let get Human Anatomy & Physiology Study Course NOW. Dont miss this opportunity!!!!!!!

Aug 23, 2009

sahabat

Assalammualaikum

Adapted by :- aku yang menulis
source from :- i luv islam (artikel)

Tercuit hati aku bila baca artikel nie. So aku pun nak juga la kongsi ngan pembaca sepertimana penulis asalnya meng'share'kan penulisannya untuk public.. huhuhu

''Ikatan persahabatan itu seperti untaian tasbih yang ada awal tetapi tiada PENGHUJUNG. Dicantum demi Cinta-nya, diratib demi Redha-nya..

Persahabatan.. terlalu tinggi makna dan nilainya..*_*

Setiap sahabat mempunyai keistimewaan yang tersendiri yang mana ianya telah ditetapkan sejak azali lagi. Sahabat itu juga terdiri dari insan seperti kita, yang uga dikenali sebagai manusia. Ada yang lembut, ada yang kasar, ada yang nakal, ada yang garag, ada yang penyayang dan bermacam-macam lagi corak dan kriteria yang akan kite temui dari seorang sahabat. Untuk mengekalkan persahabatan, perlunya ada sifat2 :

1. Kasih Sayang
setiap insan perlu melahirkan sifat kasih sayang terhadap insan lain terutamanya kepada ibu bapa, keluarga dan sahabat. Tapi dalam erti kata sahabat ini, kasih sayang itu perlu disalurkan untk mengeratkan lagi talianpersahabatan. Tapi kadangkala terdapat 'insan' yang idak boleh mempameran kasih sayang secara luaran. Mendoakan sahabat juga adalah telah membuktikan bahawa kita sebagai sahabat sayang kepada mereka.

2. Keikhlasan
Ianya mampu dan akan menjamin sesebuah ikatan persahabatan dan ianya juga mendapat keberkatan. Sekiranya kita tidak ikhlas dalam menghulurkan persahabatan dengan seseorang, ianya boleh mengakibatkan permusuhan dalam persahabatan. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, dan bukan kerana harta, pangkat ataupun rupa parasnya.

3. Kesetiaan
Setia dalam persahabatan mampu memanjangkan tali persahabatan. Walaupun berada di jarak yang jauh, sahabat sentiasa mengingati kita. Kerana tika kita susah ia disisi, dan ketika kita senang, dia ketawa bersama-sama.

4. Keberanian
Bermaksud berani dalam mengatakan sesuatu kebenaran. Dalam persahabatan, kita hendaklah berani dalam mengatakan sesuatu lebih2 lagi sekiranya kita telah melakukan sesuatu yang mengguris perasaannya dan berani mengaku kesilapan yang dilakukan. Kita juga perlu berani dalam memberikan nasihat kepada sahabat kita kerana mugkin nasihat daripada kita itu akan membawa kebaikan yang berganda kepada sahabat kita.

5. Kejujuran
Jangan sekali-kali menipu sahabat kita. Mereka juga perlu mengetahui apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Elakkan terlalu berahsia melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan. Ini akan menimbulkan rasa gembira kepada sahabat kita kerana beliau akan merasakan bahawa dirinya sangat dihargai oleh kita.

6. Kemaafan
Bersedialah untuk membarikan kemaafan kepada sahabat kita seandainya mereka melakukan kesilapan. Manusia itukan sering melakukan kesalahan. Kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memberikan kemafan kepada sahabatnya. Dan sekiranya kita yang telah melakukan kesalahan, janganlah malu2 untuk meminta maaf dan mengaku kesalahan sendiri.

7. Keserasian
Bukanlah bermaksud ''kau cantik, aku mesti cantik'' ataupun ''kau kaya, aku pun mesti kaya'' tapi adalah keserasian bilamana hadirnya persefahaman diantara dua pihak. Manusia ini telah diciptakan berbeza-beza, itu kita semua tidak boleh menafikannya. Tetapi apabila wujudnya persefahaman, maka arulah hubungandalam persahabatan akan berjadi lebih 'happening' dan lebih ceria serta berkekalan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...