Duduk2 merehatkan diri, aku meluangkan sedikit masa untuk menghabiskan buku mengenai panduan ibu semasa hamil. Bukan mudah menjadi ibu. Bukan sedikit tanggungjawab yang perlu digalas. Bukan senang untuk memikul tanggungjawab yang di amanhkan, tapi itulah yang perlu aku laksanakan. Malah MAK juga telah terlebih dahulu meggalas amanah ini untuk membesarkan dan mendidik aku, abang, kakak2 serta adik2ku. Tahniah MAK dan juga IBU2 di seluruh dunia. ^_^
Dalam menghayati bait2 tulisan si penulis, aku tertarik dengan beberapa nasihat Luqman Hakim kepada anaknya yang dimuatkan dalam buku ini. Aku rasa seronok untuk berkongsi bersama dengan kalian. Bukan hanya untuk kaum ibu dan bapa malah aku rasakan amat berguna untuk semua peringkat umur untuk menghayati dan mengikuti pesanan alim ini sehinggakan kisahnya Allah ceritakan di dalam kitab suci Al-Quran Karim.
Antara pesanan beliau ialah
1. Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini ibarat lautan yang dalam, banyak manusia yang karam kedalamnya. Bila engkau inginkan selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya ialah iman dan layarnya ialah tawakkal kepada Allah.
2. Hai anakku, seandainya orang tua marah kepadamu, maka marahnya itu adalah bagaikan baja bagi tanam-tanaman,
3. Jauhkanlah dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh manjadikan dirimu hina diwaktu siang dan gelisah di waktu malam.
4. Hai anakku, jika engkau ingin menemukan kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan pura-pura membuat dia marah. Bilaman dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah dia engkau ambil sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah engkau terhadapnya.
5. Hai anakku. Usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan kemanfaatan kepada orang lain.
6. Hai anakku. Janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan dunia saja kerana engkau diciptakan allah bukanlah untuk dunia semata. Sesungguhnya tidak ada makhluk yang lebih HINA daripada orang yang terpedaya oleh dunia.
7. Hai anakku. Janganlah engkau mudah tertawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, jangan engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau menanyakan sesuatu yang tidak ada gunanya bagimu. Janganlah mensia-siakan hartamu.
8. Hai anakku. Bergaul rapatlah dengan orang alim yang berilmu. Perhatikanlah kata dan nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengar nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mitiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur di sirami air hujan.
9. Hai anakku. Ambillah harta dunia sekadar keperluanmu, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya jangan engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau berteman dengan orang yang BERMUKA DUA, kerana akan membahayakanmu.
10. Hai anakku. seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai oleh seseorang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak mengelamun hal-hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semua itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.
11. Hai anakku. Engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada itu semua, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga yang jahat.
12. Hai anakku. Janganlah engkau lansung menelan saja kerana manisnya barang dan janganlah lansung engkau muntahkan saja pahitnya barang. Kerana yang manis itu belum tentu menimbulkan kesegaran, dan yang pahit itu belum tentu meninbulkan kesengsaraan.
13. Hai anakku. Bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.
14. Hai anakku. Bukanlah suatu kebaikan namanya bila mana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernag mengamalkannya. Hal ini tidak ubahnya bagaikan seorang yang mencari kayu bakar, setelah banyak terkumpul maka ia tidak kuat memikulnya padahal ia masih menambahkannya.
Marilah sama2 kita ambil nasihat ini sebagai panduan kita dalam kehidupan. Aku menasihati diri sendiri untuk berusaha memperbaiki segala kelemahan. Kerana aku manusia yang kerdil yang terlalu cetek ilmu jika dibandingkan dengan 'ilmuan' dikelilingku.. Malu rasanya.. -_-











.gif)
No comments:
Post a Comment