarakids . Banyak jugak tempat aku dah survey, kat sini jer bile aku compare, agak murah. Abang drive sendiri tok pergi beli. CAYALAH ABANG. Terima kasih wahai suamiku.. ^_^. Dan akhirnya aku menjadi pelanggan setia sarakids. [kalu pn. Farah Farhan nie tau.. sure die jual free kat aku kan???? huhuhuh]

Aku telah mempraktikkan penggunaan mesin nie kat opis.. Alhamdulillah, mendapat sokongan ibu2 di sana. Rupanya bukan hanya aku yang menyusukan bayi.. heheheeh. Aku mahukan yang terbaik untuk anak2.. anak2 akan datang.. ^_^

Mar 8, 2011

membesar dan terus membulat

genap Naufal 2bulan. Uhuuu terlalu cepat rasanya dah 2 bulan. Dan terlalu cepat rasanya anak ummi nie membesar. Kebanyakan baju2 naufal dah muat2 badan jer. Tunggu sikit masa lagi boleh disimpan dalam beg [tok adik2Naufal plak nanti.. InsyaAllah]. Time lahir dulu, kecik jer.. Ummi nak pegang pun takut. Lembik. La nie..fuh.. sumenye yang 'keras'. Dah pandai 'melawan'. Siap marah2 lag kalu orang tak layan die borak2. Alhamdulillah, satu perkembangan yang baik ku kira.

Nenek kalu time mandikan Nufal mesti 'berperang'. Naufal asyik nak panjat besen mandian tue jer. tak mau diri diam2. Rasanye kalu dah boleh jalan, alamatnye pengsan la nenek mengejar Naufal time nak mandi. huhuhu

Sekarang aku dah boleh sesuaikan diri dengan schedule Naufal. Pagi2 kul 8 Naufal akan bangun. Mesti mandikan sebelum die menangis. Lepas mandi dengan sendirinya akan tido. Paling tak pun meragam sekejap tok tido. tapi tido siangnya Naufal sedikit tak lena. Kejap2 mesti bangun. Pastue meragam nak tido balik. huhuu... Petang pun macam tue. Around 6, mesti dah mandikan die. Sebab after that, Naufal akan tido. Alhamdulillah, masih lagi tido malam Naufal lena tanpa gangguan. Sometime jer meragam.

Sekarang dah boleh 'rasa' kalu pegang Naufal. Kalu dulu macam x rasa pape, sekarang nie die dah semangat. Time nyusu pun tangan ummi sedikit lenguh kalu pangku Naufal lame2. Tue tandanya our Naufal dah makin membulat dan membesar. Alhamdulillah setakat nie diberikan kesihatan yang baik to our Naufal.

La nie ngah rasa tak sabar nak tunjukkan naufal yang 'baru' kat uwan di kampung. Mesti mak aku terkejut sebab cucunya yang sorang nie dah 'membulat'. heheheh.. Orang kampung.. tunggukan kepulangan kami okeyh. Kalu takde aral melintang minggu depan nak balik kampung. Semoga tiada apa2 yang menghalang. Fuh sebulan lebih kot lamenye tak balik kampung.. kangan kok sama MAK.

~mood happy nak balik kg.. lalallalalalaal. ~
~Soory la. takde pic terbaru. akan diusahakan when i use my laptop. pc atuk susah nak tranfer.. ngeheheh. Salahkan pc plak~

Mar 5, 2011

1st Anniversary..

salam

Siapa sangka kan -sebab aku pun tak sangka- kami telah setahun menjadi suami isteri. Maknenye dah setahun aku jagi isteri orang. Tapi aku macam rasa still kebudak-budakan lagi. Cam tak matang jer.. huhuhu

Jatuh nye anniversary kami hari sabtu, cuti seyh. Sepatutnya boleh jalan2 kan makan angin. Tapi sangat kasihan sama suami. Demam. Seminggu . Dah baik demam, diserang ulser la plak. uhu.. sangat kasihan sama abang. Dengan tak lalu makan nya. Akhirnya abang sambut 1st Anniversary kami dengan juadah roti telur jer. Tak lalu makan yer.. Nak beli kek, ti aku sorang jer yang makan. huhuhu..takpelah.. aku pun kene ikut makan makanan orang sakit.. jadi peneman hehehhe

Nasib baik time walid demam, si Naufal tak banyak kerenah. Alhamdulillah, mudah diurus walaupun sometimes, i still have co-operation dari abang. Alhamdulillah, abang masih sedia membantu. Thankz my dear. Hurm sape sangka kan, ulang tahun perkahwinan kami sambut ber-3. Aku, Abang & Naufal. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah atas kurniaan-Mu yang Maha besar ini... Semoga kami dilimpahkan juga kebahagiaan hingga ke akhir hayat. Hingga ke syurga hendaknya. Ameen.

~Semoga abang cepat sembuh k. Boleh makan sedap2.. ^_^~

Mar 1, 2011

everything is something is nothing?????

Dalam beberapa hari nie, banyak betul perkara terjadi. Dan pertama kali juga aku dapat pengalaman tengok sendiri kebakaran depan biji mata. Selalu dok tengok dalam paper & tv jer. huhuhu. Sebelum nie aku ingatkan rumah flat tak pernah berlaku kebakaran.

Nak dijadikan citer [nasib tak baik jer.. tak kuar paper plak. Kalu tak mesti famous], Kelmarin -ahad,27 feb- berlaku kebakaran kat flat aku nie. Blok aku la plak. 4 tingkat bawah rumah mentua aku ni. Memang sebelum tidur tue ipar ngan mentua aku dah dok sibuk2 mencari 'something' yang berbau busuk. Masing2 pun mengeluarkan lah skill menghidu sampai ke dapur. Tapi malangnye tak jumpa. Hurm sambung tido walaupun tak puas hati. Ipar aku dah jinjit bantal keluar. Sesak nafas katenye tidur dalam bilik. BUSUK. huhuhu

Lebih kurang dalam setengah jam pas tue -aku dengan mamai sebab baru je nak lena- jiran tingkat bawah ketuk pintu rumah panggil mentua aku. Ade kebakaran katenye. Asap tebal dah naik. Kami pun ape lagi, dok p menyibuk nak tengok. Tunjuk cikit sidfat kejiranan. Hahhaha. Tolong tengok pun tak pe. ^_*

Rupanya rumah yang terbakar tue tak berpenghuni. Asap hitam makin tebal naik ke udara, Bomba tak sampai2 lagi. Akhirnya jiran2 yang sangat tinggi sifat keprihatinan mereka terpaksa megopakkan pintu & grill rumah tue sebab nak sembur air. Fuh kalu nak tunggu bomba, alamatnye dengan kami2 sekali rentung.

Dilaporkan, tilam, bantal, katil dan almari pakaian yang menjadi mangsa. Punca kebakaran??? erm ntah la.. tak dapat di kenal pasti. Kalu ikut spekulasi aku.. 'mungkin kipas kot. Tuan rumah lupa nak tutup sebelum kuar. Panas & jadila litar pintas'.. huhuhu. Tue ikut kelogikan aku la. Tapi kebenarannya... tak sempat plak nak tanye forensik ritu.. wahahahah

Keesokannya... abang demam panas. dapat MC 4 hari. Huuuh.. tue namanya demam terkejut or demam prihatin?? mane tau kan. penat tolong kopakkan pintu rumah terus demam. heheheh.. Takdelah, mungkin sebab abang berhujan time balik dari class last week. Hurm kasian abang. Moga cepat sembuh yer.

:2 orang demam lam rumah nie. Anak buah & abang. Tapi anak buah masuk spital. Abang lembik kat rumah jer.. ^_^

Feb 26, 2011

Tanah

salam..

untuk sekian kalinye lepas bersalin aku keluar makan angin rini. Bersama2 juga dengan si kecik naufal. huhuhuh.. Buat permulaan, kami membawa Naufal bersiar2 kat tasik titiwangsa. [itu jer tempat yang dekat & best ckitseawal 7.30 ummi dah kejutkan die. nasib baik tak meragam. walidnya risau jugak takut naufal tak betah diletakkan dalam stroler, Tapi Alhamdulillah.. Naufal sangat baik. Sangat memanfaatkan peluang yang diberi untuk menghayati keindahan alam. ^_*. Hanya merengek bila kehausan & mata kembali berat. thank sayang.. ^_*.
Kebetulan ataupun ketentuan..... hari ni jugak la ader pertandingan memancing plak kat titiwangsa, Huhuh.. sangat ramai orang. Ader la jugak yang berkate2 ''comelnye baby''.. huhuh... tengok lah sape parent die.. wahahaha.. sangat perasan.. ^_^.

Dapat jalan 1 round dah la.. kami balik. Erm lame jugak.. dalam 10.30 jugak baru sampai rumah. Si Naufal apa lagi, kepenatan la die [penat baring dalam strolernye.. ^_^]. Sampai rumah mandikan dan terus anak ummi tido. Penat sangat la tue. huhuhu.

Alhamdulillah.. aku semakin dapat menyesuaikan diri menjadi seorang ibu. Kalau dulu sangat liat bangun malam. Mungkin kalau letak bom tepi telinga pun aku belum tentu bangun. La ni Alhamdulillah, mudah tersedar kalau Naufal merengek. Kalau dulu aku cukup tension kalau tidokan budak kecik tapi tak tido2, baru2 nie aku dah mula terima hakikat.. anak kecil memang begitu. Awal2 kelahiran Naufal pun aku kerap 'hot' bile si anak xnak tido. Kadang2 cepat jer tangan aku 'puk' die.. huhuh.. sorry. La nie dah insaf dah.. -_-

Si anak aku nie cukup sensitif. Naufal takkan tido kalu dimarah.. nak kene peluk, usap belakang, tepuk2.. selawat sikit2 .. baru die nak tido. Kalu tepuk2 kosong..Fuh jangan harap. Siap mengamuk lagi. Ngeheheh.. tido plak, bile terlentang sekejap2 die bangun. Nak tido style meniarap. Lain dari yang lain betul.. Aduh anak sape la ni..^_*. Alhamdulillah, abang banyak membantue walaupun kadang2 aku tahu abang kepenatan. [time tak penat lagi aku suka mintak tolong..huhuh].

Semoga aku diberikan dan dikurniakan kekuatan, kesabaran, kasih sayang untuk mendidik dan membesarkan zuriat ini. Semoga aku dapat menjadi seorang Hamba yang bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan ini. Doakan kami.. ^_*

*******************************************


Pic through FB. Hanya ramalan. Jangan terlalu mempercayai. Jadikan ia salah 1 pendorong kepada yang lebih baik. Andainya benar.. Aku sangat2 bersyukur. Alhamdulillah.. ^_^.

Feb 17, 2011

patutkah aku 'fire' mereka???

salam

harini sangat banyak perasaan geram time nak tidokan naufal. Dah la anak manja aku tue sangat sukar untuk tidurkan. Sangat banyak ragam. Aku yang kurang sifat penyabar nie memang selalulah naik hot. -_-..

Dijadikan cerita, naufal mula2 fuh sennang jer aku tidurkan. Lepas jer die kenyang menyusu, tepuk2 dah tidur. Alhamdulillah. Tapi... aku tak tahulah ader aper fuction kat KL rini.. meriah plak bunyi bunga api & mercun. Kalu bunyi pelan2 takpe... nie macam nak hancurkan mesia jer. Apa lagi.. terkejut naufal & terus die bangun.

Kalu selalu dan kebiasaannya, walaupun si manja ummi nie banyak ragam time nak tido [mana taknye, kene mengamuk dulu nak tido. Susah sangat agaknye nak tutup mata]. Tapi kali nie agak agresif. Lepas jer naufal bagun dari tido disebabkan dikejutkan oleh mercun, terus die buat 'perangai' yang die tak pernah buat sebelum nie. Menangis & merengek tanpa henti selama 3 jam. Di tepuk tak nak, di dukung tak mahu, di baringkan apatah lagi. Bila dah dukung, nak duduk naufal macam tahu2 jer.. terus lagi ligat nangisnye.. fuh.. sangat menguji kesabaran.

Akhirnya... naufal nagis.. ummi pun ikut nagis Huhuhuh.... sebab dah terlampau buntu tak tahu nak buat ape. Tak tahu nak diamkan naufal macam mana. Ditambah pulak kaki yang lenguh berdiri, tangan pegal mengendong si naufal. Dan penat menunggu abang tak balik2 dari surau. nak mintak tolong gantikan tidokan naufal plak. -_-.

Selepas 3 jam, mungkin sebab dah kepenatan, naufal terus tido. Dan tak lame plak lepas tue, walidnye pun muncul. Huh.. dan2 time tue plak die balik. Bile anak die dah lena. Nak geram nie.. dush3x!!!!

Feb 13, 2011

1st publish....

salam..

Alhamdulillah. dapat jugak aku mula menulis setelah sekian lama meninggalkan blog nie bersawang.. fuh fuh. sangat banyak habuk.. huhuhu. Almaklumlah.. sekarang nie dalam proses 'berpantang'. Ini pun disebabkan telah kembali ke KL. kalu masih di kampung... alamatnye bertimbun la 'sampah & daun kering' kat laman nie yang perlu aku bersihkan.. ^_^.

Alhamdulillah.. aku kini telah bergelar seorang ibu. Bukan senang k nak nak jadi ibu. Sekarang aku sedang merasai pengalaman MAK aku time dapat anak dulu. huhuhu.. Seronok.. tapi tanggungjawab sangat besar. Semoga aku dikurniakan kesabaran dan kekuatan untuk membesarkan zuriat ini.
Sangat berterima kasih kepada Naufal sebab sangat baik. Tidak banyak kerenah dan ragam. Hanya akan menangis time lapar/haus, or nak tidur or bosan bile dah lame 'main' sorang2. Dan selebihnya si manja ummi ni hanya tidur aje.

Dulu time2 lahir.. aku tengok Naufal, sangat kecik.. takut nak pegang.. lembut sangat. La nie die punya tulang sume dah kuat. Badan dah tembam sikit, tulang dah kuat sikit.. Alhamdulillah, anak ini membesar dengan baik. Sekarang nie sepertinya dalam proses nak belajar 'mengagah' orang. Aku rasa dia dah pandai nak ajak orang 'berbual'bual'.. ^_^. Alhamdulillah. Semoga anak zuriat ini membesar dengan baik.. ^_*. Dan terima kasih juga buat suami kerana banyak membantu dalam menguruskan anak. Almaklumlah.. dulu hanya berdua, la ni dah ber-3.. so haruslah saling bantu membantu. Belum lagi ber-4/5 tue.. huhuhu..

La ni anda dihidang kan dengan beberapa foto naufal. Nie jer yang mampu di upload.. ngehehehe. selamat menjamu mate.. ^_^

si kecik baru bangun tido... fih sangat suka mengeliat ini budak.. huhuhu
tak sampai sebulan lagi ini budak dah pergi kenduri..

si botak..

masih ader rambut...

like father, like son...







































Jan 11, 2011

1st announcement..

Alhamdulillah

Tuan Rumah, Rus Qiyah Bte Md Din dan suami Mohd Shahdan B. Bakar
Telah selamat melahirkan seorang bayi LELAKI
pada 08.01.2011 -Sabtu-
di HOSPITAL KUALA LUMPUR
pada jam 1355 / pukul 1.55 petang

Alhamdulillah atas doa kalian. 0^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...