11 / 08 / 2009
Lebih dari semingu dah aku biarkan blog ni bersawang. Internet yang meragam, kesihatan yang tak mengizinkan, aktiviti di kampus yang memerlukan kehadiran aku dengan secara wajibnya telah membuatkan aku kurang berpeluang untuk meninggalkan sepatah dua kata disini. Yang hanya sempat aku buat adalah melihat jika terdapat sebarang comment yang ditinggalkan..huhuh
Time ni pun batuk + selsema aku masih belum reda lagi dan pening2 ader time2 die jer datang. Kesihatan aku ni pun maybe ader lagi 30% nak habis kot..hehhe.. Berbanding dengan sebelum2 ni, ini pertama kali aku mendapat MC yang panjang.. itupun sebab aku 'didatangkan' lengkap dengan 1 package yang memerlukan aku diberi 'cuti' 7 hari. Demam + selsema + batuk + sakit kepala + sakit tekak.... cuak memang cuak.. sume nie symptom H1N1... -_-
Dan harini Alhamdulillah aku merasakan dah beransur sihat kembali. Berbanding hari2 sebelum nie sebab aku dah boleh makan nasi.. huhuhu.. klu tak, bubur pun aku rasa payau je bila sampai kat tekak.. cuma aku masih x berani untuk menghadirkan diri ke class.. sebab dari imformation yang aku dapat, dak klas aku pun ramai yang demam. Petang tadi aku bersama-sama dengan beberapa housemate aku pergi kampus untuk menyediakan fail tuk peserta seminar kerjaya. Ini adalah pertama kali aku masuk kampus sejak sabtu yang lalu. Banyak jugak perubahan yang aku nampak.. dan yang paling penting ianya menarik minat aku untu melihat.. huhuhu '' POSTER CALON2 JPP''.
Aku pun meneliti 1 by 1 wajah2 yang akan masuk betanding. Fuh, hampir 99% adalah student last sem...dan yang paling penting.. aku kenal mereka semua.. hahahha... Ntah kenapa perasaan aku yang dulu hampir terkilan bertukar menjadi lega yang teramat.. syukur sangat2 rasanya.. ALLAH sukarkan usaha aku untuk 'menyenaraian' diri dalam pencalonan. DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk aku.. ^_~. DIA JUGA tentunya LEBIH TAHU bahawa aku mungkin tidak dapat mengikhlaskan diri dengan seikhlasnya untuk berkerjasama dengan sebahagian dari mereka nanti.. dan kerana itu.. DIA tidak memilih aku.. Alhamdulillah.. ^_^
Dan sewaktu aku menghadiri perjumpaan club xxxx tadi pun, ade dikalangan ahli yang tercalon untuk bertanding jawata dalam JPP dan meminta kerjasama kami untuk menurunkan undi semasa hari mengundi nant.. Fuh.. begitu sekali perlu berkepen. Erm nampaknye aku memang x mampu nak buat camtu. Mulut aku nih xkan menjadi ringan membuat promosi tuk diri sendiri..hahahha.. sebab.. self-confident aku amat2lah rendah. -_-
Pernah jugak dulu sorang kawan aku bertanya '' camne la ye kalu yang masuk politik betul2 tue?''.. dan yang pastinya soalan tue aku biarkan tergantung tanpa jawapan. Sebab aku pun x reti nak berpolitik..hahhaha.. (sorry ye kawan.. *_^). Tapi papepun , kepada anda semua yang tercalon, semoga berjaya k, dan kepada sesiapa yang berjaya.. moga dapat jalankan tugas dengan baik.. ^_^
''Allah tidak menilai tingginya pangkat yang disandang tetapi bagaimana amanah itu dalaksanakan''.. (ayat aku sendiri melalui..;P)
Gud Luck ya!!!!
mode mengundi
aku.... undi atas angin jerk!! hahahahha











.gif)
No comments:
Post a Comment