
Sering kita dengar dan sebut2kan.. Manusia hanya merancang, Allah juga yang menentukan segalanya. ^_^. Begitu juga dengan kami. Kami hanya mampu merancang, tetapi perancangan Allah itu sebenarnya lebih sempurna. Punyai hikmah disebalik segalanya. Yang mana sering kita sebagai manusia lupa.. malah lebih kepada mengikut kata hati. Sering kita menyalahkan ketentuan yang telah ditetap. Tapi sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang dan Maha Mengetahui segalanya yang mana manusia tak pernah tahu.
Kami (aku dan abang) juga merancang. Tapi perancangan Allah itu leebih sempurna walaupun kami tak tahu apakah hikmah disebalik semua ini. Kami merancang konon2 nya tahun nie nak menyambut Aidilfitri bersama. Tapi yela kan, kita hanya merancang. Dan perancangan itu masih lagi belum 'diluluskan'. Jadi buat masa ini terpaksalah kami menangguhkan perancangan itu hinggalah ke tahun hadapan kerana buat Abang masih belum 'diizinkan' untuk pulang. InsyaAllah.
Walaupun kecewa yang teramat pada mula2 mendapat berita ini, tapi kini kau akur dan sedar semua itu tidak dapat mengubah apa2. Aku seharusnya memberikan dorongan dan sokongan pada abang yang kini masih lagi perlu meneruskan perjuangan yang masih belum tamat. Bila difikir dan ditimbang. Jika aku yang hanya sebagai 'pendengar' di sini boleh mencurahkan air mata kesedihan, apatah lagi abang yang terpaksa menanggungnya di sana. Jauh dari keluarga.
Aku yakin dan percaya, abang tentu lagi sedih bila mengatahui aku sedih atas ketentuan ini. Maafkan isterimu ini wahai suamiku. Semoga aku berpeluang menajadi penguat semangat abang di sana. Semoga abang berjaya dalam 'perjuangannya' yang bakal di tempuhi tidak lama lagi. Ameen. Aku masih ingat, aku juga pernah berhadapan dengan situasi seperti ini. Tetapi nasib aku baik sedikit kerana tidak perlu menghadapinya. Bak kate abang, Allah nak bagi die peluang kedua. ^_^
;;// Semoga abang berjaya dalam 'perjuangan' ok.. ^_^. kami sentiasa mendoakan kejayaan abang.











.gif)
No comments:
Post a Comment