let get Human Anatomy & Physiology Study Course NOW. Dont miss this opportunity!!!!!!!

Aug 23, 2009

.:. senangkanlah hatimu .:.

Jika engkau kaya
senangkanlah hatimu
kerana dengan kekayaan mu itu
terbentang kesempatan di hadapanmu
untuk mengeluarkan orang dalam kesusahan
perbuatanmu disenangi orang
engkau akan mendapat pujian
engkau menjadi mulia
tegahmu teguh
dihadapanmu terbentang permaidani kepujian
engkau beroeh kebebasan dan kemerdekaan

Jika engkau miskin
senangkanlah pula hatimu
kerana engkau telah terlepas
dari suatu penyakit jiwa
penyalit kesombongan
yang selalu menimpa insan-insan kaya
senangkanlah hatimu
kerana tidak ada orang yang hasad dengki padamu
kerana kemiskinanmu

Jika engkau dermawan
senangkanlah pula hatimu
kerana dengan kedermawanan itu
engkau telah dapat mengisi
tangan-tangan yang kosong
telah dapat menutup
tubuh-tubuh yang telanjang dan
engkau telah dapat tegakkan insan yang hampir roboh

Akan tetapi
Jika engkau tidak mampu menjadi dermawan
senangkanlah pula hatimu
kerana engkau telah terhindar
dari sifat riak
yang kadangkala dipunyai oleh
orang-orang yang suka memberi

Jika engkau masih muda remaja
senangkanlah pula hatm
kerana pohon pengharapan masih subur
dahan-dahannya masih rendang dan rimbun
tujuan dan kenanganmu masih jauh
kerana umurmu masih muda
mudah menjadikan
mimpi menjadi kenyataan

Akan tetapi
Jika dirimu sudah tua
senangkanlah pula hatimu
kerana engkau terlepas dari pertempura
dan perjuangan yang dasyat
dan telah memperolehi
ilmu dan pelajaran dari hidupmu
engkau telah ahu tujuan
jalan yang ditempuh
setia detik usia tuamu
adalah lebih berhara dari betahun-tahun
usia mudamu.
kerana telah engkau lalui
pandangan yang terang dan pengalaman yang pahit

Jika engkau sihat
senangkanlah pula hatimu
tandanya telah nyata
pada dirimu kekayaan Tuhan dan NikmatNYA
kerana daban yang sihat
mudahlah mendaki bukit
menempuh padang kesulitan

Akan tetapi
Jika engkau sakit
senagkanlah pula hatimu
kerana sudah nyata
bahawa dirimu adalah tempat perjuangan
diantara dua alam yang dijadikan Tuhan
KESAKITAN danKESIHATAN

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...