Isnin, 23 Ogos 2010
Pada pandangan saya, isu pendidikan seks di sekolah perlu digarap dan diperhalusi dengan penuh cermat dan bijaksana sebelum sebarang tindakan diambil. Keputusan melaksanakan pendidikan seks tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa.
Saya melihat isu ini agak rumit kerana ia mebabitkan pelbagai faktor dalaman dan luaran. Jika dilihat konteks yang lebih luas, kerajaan Britain telah terlebih dahulu melaksanakn pendidikan seks di sekolah. Namun ternyata mereka masih gagal membanteras gejala sosial yang berlaku, malah lebih parah gejala sosial dalam masyarakat Britain semakin meningkat walaupun pendidikan seks dilaksanakan.
Dalam hal ini, saya melihat seks bukanlah penyelesaian terbaik untuk menangani masalah sosial di negara ini. Apa YANG LEBIH MUSTAHAK ialah PENEKANAN DAN PEMAHAMAN TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN ISLAM DAN PENDIDIKAN SIVIK itu sendiri. Pada hemat saya, sistem pendidikan Islam yang sedia ada pada hari ini perlu dikaji dan diperbaharui semula kerana sistem pendidikan sedia ada hanyalah bersifat mata pelajaran semata-mata tanpa menjadikan pendidikan Islam itu sebagai satu sistem pendidikan yang menyeluruh.
KESAN BESAR yang bakal dihadapi sekiranya pendidikan seks dilaksanakan ialah ia dilihat seolah-olah MEMBUKA JALAN DAN PELUANG KEPADA REMAJA UNTUK MELAKUKAN ZINA. Ini kerana, mereka sudah tidak perlu bimbang lagi terhadap perkara ini kerana sistem pendidikan itu sendiri telah yang mengajar mereka ke arah perkara berkenaan.
Di samping itu, saya melihat pelaksanaan pendidikan seks ini lebih kepada usaha untuk merawat dan bukannya mencegah, sedangkan usaha untuk mencegah itu lebih penting daripada usaha untuk merawat. Justeru, pihak yang terbabit harus berperanan dan mengambil kira pandangan daripada semua pihak mengenai isu ini untuk memudahkan sebarang keputusan dibuat.
Kesilapan dalam membuat keputusan khususnya perkara yang membabitkan dasar negara akan memberi kesan kepada semua pihak termasuk masyarakat. Oleh itu, keputusan yang bernas dan munasabah amat perlu untuk melahirkan generasi muda yang terpelajar, terdidik dan berakhlak mulia. Sesuatu tamadun bangsa akan runtuh sekiranya generasi muda mereka terdiri daripada mereka yang rapuh pegangan sistem nilainya
MUHAMMAD FIRWAN NORLIZA
Presiden,
Majlis Perwakilan Pelajar
2009/2010 UIAM











.gif)
No comments:
Post a Comment