let get Human Anatomy & Physiology Study Course NOW. Dont miss this opportunity!!!!!!!

Aug 30, 2010

SATU MUHASABAH: Kenapa Yahudi Bijak

Salam

Note: Just copy & paste

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran - admin). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato! ' Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Penulis : Dr. Stephen Carr Leon

Di alih bahasa oleh :Adibah Mohd NoorMatriculation Lecturer, Department of SciencesUIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.

(Bukan menyokong Hitler, tetapi hanya untuk membuka minda kita - Admin)

Aug 27, 2010

manusia hanya merancang.....

Salam.



Sering kita dengar dan sebut2kan.. Manusia hanya merancang, Allah juga yang menentukan segalanya. ^_^. Begitu juga dengan kami. Kami hanya mampu merancang, tetapi perancangan Allah itu sebenarnya lebih sempurna. Punyai hikmah disebalik segalanya. Yang mana sering kita sebagai manusia lupa.. malah lebih kepada mengikut kata hati. Sering kita menyalahkan ketentuan yang telah ditetap. Tapi sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang dan Maha Mengetahui segalanya yang mana manusia tak pernah tahu.

Kami (aku dan abang) juga merancang. Tapi perancangan Allah itu leebih sempurna walaupun kami tak tahu apakah hikmah disebalik semua ini. Kami merancang konon2 nya tahun nie nak menyambut Aidilfitri bersama. Tapi yela kan, kita hanya merancang. Dan perancangan itu masih lagi belum 'diluluskan'. Jadi buat masa ini terpaksalah kami menangguhkan perancangan itu hinggalah ke tahun hadapan kerana buat Abang masih belum 'diizinkan' untuk pulang. InsyaAllah.

Walaupun kecewa yang teramat pada mula2 mendapat berita ini, tapi kini kau akur dan sedar semua itu tidak dapat mengubah apa2. Aku seharusnya memberikan dorongan dan sokongan pada abang yang kini masih lagi perlu meneruskan perjuangan yang masih belum tamat. Bila difikir dan ditimbang. Jika aku yang hanya sebagai 'pendengar' di sini boleh mencurahkan air mata kesedihan, apatah lagi abang yang terpaksa menanggungnya di sana. Jauh dari keluarga.

Aku yakin dan percaya, abang tentu lagi sedih bila mengatahui aku sedih atas ketentuan ini. Maafkan isterimu ini wahai suamiku. Semoga aku berpeluang menajadi penguat semangat abang di sana. Semoga abang berjaya dalam 'perjuangannya' yang bakal di tempuhi tidak lama lagi. Ameen. Aku masih ingat, aku juga pernah berhadapan dengan situasi seperti ini. Tetapi nasib aku baik sedikit kerana tidak perlu menghadapinya. Bak kate abang, Allah nak bagi die peluang kedua. ^_^

;;// Semoga abang berjaya dalam 'perjuangan' ok.. ^_^. kami sentiasa mendoakan kejayaan abang.

Aug 25, 2010

i don't know.. -_-

Salam

Kali ini tetibe rasa ingin menyelitkan cerita yang berlaku beberapa minggu lepas dan berkesinambungan hingga ke harini. ^_^. Mungkin dalam 2 minggu lepa, tapi tak la begitu pasti, aku berSMS dengan abang (walaupun sebenarnya hari2 kami berSMS)

Abang, kalu ayang xnak keje lepas bersalin boleh? Ayang nak jaga anak2 -Baru nak dapat satu udah anak2 kok..^_*

Abang x kisah jer sayang. Tapi ayang x bosan ker?


Ayang ingat nak belajar jahit la. Ti boleh wat macam Kak Tam -akak ipar aku yang sekarang dah jadi tailor

Dengan bersemangat aku nak menjahit. Memang dah lame terpedam. Tapi yang dulu2 tue hanya menjahit untuk diri sendiri dan family aje. Kerana aku memikirkan zuriat ang bakal lahir. Sape yang nak jaga??. Mak or Mertua? x mungkin. Waktu2 begini lah sepatutnya aku memberi peluang kat MAK2 aku untuk berehat. Bukan lagi 'bertugas' membesarkan cucu. Cukuplah segala pengorbanan yang telah dicurahkan buat kami. Tak terbalas segalanya.

Bila memikirkan juga mengenai penyusuan. Aku ingin menyusukan sendiri anak2 aku sehingga kalau boleh berusia 2 tahun. Kerana aku time kecik2 tak pernah disumbatkan mulut dengan sebarang botol susu. Dan susu tepung juga ta pernah memasuki perut aku hinggalah aku pandai belajar untuk berdikari. Seusia 16 tahun. Aku usulkan pada mertua yang aku nak menjahit..

Saya ingat nak belajar jahitla mak. Nanti boleh amik tempahan

Larat ke nanti? dengan kerja lagi

Tula ingat nak menjahit jer.

Sambilan boleh la. Sayang. Dah belajar takkan tak nak kerja

Aduss gawat. INGATkan nak menjana pendapatan kat rmah aje. Boleh menjahit, buat kuih ke. Hahahhah... belum apa2 dah berangan tinggi melangit. Macamnya angan2 mat jenin. Dan sekarang nie pulak berangan nak belajar buat cupcake plak. Mana tau i dah teror ade orang datang buat tempahan. Huhuhu.. Tapi bukan mudah kan semua tu???

Fikiran bercelaru kot sampaikan aku memikirkan sejauh itu. Almaklumlah, sekarang sudah jadi suri rumah 24 jam. Orang pregnant memang susah agaknya untuk diberi peluang membina kerjaya.. -_-.

;// Tetibe emosi bila pikirkan pasal kerja. -_-

19 weeks. ummi & baby

Salam

Your baby's sensory development is exploding! Her brain is designating specialized areas for smell, taste, hearing, vision, and touch. Some research suggests that she may be able to hear your voice now, so don't be shy about reading aloud, talking to her, or singing a happy tune if the mood strikes you.

Your baby weighs about 8 1/2 ounces and measures 6 inches, head to bottom — about the size of a large heirloom tomato. Her arms and legs are in the right proportions to each other and the rest of her body now. Her kidneys continue to make urine and the hair on her scalp is sprouting. A waxy protective coating called the vernix caseosa is forming on her skin to prevent it from pickling in the amniotic fluid.

****************************************
****************************************

Semalam (24/08/2010) adalah temujanji aku dengan Klinik Kesihatan untuk sekian kalinya. Temujanji memang sengaja aku minta time bagi, konon nya berharap ingin lepas dari 'kesesakan'. Rupanya meleset sama sekali. Tulah, niat terpesong. hehehhe. Sampai2 aje kat klinik, mata aku terus dijamu dengan kesesakan yang teramat. Mana aku nak duduk nie???



Malas la pikir banyak, trus gi tempat timbang.. uhh.. masih lagi maintain. jadi xdelah membesar dan debab. Hehehehe. Amik HB.. 10.1.. dan pastue kene la plak menunggu. Fuh.. boleh tertidur-tidur aku. Punye la ramai. Appoitment aku yang jam 8.30 walaupun aku telah menghadirkan diri lebih awal dari waktu tersebut akhirnya dapat masuk bilik temujanji jam 9.45. Lunguh kot pinggang & tengkuk aku.

Kali nie masuk2 terus disuruh baring atas katil pesakit. Satu mesin yang macam tempat scan tue di gerak-gerakkan atas perut aku. Nie nak buat ape plak nie. Nurse stil lagi mencari sesuatu dengan 'ibu mesin' tue masih lagi mendendnagkan bunyi yang aku tak pasti. Dan akhirnya

''tue la bunyi jantung baby''

Ha?? Jantung baby.. Aku macam x caya plak. Rasa nak kuar air mata. Terharunya. Aku dapat dengar degupan jantung my baby. Macam tak caya jer. Memang ader seoran lagi insan yang yang sedang membesar di dalam rahim aku. Klakar kan. Sebab hari2 aku slalu pikir.. ''betul ke aku ngandung??'' akhirnya aku percaya yang aku memang akan menjadi ibu tak lama lagi. ^_^

Sambil anyam angan2 tibe2 kene marah. Waaa.. Berat aku yang konon2 dibanggakan maintain tue tidak mencapai 'piawaian'. Hb yang 10.1 tue pun rupanya tak cukup. Tak pasal2 kali nie aku dapat lebih banyak tablet yang perlu ditelan. Kalau sebelum nie dua jenis je.. sekarang nie dah digandakan samapi 4 jenis. B Complex, Acid Folic, Vitamin C & Iron Tablet yang digandakan kuantitinya. Dan aku juga diminta melebihkan makanan dan sayuran yang banayk menagandungi zat besi such as bayam, hati, kerang. Siap kene warning lagi. Tak tahan tol.

Tapi takpe, demi baby yang bakal lahir nie, aku akan cuba untuk memenuhi segala saranan mereka. Kalian doakan aku yer.. sebab.. makanan yang tersenarai itu adalah tidak berapa kena dengan selera kampung aku ni. -_-.

Buat Abang di perantauan;
Kasian walid sorang2 di perantauan. Sejak disahkan bakal memjadi seorang ayanh, abang hanya memperolehi berita dari SMS or YM jer. -_-. Walid jangan sedih2 ek. InsyaAllah semoga Allah permudahkan urusan & bolehlah walid kembali bersama ummi & baby. ^_^.

Aug 23, 2010

CUMA MERAWAT ; Pendidikan seks bukan penyelesaian terbaik tangani masalah sosial

Harian Metro
Isnin, 23 Ogos 2010

Pada pandangan saya, isu pendidikan seks di sekolah perlu digarap dan diperhalusi dengan penuh cermat dan bijaksana sebelum sebarang tindakan diambil. Keputusan melaksanakan pendidikan seks tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa.

Saya melihat isu ini agak rumit kerana ia mebabitkan pelbagai faktor dalaman dan luaran. Jika dilihat konteks yang lebih luas, kerajaan Britain telah terlebih dahulu melaksanakn pendidikan seks di sekolah. Namun ternyata mereka masih gagal membanteras gejala sosial yang berlaku, malah lebih parah gejala sosial dalam masyarakat Britain semakin meningkat walaupun pendidikan seks dilaksanakan.

Dalam hal ini, saya melihat seks bukanlah penyelesaian terbaik untuk menangani masalah sosial di negara ini. Apa YANG LEBIH MUSTAHAK ialah PENEKANAN DAN PEMAHAMAN TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN ISLAM DAN PENDIDIKAN SIVIK itu sendiri. Pada hemat saya, sistem pendidikan Islam yang sedia ada pada hari ini perlu dikaji dan diperbaharui semula kerana sistem pendidikan sedia ada hanyalah bersifat mata pelajaran semata-mata tanpa menjadikan pendidikan Islam itu sebagai satu sistem pendidikan yang menyeluruh.

KESAN BESAR yang bakal dihadapi sekiranya pendidikan seks dilaksanakan ialah ia dilihat seolah-olah MEMBUKA JALAN DAN PELUANG KEPADA REMAJA UNTUK MELAKUKAN ZINA. Ini kerana, mereka sudah tidak perlu bimbang lagi terhadap perkara ini kerana sistem pendidikan itu sendiri telah yang mengajar mereka ke arah perkara berkenaan.

Di samping itu, saya melihat pelaksanaan pendidikan seks ini lebih kepada usaha untuk merawat dan bukannya mencegah, sedangkan usaha untuk mencegah itu lebih penting daripada usaha untuk merawat. Justeru, pihak yang terbabit harus berperanan dan mengambil kira pandangan daripada semua pihak mengenai isu ini untuk memudahkan sebarang keputusan dibuat.

Kesilapan dalam membuat keputusan khususnya perkara yang membabitkan dasar negara akan memberi kesan kepada semua pihak termasuk masyarakat. Oleh itu, keputusan yang bernas dan munasabah amat perlu untuk melahirkan generasi muda yang terpelajar, terdidik dan berakhlak mulia. Sesuatu tamadun bangsa akan runtuh sekiranya generasi muda mereka terdiri daripada mereka yang rapuh pegangan sistem nilainya


MUHAMMAD FIRWAN NORLIZA
Presiden,

Majlis Perwakilan Pelajar

2009/2010 UIAM

Aug 21, 2010

nasihat Luqman Nul-Hakim

Salam

Duduk2 merehatkan diri, aku meluangkan sedikit masa untuk menghabiskan buku mengenai panduan ibu semasa hamil. Bukan mudah menjadi ibu. Bukan sedikit tanggungjawab yang perlu digalas. Bukan senang untuk memikul tanggungjawab yang di amanhkan, tapi itulah yang perlu aku laksanakan. Malah MAK juga telah terlebih dahulu meggalas amanah ini untuk membesarkan dan mendidik aku, abang, kakak2 serta adik2ku. Tahniah MAK dan juga IBU2 di seluruh dunia. ^_^

Dalam menghayati bait2 tulisan si penulis, aku tertarik dengan beberapa nasihat Luqman Hakim kepada anaknya yang dimuatkan dalam buku ini. Aku rasa seronok untuk berkongsi bersama dengan kalian. Bukan hanya untuk kaum ibu dan bapa malah aku rasakan amat berguna untuk semua peringkat umur untuk menghayati dan mengikuti pesanan alim ini sehinggakan kisahnya Allah ceritakan di dalam kitab suci Al-Quran Karim.

Antara pesanan beliau ialah

1. Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini ibarat lautan yang dalam, banyak manusia yang karam kedalamnya. Bila engkau inginkan selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya ialah iman dan layarnya ialah tawakkal kepada Allah.

2. Hai anakku, seandainya orang tua marah kepadamu, maka marahnya itu adalah bagaikan baja bagi tanam-tanaman,

3. Jauhkanlah dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh manjadikan dirimu hina diwaktu siang dan gelisah di waktu malam.

4. Hai anakku, jika engkau ingin menemukan kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan pura-pura membuat dia marah. Bilaman dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah dia engkau ambil sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah engkau terhadapnya.

5. Hai anakku. Usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan kemanfaatan kepada orang lain.

6. Hai anakku. Janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan dunia saja kerana engkau diciptakan allah bukanlah untuk dunia semata. Sesungguhnya tidak ada makhluk yang lebih HINA daripada orang yang terpedaya oleh dunia.

7. Hai anakku. Janganlah engkau mudah tertawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, jangan engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau menanyakan sesuatu yang tidak ada gunanya bagimu. Janganlah mensia-siakan hartamu.

8. Hai anakku. Bergaul rapatlah dengan orang alim yang berilmu. Perhatikanlah kata dan nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengar nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mitiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur di sirami air hujan.

9. Hai anakku. Ambillah harta dunia sekadar keperluanmu, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya jangan engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau berteman dengan orang yang BERMUKA DUA, kerana akan membahayakanmu.

10. Hai anakku. seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai oleh seseorang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak mengelamun hal-hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semua itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

11. Hai anakku. Engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada itu semua, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga yang jahat.

12. Hai anakku. Janganlah engkau lansung menelan saja kerana manisnya barang dan janganlah lansung engkau muntahkan saja pahitnya barang. Kerana yang manis itu belum tentu menimbulkan kesegaran, dan yang pahit itu belum tentu meninbulkan kesengsaraan.

13. Hai anakku. Bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

14. Hai anakku. Bukanlah suatu kebaikan namanya bila mana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernag mengamalkannya. Hal ini tidak ubahnya bagaikan seorang yang mencari kayu bakar, setelah banyak terkumpul maka ia tidak kuat memikulnya padahal ia masih menambahkannya.

Marilah sama2 kita ambil nasihat ini sebagai panduan kita dalam kehidupan. Aku menasihati diri sendiri untuk berusaha memperbaiki segala kelemahan. Kerana aku manusia yang kerdil yang terlalu cetek ilmu jika dibandingkan dengan 'ilmuan' dikelilingku.. Malu rasanya.. -_-

Aug 19, 2010

lemang oh lemang

Salam

Ramadhan sudah kembali lagi. Alhamdulillah.. banyak fadhilat bulan yang mulia ini. Alhamdulillah juga kerana hari pertama puasa aku dapat melaksanakannya di kampung halaman. Seronok rasaya. Dah terlalu lama tak berpuasa dengan mak. Selalunya aku berpasa di rantauan. hehehheh

Seperti kebiasaan setiap tahun. Sebelum menyambut ramadhan, family aku membakar lemang. Emak la yang paling bertungkus lumus. Nak harapkan aku?? huhuhuh... alamtnya tak jadi lemang la. Motif nye tiada tapi mungkin untuk merasai dengan lebih dekat yang ''kita nie memang dah nak pose. Jadi bersiap sedia lah''. Tapi nak raya pun akan masak lemang jugak. hehehhe

Aha.. nie dah story tentang lemang plak yer.Bukan apa sebenarnye aku seronok sangat dapat pose & buat lemang sama2 ngan mak. hehheheh.. Ibuku yang tersayang. Sayang bangat sama mak. hehehhe. Ntah bila la aku nak belajar buat lemang yer. Mak kate, die pun belajar buat lemang dengan arwah abah dulu pas kawen. Alhamdulillah sampai sekarang mak masih menggunakan resepi yang sama. Nak kene belajar nieh. Warisan.

Kalu mak belajar buat lemang dengan arwah abah dulu. Aku pun kene la blajar ngan abang kan?? Hurm.. Abang pandai bakar lemang tak ek?? kene siasat nieh. huhuhuhu.. ti abang ajar aku buat meriam buluh plak.. Gawat.. ^_^

;p Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak ya! Sape tak pose tak leh raya keyh!!!!!!!!!!!

Aug 5, 2010

nak gelak berpada-pada keyh.. jangan sampai terkeluar anak tekak plak

Salam

Erm baru aku perasan, dah seminggu rupanya usia anaknya pasangan Marzuky & Hayati.. That mean, udah seminggu juga la aku tidak mengirimkan sebarang 'maklumat' buat kalian. Uhhh sedihnya,, huhuu terharu seyh. motifnya?? otak kacau la nie.. hahhah

Kali nie biarlah hanya sebuah 'kisah' pendek keyh.. berkisar tentang seorang insan yang sentiasa mempunyai konflik dapat hidup die.

John : Mymobile bill how much??
Call centre girl : Sir, u just dial 123 to know the current bill status
John : Stupid, not CURRENT BILL but my MOBILE BILL

John : I think that girl is deaf
Friend : How do you know?
John : I told i love her, but she said her chappal are new

Lecturer : Which is the oldest animal in the world?
John : ZEBRA
Lecturer : How?
John : Because it is Black & White

John : Miss, do you called to my mobile?
Lecturer : Me? No, Why?
John : Yesterday i saw in my moblie -''1 miss call''

Judge : Don't you have shame? it is the 3rd time you're coming to court
John : you're coming daily! don't you have shame??

Question : Should women have children after 35?
Smart John Replied : NO
'' 35 children are more than enough"

Sir : What is different between Orange And Apple?
John : Color of Orange is orange, but color of Apple is not Apple

John attending an interview in software company
Manager : Do u know MS Office?
John : If u give me the address, I will go there sir

John in airplane going to Bombay. While its landing he shouted "BOMBAY... BOMBAY"
Air hostess said : ''B silent"
John : Ok. Ombay. Ombay

John got SMS from his girlfriend
"I miss you''
John replied
"I MR YOU"

John : Doctor! My son swallowed a key
Doc : When?
John : A month ago
Doc : What were you doing till now?
John : We were using duplicate key


p/s: make sure kalu nak hentak kepala, pastikan dinding sebelah kalian telah di alas dengan bantal yang benar2 empuk ok.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...