let get Human Anatomy & Physiology Study Course NOW. Dont miss this opportunity!!!!!!!

Aug 29, 2009

nak balik ke tak????

Assalammualaikum

Terbantut lagi niat nak balik kampung minggu nie. Yela kan, Manusia Hanya Merancang, ALLAH Yang Menentukan.

Sejak minggu lepas (dah seminggung Umat Islam Berpuasa) lagi aku merancang untuk pulang ke kampung this week. Yela, sebab last week aku tak balik sambut puasa dengan mak.. Tak larat habis masa dalam bas.. so plan nak balik minggu nie.. tapi.. sedeynya.. plan tak menjadi. Nasib la aku nie suke terjah kaunter. Kalau tak membazir jer kan duit tiket. hehehhe

Ke'excited'an aku nak balik tetibe jadi tebantut bile lec kewangan masuk class..

''Ok saya nak buat kuiz minggu depan.. hari ape yang kamu sesuai? ''

class membisu

'' hari selasa kamu boleh tak? petang lepas habis class''

dan dak class aku pun kater 'OK'..

Aku pun berfikir '' Kalau aku balik sure tak study, kewangan nie dah la aku still takat2 leher jer paham''. Aku pun dah tak reti nak buat ape.. my desicion still 50-50. Tanya classmate aku, depa sume nak balik. Uish x boleh jadi nie.. Aku pun nak balik jugak.. Tapi keinginan tue tetibe termati tentang kejadian semalam.

Semalam (Jumaat, D203, 9.30-9.45) class aku ade quiz 'lending'. Mula2 memang aku bersemangat sungguh jawab.. sepertinya sume formula aku dah hafal. Cuma essay quest. jer aku blur sikit. Tapi ternyata aku terlalu la careless.. bile selesai jer quiz, yang pasti 2 dari 3 quest aku out. 1 quest. aku salah 'tengok' figure.. 1.25 yang aku juz nampak 1.2 jer.. (rasa nak hempuk jer specs aku nie..walhal xder kaitan pun @_@ ) kalau dah name pun calculation, sure la jawapan aku out terus.. Satu 1 quest. lagi aku aku salah operasi.. sepatutnya ( /) tapi aku yang 'terlalu bijak' nie gi buat (x). Rasa na nagis pun ader. 1st quiz aku dah 'kantoi'..

Jadinya aku terus rasa takut bila buat keputusan nak balik. Risau sangat aku akan ulangi perkara yang sama untuk quiz minggu depan. Dah la tue, kalau balik kampung.. sure aku ntah kemana, buke ntah kemana.. Dan minggu depan plak.. boleh dikatakan minggu kami 'dihentam' dengan quiz yang berderet. Doakan aku ek..^_^

'' ILMU tue milik ALLAH, bila2 masa pun die boleh tarik balik nikmat tu." Dan mungkin aku juga begitu. Peringatan.. banyak sangat 'pantang larang-NYA' yang aku langgar.. dan ini pun salah satu cara DIA nak sedarkan aku.. Heheheh.. Dan aku belajar untuk redha.. Semoga nikmat tue ALLAH tak tarik sewaktu aku menghadapi saat2 getir seperti final exam. Ameen

Aug 28, 2009

.:. Bersederhanalah.. .:.

Assalammualaikum..

Ini mungkin juga satu peringatan ataupun satu nasihat.. tapi aku tertarik untuk berkongsi dengan anda semua.. marilah kita sama2 renungkan.. Dimanakah kita??

"Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin..."

Jika perlu MARAH, marahlah..tetapi usah terlupa dengan perkataan SABAR.

Jika perlu MENANGIS, menangislah. .tetapi usah terlupa dengan perkataan TENANG.

Jika perlu PATUH, patuhlah..tetapi jangan sampai hilang KEMERDEKAAN.

Jika mahu MISKIN, miskinlah.. tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi KUFUR.

Jika mahu KAYA, kayalah.. tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH.

Jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan terlupa keperluan DUNIA.

Kalau mahu sebuah KERETA MEWAH, belilah.. selagi mampu dan menepati keperluan SEMASA.

Kalau mahu 2 BUAH RUMAH, belilah.. asalkan jangan sampai tak tahu perkataan PUAS.

Kalau mahu MENIMBUN HARTA, bekerja-keraslah. . asalkan jangan sampai terlupa BERIBADAH .

Kalau mahu BERHIBUR, berhiburlah. . asal tidak sakan dan MENYALAHI SYARIAT .

Kalau mahu memPERKATAKAN HAL ORANG, berkatalah.. asalkan jangan sampai MENGUMPAT.

Kalau mahu CEMBURU dengan kejayaan orang, cemburulah.. asalkan anda pun BERUSAHA KUAT sepertinya.

Binalah KEDUDUKAN ditengah manusia, tetapi jangan sampai hilang KEPERCAYAAN orang dan tercalar MARUAH DIRI.

* Orang yang terlalu pandai kadang-kadang apabila bodoh.. terus sasau *

* Orang yang terlalu kuat..kadang-kadang apabila lemah terus tidak berdaya.. *


Binalah harta SEBANYAK-BANYAKNYA tetapi jangan sampai anda menjadi HAMBA KEPADA HARTA . Binalah ibadah banyak-banyak, tetapi jangan sampai terlupa soal-soal dunia.

Bukanlah seorang yang baik kalau beribadah sepanjang masa sedangkan untuk makan dan minumnya terpaksa MEMINTA-MINTA. Seeloknya-eloknya, bersederhanalah dalam beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah, membuang halangan dijalanan juga ibadah, menasihati orang juga ibadah .

Orang yang bersederhana sentiasa terpandang dimata dunia. Dia tidak akan hina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor oleh kepopularitian. Dia terpandang sepanjang masa baik oleh orang yang hina mahupun orang yang mulia. Berkuasanya bersederhana bagaikan pakaian yang menjadi penebat pada rasa dingin dan panas yang membakar.

Sayidina Ali r.a. berkata, "Berkhairatlah mengikut kemampuan dan janganlah menjadi keluargamu hina dalam kemiskinan.. "

Hendaklah bersedekah, jangan sampai JATUH MISKIN, menyimpan harta jangan sampai digelar SI BAKHIL, beribadahlah jangan sampai semakin JAHIL..

Kata Sayidina Ali r.a. lagi, "Insan tidak akan melihat kesalahan seseorang yang bersifat tawaduk dan lemah lembut.."

Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhanaan yang nyata, membangkitkan kasih sayang dan menumbuhkan cinta tulus. Jika anda impikan penghormatan manusia, maka bersederhanalah dalam berbicara, berbatas-batas tatkala bergurau-senda dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira.

Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya...

Bersederhanalah...dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara..

Bersederhanalah. .. adalah jawapan kepada segala- galanya

Aug 23, 2009

just one..*_*

Assalammualaikum..

Start from today.. i just want to manage 1 blog. Jadinya blog yang 1 lagi telah aku delete.. huhuhu.. & isi nya telah pun aku 'copy & paste' to this blog.. hehehe..

nak bagitau tue jer.. ^_~

LELAKI vs WANITA

Assalammualaikum.

Adaptation by : email

Bile bace jer email yang nie, cam best la plak.. so i want o share with u.. ^_^

LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.


BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu.. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah

kira-kiranya.

WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).


Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita :

1. ibunya
2. isterinya
3.anak perempuannya
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4
org lelaki ini :

1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga
yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :

1. sembahyang 5 waktu
2.. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin....maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103) ''

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

rahsia disebalik senyuman

Assalammualaikum

Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit). Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

Pujangga menyebut :
" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

''SENYUMAN ITU ADALAH SATU SEDEKAH''

rahsia huruf PERTAMA nama anda.. ^_^

Assalammualaikum

harini nak post satu email yang aku dapat kat fs. hehehhe.. Baca boleh, percaya jangan.. nilai diri anda sendiri k!! heheheh

A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian.. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri

O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain.. Agak pendendam dan boros.

Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai menyesuaikan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

wassalam

.:. senangkanlah hatimu .:.

Jika engkau kaya
senangkanlah hatimu
kerana dengan kekayaan mu itu
terbentang kesempatan di hadapanmu
untuk mengeluarkan orang dalam kesusahan
perbuatanmu disenangi orang
engkau akan mendapat pujian
engkau menjadi mulia
tegahmu teguh
dihadapanmu terbentang permaidani kepujian
engkau beroeh kebebasan dan kemerdekaan

Jika engkau miskin
senangkanlah pula hatimu
kerana engkau telah terlepas
dari suatu penyakit jiwa
penyalit kesombongan
yang selalu menimpa insan-insan kaya
senangkanlah hatimu
kerana tidak ada orang yang hasad dengki padamu
kerana kemiskinanmu

Jika engkau dermawan
senangkanlah pula hatimu
kerana dengan kedermawanan itu
engkau telah dapat mengisi
tangan-tangan yang kosong
telah dapat menutup
tubuh-tubuh yang telanjang dan
engkau telah dapat tegakkan insan yang hampir roboh

Akan tetapi
Jika engkau tidak mampu menjadi dermawan
senangkanlah pula hatimu
kerana engkau telah terhindar
dari sifat riak
yang kadangkala dipunyai oleh
orang-orang yang suka memberi

Jika engkau masih muda remaja
senangkanlah pula hatm
kerana pohon pengharapan masih subur
dahan-dahannya masih rendang dan rimbun
tujuan dan kenanganmu masih jauh
kerana umurmu masih muda
mudah menjadikan
mimpi menjadi kenyataan

Akan tetapi
Jika dirimu sudah tua
senangkanlah pula hatimu
kerana engkau terlepas dari pertempura
dan perjuangan yang dasyat
dan telah memperolehi
ilmu dan pelajaran dari hidupmu
engkau telah ahu tujuan
jalan yang ditempuh
setia detik usia tuamu
adalah lebih berhara dari betahun-tahun
usia mudamu.
kerana telah engkau lalui
pandangan yang terang dan pengalaman yang pahit

Jika engkau sihat
senangkanlah pula hatimu
tandanya telah nyata
pada dirimu kekayaan Tuhan dan NikmatNYA
kerana daban yang sihat
mudahlah mendaki bukit
menempuh padang kesulitan

Akan tetapi
Jika engkau sakit
senagkanlah pula hatimu
kerana sudah nyata
bahawa dirimu adalah tempat perjuangan
diantara dua alam yang dijadikan Tuhan
KESAKITAN danKESIHATAN

IBLIS mengunjungi RASULLULLAH

Assalammualaikum

Adapted by :- email

Harini aku berpeluang untuk melihat email2 yang bertimbun dan aku berminat untuk berkongsi email ni dengan anda semua..^_^.

---------------------------------------------

Part 1 - Iblis mengunjungi Rasulullah

DARIPADA Muadz bin Jabal dari Ibn Abbas r.a., “Ketika kami bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Ansar, tiba-tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah,

‘Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku’ .”

Rasulullah SAW bersabda, “Tahukah kalian siapa yang memanggil?”

Kami menjawab: “Allah SWT dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”

Baginda melanjutkan, “Itu Iblis, laknat Allah SWT bersamanya.”

Umar bin Khattab berkata, “Izinkan aku membunuhnya, wahai Rasulullah.”

Nabi menahannya, “Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahawa Allah SWT memberinya kesempatan sehingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya sebab dia sudah diperintahkan untuk ini. Fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik.”

Ibnu Abbas r.a. kemudian memaklumkan: “Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang orang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya ada tujuh helai rambut seperti rambut kuda, taringnya kelihatan seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi.”

Iblis berkata, “Salam untukmu Muhammad. Salam untukmu hadirin.”

Nabi menjawab, “Salam hanya milik Allah SWT. Sebagai mahluk terlaknat, apa keperluanmu?”

Iblis menjawab, “Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemahuanku, namun kerana terpaksa.”

“Siapa yang memaksamu?” tanya Nabi.

Iblis menjawab, “Seorang malaikat utusan Allah SWT mendatangiku dan berkata, “Allah SWT memerintahmu mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. Beritahu Muhammad mengenai caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah SWT, andai kau berdusta satu kali saja, Allah SWT akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin.”

----------------------------------------------

Part 2 - Iblis gentar

IBLIS gentar dengan soalan Nabi Muhammad ketika diarah bertemu baginda oleh Allah dan di bawah ini adalah sebahagian lagi daripada keseluruhan soalan perlu dijawab makhluk dilaknat itu:

Amalan yang menyakiti iblis

Nabi Muhammad menyoal iblis berkaitan amalan yang dapat menyakiti
makhluk dilaknat Allah itu.

“Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang daripada umatku yang hendak solat?” Iblis menjawab panas dan gementar lantas baginda bertanyakan mengapa.

Iblis menjawab, “Sebab setiap seorang hamba bersujud sekali kepada Allah dan Tuhan mengangkatnya satu darjat.”

Baginda bertanya lagi, “Jika seorang umatku berpuasa, jika ia berhaji dan jika ia membaca al-Quran.”

Iblis menjawab, “Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka, aku seperti orang gila dan aku berasa meleleh laksana timah di atas api.”

Apabila ditanya jika seseorang umat Muhammad bersedekah, iblis menjawab ia sama seperti individu berkenaan membelah tubuhnya dengan gergaji.

Baginda kemudian bertanya mengapa iblis terasa seperti itu, lantas makhluk dilaknat Allah itu menjawab, “Sebab dalam sedekah ada empat keuntungan baginya iaitu keberkatan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya.”

Baginda meneruskan soalan: “Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?”

Iblis menjawab, “Suara kuda perang di jalan Allah.”

Soal baginda seterusnya, “Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?”

Iblis menjawab, “Taubat orang yang bertaubat.”

Nabi Muhammad meneruskan soalan: “Di manakah kau menaungi anak-anakmu di musim panas?”

Dan dijawab iblis, “Di bawah kuku manusia.”

---------------------------------------------

Part 3 - 70,000 iblis membantu

IBLIS yang dilaknat Allah SWT akan melakukan pelbagai cara untuk menggoda umat Nabi Muhammad SAW ke arah kelalaian dan pelbagai perkara maksiat lain.

Makhluk laknat terbabit pernah bertamu kepada Rasulullah SAW selepas diarah berbuat demikian oleh Allah SWT bagi menjawab setiap persoalan ditanyakan baginda.

Berikut adalah sambungan pertanyaan dan jawapan diberikan Iblis:

Rasulullah SAW lalu bersabda, “Segala puji bagi Allah SWT yang membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu.”

Iblis segera menyampuk: “Tidak, tidak. Tidak akan ada kebahagiaan selama aku hidup sehingga hari akhir. Bagaimana kau boleh berbahagia dengan umatmu sementara aku boleh masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tidak boleh melihatku. Demi yang menciptakan diriku dan memberiku kesempatan sehingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang soleh kecuali hamba Allah SWT yang ikhlas.”

Rasulullah terus bertanya Iblis siapa yang ikhlas menurut makhluk laknat terbabit dan dijawab: “Tidakkah kau tahu, wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas.”

“Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya.”

“Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku.”

“Tahukah kamu Muhammad, aku mempunyai 70,000 anak dan setiap anak memiliki 70,000 syaitan?”

“Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebahagian untuk mengganggu anak muda, sebahagian untuk mengganggu orang tua, sebahagian untuk mengganggu wanita tua, sebahagian anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid.”

“Aku punya anak yang suka kencing di telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjemaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjemaah.”

“Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.”

“Aku punya anak yang senang ada di lidah manusia. Jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia hebohkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus.”

“Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk di pinggul dan pahanya lalu menghiasinya supaya setiap orang memandangnya. Syaitan juga berkata, ‘Keluarkan tanganmu’, lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan menghiasi kukunya.”

“Mereka (anak-anakku) selalu menyusuri dan berubah dari satu keadaan ke keadaan lain serta daripada satu pintu ke pintu lain untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas daripada keikhlasan mereka.

“Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.”

“Tahukah kamu Muhammad bahawa ada rahib yang beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga dia berzina, membunuh dan kufur,” terang Iblis kepada Rasulullah SAW.

----------------------------------------------

Part 4 - Pendusta sahabat iblis

IBLIS laknat menganggap dirinya lebih mulia daripada manusia dan enggan tunduk kepada Nabi Adam tetapi akhirnya terpaksa bertamu kepada Nabi Muhammad SAW atas perintah Allah SWT untuk memberikan jawapan setiap persoalan dilontarkan junjungan mulia.

Berikut adalah sambungan jawapan diberikan Iblis dengan pengakuan bagaimana dia menggoda manusia.

“Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku? Akulah makhluk pertama yang berdusta. Pendusta adalah sahabatku. Barang siapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku.”

“Tahukah kau Muhammad, aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahawa aku benar-benar menasihatiNya. Sumpah dusta adalah kegemaranku. Ghibah (gosip) dan Namimah (adu domba) kesenanganku. Kesaksian palsu kegembiraanku.”

“Orang yang bersumpah untuk menceraikan isterinya maka ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar.”

“Sebab, barang siapa membiasakan dengan kata-kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu sehingga hari kiamat. Jadi semua anak-anak zina dan ia masuk neraka hanya kerana satu kalimat, cerai.”

“Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka melewatkan solat. Setiap kali ia hendak berdiri untuk solat, aku bisikkan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk lalu ia menundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu. Maka solat itu dipukulkan ke mukanya.”

“Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia solat. Namun aku bisikkan ke telinganya ‘Lihat kiri dan kananmu,’ ia pun menoleh. Pada saat itu aku usapnya dengan tanganku dan ku cium keningnya serta aku katakan ‘solatmu tidak sah.’ Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul.”

“Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Ia pun solat seperti ayam yang mematuk beras. Jika ia berhasil mengalahkanku dan ia solat berjemaah, aku ikat lehernya dengan tali sehingga ia mengangkat kepalanya sebelum imam atau meletakkannya sebelum imam.”

“Kamu tahu bahawa melakukan itu membatalkan solatnya dan wajahnya akan diubah menjadi wajah keldai. Jika ia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya sehingga ia menguap dalam solat.”

“Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia. Dan ia pun semakin taat padaku.”

“Kebahagiaan apa untukmu sedang aku memerintahkan orang miskin supaya meninggalkan solat. Aku katakan padanya, ‘Kamu tidak wajib solat, solat hanya wajib untuk orang yang berkemampuan dan sihat.’ ‘Orang sakit dan miskin tidak wajib dan jika kehidupanmu telah berubah baru kau solat.’ Ia pun mati dalam kekafiran. Jika ia mati sambil meninggalkan solat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.”


“Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku debu. Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka daripada Islam?” kata iblis.

Itu semua cara digunakan iblis untuk menggoda manusia menjadi kuda tunggangannya di akhirat kelak. Umat Islam digalakkan bermuhasabah diri dan memikirkan kembali apa yang perlu dilakukan supaya setiap ibadat dapat dijalankan dengan khusyuk, tawaduk dan hanya mengharapkan ganjaran daripada Allah SWT bukannya sesama manusia.

sahabat

Assalammualaikum

Adapted by :- aku yang menulis
source from :- i luv islam (artikel)

Tercuit hati aku bila baca artikel nie. So aku pun nak juga la kongsi ngan pembaca sepertimana penulis asalnya meng'share'kan penulisannya untuk public.. huhuhu

''Ikatan persahabatan itu seperti untaian tasbih yang ada awal tetapi tiada PENGHUJUNG. Dicantum demi Cinta-nya, diratib demi Redha-nya..

Persahabatan.. terlalu tinggi makna dan nilainya..*_*

Setiap sahabat mempunyai keistimewaan yang tersendiri yang mana ianya telah ditetapkan sejak azali lagi. Sahabat itu juga terdiri dari insan seperti kita, yang uga dikenali sebagai manusia. Ada yang lembut, ada yang kasar, ada yang nakal, ada yang garag, ada yang penyayang dan bermacam-macam lagi corak dan kriteria yang akan kite temui dari seorang sahabat. Untuk mengekalkan persahabatan, perlunya ada sifat2 :

1. Kasih Sayang
setiap insan perlu melahirkan sifat kasih sayang terhadap insan lain terutamanya kepada ibu bapa, keluarga dan sahabat. Tapi dalam erti kata sahabat ini, kasih sayang itu perlu disalurkan untk mengeratkan lagi talianpersahabatan. Tapi kadangkala terdapat 'insan' yang idak boleh mempameran kasih sayang secara luaran. Mendoakan sahabat juga adalah telah membuktikan bahawa kita sebagai sahabat sayang kepada mereka.

2. Keikhlasan
Ianya mampu dan akan menjamin sesebuah ikatan persahabatan dan ianya juga mendapat keberkatan. Sekiranya kita tidak ikhlas dalam menghulurkan persahabatan dengan seseorang, ianya boleh mengakibatkan permusuhan dalam persahabatan. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, dan bukan kerana harta, pangkat ataupun rupa parasnya.

3. Kesetiaan
Setia dalam persahabatan mampu memanjangkan tali persahabatan. Walaupun berada di jarak yang jauh, sahabat sentiasa mengingati kita. Kerana tika kita susah ia disisi, dan ketika kita senang, dia ketawa bersama-sama.

4. Keberanian
Bermaksud berani dalam mengatakan sesuatu kebenaran. Dalam persahabatan, kita hendaklah berani dalam mengatakan sesuatu lebih2 lagi sekiranya kita telah melakukan sesuatu yang mengguris perasaannya dan berani mengaku kesilapan yang dilakukan. Kita juga perlu berani dalam memberikan nasihat kepada sahabat kita kerana mugkin nasihat daripada kita itu akan membawa kebaikan yang berganda kepada sahabat kita.

5. Kejujuran
Jangan sekali-kali menipu sahabat kita. Mereka juga perlu mengetahui apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Elakkan terlalu berahsia melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan. Ini akan menimbulkan rasa gembira kepada sahabat kita kerana beliau akan merasakan bahawa dirinya sangat dihargai oleh kita.

6. Kemaafan
Bersedialah untuk membarikan kemaafan kepada sahabat kita seandainya mereka melakukan kesilapan. Manusia itukan sering melakukan kesalahan. Kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memberikan kemafan kepada sahabatnya. Dan sekiranya kita yang telah melakukan kesalahan, janganlah malu2 untuk meminta maaf dan mengaku kesalahan sendiri.

7. Keserasian
Bukanlah bermaksud ''kau cantik, aku mesti cantik'' ataupun ''kau kaya, aku pun mesti kaya'' tapi adalah keserasian bilamana hadirnya persefahaman diantara dua pihak. Manusia ini telah diciptakan berbeza-beza, itu kita semua tidak boleh menafikannya. Tetapi apabila wujudnya persefahaman, maka arulah hubungandalam persahabatan akan berjadi lebih 'happening' dan lebih ceria serta berkekalan.

Aug 22, 2009

sesuke hati aku jerk : 2

Assalammualaikum..

Aku memang suka bende2 yang merepek, yang ntah apa2 dan membuatkan aku berfikir, sengih sorang2.. hehehhe.. Lagi2 klu buat 'bende' yang merepek camnie.. Jom join bace.. ^_^

Who was the hero of your childhood?

~ my daddy, my hero.. ;p ~

When you want to think of something nice, what do you think of?
~ time boring, sorang2, sunyi... Bile aku nak kaya ek?? hahahhaha.. takde makne nye.. aku pun x tau ape yang aku pikir.. banyak sangat.. sampai tak terlist..huhuh ~

Do you easily fall in love with people or ideas?
~ people.. erm i think NO..tapi klu suke tengok style, look alike..adela..heheh.. tapi ideas maybe la.. aku cukup suka btul klu tengok orang bile cakap, fuh power jerk idea2 die.. X kira la lelaki or perempuan.. Sebab aku nie x reti nak fikir.. KETANDUSAN IDEA.. huhuhu ~

Your fav t-shirt at the moment?
~ t-shirt yang makcik belikan untuk aku.. [aku yang pilih tapi makcik blanje.. ^_^]

Your biggest wish in your childhood?
~ aku nak jadi dewasa.. hahahhaha ~

Your fav city?
~ USJ.. sebab.. x tau nape.. jodoh kuat ngan USJ kot.. hahahahha ~

Your fav country?
~ JEPUN.. aku memang suka jepun dari kecik lagi.. Kalau la diberi peluang sambung sudy kat sana, aku lah orang paling bahagia sekali..^_^ ~

A meal you can be spoiled with?
~ bubur lambuk... kembang tekak aku.. ~

A drink you can be spoiled with?
~ Fresh milk.. yerk.. @_@ ~

Your fav actor and your fav actress?
~ ayah & mak aku.. the best actor & actress yang aku pernah jumpe.. hehehhe ~

How do you define ambition?
~ sesuatu keinginan luar biasa yang membuatkan kita berusaha untuk dapatkannya.. samada terjai or tak, terpulang pada TAKDIR.. ~

A person you'd like to spend a whole evening with?
~ my mum... miss her so much.. ~

Your longest relationship was how long?
~ sepanjang kehidupan.. ^_^ ~

Your shortest relationship?
~ sekelip mata.. ;p ~

Who do you never want to meet?
~ bigfoot... badan aku nie basar jari kelingking die jer.. kalau la ditangkapnya aku pastue sesuke hati die jer baling aku & tersangkut plak kat pokok.. gerunnya..hahahhah.. otak kartun aku nieh ~

What does friendship mean to you?
~ susahnya nak xplain dengan kata2.. tapi tanpa sahabat siapalah aku yang .. gila agaknya hidup sorang2.. heheheh ~

What do you understand in friendship?
~ susah dan senang bersama, berkogsi gelak dan tawa.. tiada rahsia dan sengketa.. ^_^ ~

When was the last time you took a bus?
~ Last month.. time tu bus fare tak nek lagi.. sekarang dah (+) ngan surcaj yang ntah bape kali nak cas.. duss pering poket aku.. [pasni nampaknye gayanya aku akan jadi pelanggan tetap KTMB.. hehehehe]

Your life dream?
~ kawen ngan anak raja.. tapi depa sume sombong.. orang cam aku nie xmo pandang.. Tak pa lah.. Redha jer.. ^_* ~

Whats your most bad characteristic feature? Whats the best?
~ Hor Temper + kuat nanges.. heheheh ~ yang best nye aku x tau... cam xder jer.. kalu ader yang tau, leh la senaraikan tuk aku ek.. heheheh

What are the 3 most important things in your life?
~ NYAWA.. this is most impoertant thing.. ^_^ ~
~ ic... tak nak kene 'cop' indon!!! ~
~ money... NO MONEY, NO TALK K!! ~

What makes you laugh?
~ sesuatu yang aku rasa benar2 kelakar pada aku. Sebab yang part nih aku pelik sikit. Kadang2 klu tengok citer or ape2 'klakar', orang keliling aku dah gelak pecah2 perut tapi.. aku tak tau nak gelak ape.. sebab ta klakar pun bagi aku.. huhuh~

What makes you cry?
~ something hurt me.. ~

Your fav movie?
~ ape ek?? tak tau la.. tapi aku suke tengok cite korea.. ~

Your fav book?
~ novel, comic, ilmiah.. tapi bukan buku kuliah.. heheheh.. fenin2 ~

What do you love at the oppostite sex?
~ love to see.. hahahha.. apa jenis soalan nieh.. @_@ ~

What have your most painful experience been?
~ minum air kopi tanpa gula.. weird sungguh rasanya.. ^_^ ~

When did you receive your first love letter? From who?
~ time sekolah dulu.. from my admire.. hahahah perasan tol. sape la yang nak kat aku nieh.. hehehhe ~

Are you important?
~ YES of course.. penting dalam sume banyak 'perkara'. Nak elaborate panjang sangat.. x larat.. hahahha.. [mode perasan.. *_* ]

Do you wish to be buried or cremated?
~ bury.. orang islam mane ade bakar2.. Islam melarang umatnya membakar benda bernyawa waima semut yang kecil.. sebab.. hanya ALLAH sahaja yang layak membakar ciptaanNYA.. Nauzubillahi Min Zalik ~

Your biggest addiction : TV, Internet, Alcohol or Cigarrettes?
~ Internet.. TV.. tak berapa berminat.. dot know why.. maybe sebab zaman kecik2 dlu dah biasa duk hostel.. Mane ade TV.. heheh ~

Shaving cream or just soap?
~ shaving cream ~

Do you drive with the windows down or the air on?
~ aku takde license kete.. jadinya aku nie adalah penumpang yang setia kepada pemandu2 yang berhemah.. heheh.. aku lagi suke bukak tingkap kalau perfume kete tue cam x sedap jer bau die, sebab nanti aku akan jadi mual dan kemungkinan besar boleh menyebabkan aku mengeluarkan segala isi perut. Kalau keadaan ini tak teradi, aku lagi suka dok dalam air-con.. nyaman.. hahahah ~

How many pairs of jeans do you have?
~ i dont have any .. heheheh ~

Do you sleep with a comforter or quilt?
~ comforter. Actually selimut nipis jer pun. Tue pun aku akan pakai bile tetibe rasa sejuk. hehehe ~

Where do you keep all your shoes?
~ Tentunya atas rak kasut.. takkan nak letak dalam almari baju plak kan?? heheh.. betul tak? sape tak setuju?? ~

What subject area interests you most in school?
~ Math : best sangat2. Sebab cikgu2 yang ajar aku math best ~
~ Bio : Sebab dlu kunun2 berangan nak jadi Doctor.. hahahaha ~
~ KHB : sebab aku suke bab pateri2 nieh time projek form 3 ~

Are you a dog or cat person?
~ human being ^_*.. ~

Sandals or flip flops?
~ Sandal or full cover.. klu pakai yang lain, nanti aku sure bakal tercicir kat mane2.. heheheh ~

Do you wear flip flops year round?
~ nope & never i think.. ^_^ ~

If you could pick any state to live in, which would it be?
~ Kedah... bestnye melihat sawah padi yan terbentang luas.. Boleh main kejar2 dengan burung2, uhuhu.. bestnye.. PD tak mo.. duk tepi pantai.. panas.. ^_* ~

What about any country?
~ Malaysia.. monsun tropica.. hahahah.. ~

Do you enjoy being around kids?
~ YES.. time tue keje aku main je, kene marah pun tak nanges sebab x paham.. bile dah 'dewasa' nie cengeng la plak jadinya.. hehehe ~

Do you jump right in a pool or do you get in slowly?
~ slowly.. sebab aku nie x pandai berenang.. ti aku jump x timbul2 satu hal pulak nak cari aku.. heheh ~

What colors are you most comfortable dressing in?
~ blue, white, green, black.. tapi bukan black metal ek.. hehehe ~

Big purse, small purse, or no purse?
~ medium.. asal boleh isi barang penting2 dah.. ~

Do you think bowling shoes are cute or disgusting?
~ keduanya TIDAK.. yang biasa aku buat pakai jer..xde telek2 pun.. tak pernak dibuat orang.. Anda pernah ke??? Sila angkat tangan k.. hehehhe ~

Do you have more of a problem sleeping when it's hot or when it's cold?
~ HOT.. aku akan bersaha mencari kipas yang memaksimumkan kesejukan.. heheheh ~

In class, do you pay attention somewhat?
~ sesuatu yang menakutkan jika aku berisiko untuk 'terkena' tempiasnya.. hehehe ~

Do teachers tend to call on you a lot in class?
~ YUP.. tapi best gak.. at least ade gak lec yang kenal aku.. huhuhu.. tapi yang tak tahan, manjang kene jer kalau ader pape.. walaupun aku nie dah cukup baik dalam class..heheh.. [mode persan yang teramat]~

Would you rather write a long paper or give a long speech?
~ write.. ade satu tabiat pelik aku.. akan terketar dengan sendirinya bila berucap. Dan aku pernah nanges atas stage time assembly depan semua student sekolah aku.. huhuh.. malunya ~

Do you put eyeliner on the top, bottom, or all around your eyes?
~ x pakai pun.. ~

When you find a new song you like, do you tend to put it on repeat?
~ YES.. again & again.. UNIC - Sebuah Pertemuan ~

What type of music do you like listening to while driving?
~ Walau dimana sahaja aku berada, aku lagi prefer Nasyid.. sebab tune die x menyesakkan telinga, lagu yang biasa pun ader jugak tapi yang jenis balada la... ~

If you're home alone and hear a noise, do you always check it out?
~ YUP.. tapi dalam hati TUHAN jer tau.. heheheh.. rupe2nye cicak tengah main kejar2.. gimik betul.. ^_^ ~

Would you ever want the same jobs that your parents have?
~ NO.. aku bercita2 ingin merubahnya.. hehehe ~

Will you refuse to listen to music if you find the lyrics degrading?
~ YES... i'll ~

:// apala panjang sangat soalan nie?? pening plak nak jawab.. @_*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...