Menipu kalu kate aku sangat busy.. tapi ntahla.. memang sukar la sekarang nak update blog. huhuhu. nie pun aku telah menyalahgunakan kemudahan opis untuk mengupdate blog nie. Berkepuk kot habuk dan sawang.. huhuhuhuh..
PERMATA HATI
Firstly, of course la nak story tentang anak yang semakim membesar. (ni kot naluri seorang ibu.. anak! anak! anak! ^_^... thank Allah kerana menciptakan aku sebagai seorang WANITA.. ^_^). Naufal semakin menghampiri ke usia 4 bulan. Sangat kejap jer rasa. Rasa macam baru semalam aku bersalin dan menghadapi saat2 berpantang.. Tup tup... la dah 4 bulan si Naufal nie.. hehehhehe
Beliau sekarang semakin banyak mulut. Asyik nak menjerit saje. pantang la biarkan die terbaring sorang2.. pastas ajer suaranya akan kedengaran satu flat. Nyaring kot.. ikut suara umminya.. ^_^. Alhamdulillah, Naufal telah mula untuk meniarap. Dan suaranya akan kedengaran bile cubaannya untuk meniarap tidak menjadi.. (adoi.. ikut sape la nie kuat menjerit).. Naufal jugak sekarang dah pandai pegang2 something. Kuat kot bile Naufal genggam. Semoga setiap hari mindanya tidak putus untuk berimaginasi. Semoga menjadi anak yang cerdik sayang... ^_^
Berat Naufal jugak dah bertambah. Bile timbang time 3bulan ritu, dah mencecah ke 6.1kg.. fuhh patutlah ummi rasa makin lenguh kalu pangku Naufal time menyusu.. Naufal jugak dah semakin mengenal orang sekarang. Dan yag paling seronok, of course la die akan lebih mengenali umminya. Beliau akan tersenyum dengan sangat lebar bila nampak & dengar suara ummi time balik dari keje.. so sweet.. ^_^
Kini telah sebulan aku memulakan kerja kat CIDB Holdings. Sebulan lebih jugak waktu bersama Naufal tak sebanyak sebelum aku bekerja. Kadang2 bile kat opis.. sentiasa teringatkan permata hati nan sorang.. ''ape yer yang Naufal tengah buat sekarang??''. La ni pun teringat-ingatkan Naufal. Boleh saya pulang ke rumah sekarang????? huhuuhuh Dalam hati kecil sebenarnya sangat jelouskan abang... beliau mempunyai banyak masa bersama Naufal. Di siang hari jugak di malam hari. Aku?? hanya bila balik kerja hinggalah Naufal tido..........-_-
CEMBURU MERANTAI HATI
Cemburu jugak dengan mak sebab masanya banyak dengan Naufal. Kadang2 terlintas kat hati jahat aku nie yang satu hari nanti Naufal tak rapat dengan aku.. huhhu.. perlukah begitu???? Nauzubillah.. Astaghfirullah al-azim....^_^
Walaupun bekerja, aku pastikan Naufal mendapatkan bekalan 'makanan' rujinya saat ini mencukupi. Dan semoga ianya jugak mencukupi hingga Naufal berusia 6 bulan. I have work hard to collect more breast-milk for Naufal. Disebabkan aku sangat2 menginginkan Naufal menyusu sepenuhnya, jadi aku perlu bekerja keras & tidak melanggar waktu untuk mengepam. Only for my little one.. UMMI SAYANG NAUFAL..
://breast-shield patah terjatuh ditiup angin... waaaaaaaaaa.. have to buy for a new one..(kering poket aku.. -_-)











.gif)
No comments:
Post a Comment