let get Human Anatomy & Physiology Study Course NOW. Dont miss this opportunity!!!!!!!

Jul 23, 2010

senyum itu tanda kegembiraan.^_^.. i'm happy for u too..

salam

Inilah penyeri sesawang aku kali ini. Lihat saja pada senyuman mereka. Aku bukan lah nak buat advertising tentang jenama ubat gigi ape yang depa nie guna k. Aku just nak buat WISH jer
CONGRATULATION to


Marzuky & Hayati

(Takkan la nak letak pic aku plak. Tiada kene mengena dalam kes nie ok.) Kerana telah dikurniakan seorang cahaya mata (the next.. kite tunggu lain taun plak k) yang telah dilahirkan pada

Tanggal 22 Jul 2010 (tak sabar dah baby nak tengok ummi die.)

Jam 11 pagi.. seberat 2.9 kg.. female

jeng3x.............

si baby comel.. nama die?? tunggu En.Mar & Pn. Yati pi wat surat beranak dulu k.

Anda rasa ikut rupa sapa??? Yang penting bukan muka kalian ok..

Jul 22, 2010

kerana dia suamiku.. [luahan perasaan semata]

salam

''abang bile nak balik''
''esok abang balik la''
''resault tak kuar lagi ker?''
''belum la sayang''
''biler resault kuar?
''tak tahu la.''


Baru je pas sms ngan abang. Walaupun jauh. Abang tetap dekat. Erm hari2 x pernah miss sms. Almaklumlah, nak call hari2, anak datuk pun boleh jadi bankrup (hari2 makan tido jer xmo keje..). Aku, hari2 plak tanye perkara yang sama jer. Kalau la aku ber'SMS' dengan orang lain, dah lama dah kene sekolah agaknye. Nasibla hanya abang suami aku sorang je yang dapat soalan tue hari2. ^_^


Di hati kecil. memang kecil pun. Aku terlalu menantikan kepulangan suami. Sehari macam setahun je rasa. tue yang boleh tanye soalan 'bile nak balik'' sampai 20x sehari. Tapi rupanya aku terlupa sesuatu, EGYPT-MALAYSIA.. ingat cam JB-KL??? boleh dok pi mai, pi mai 10x sehari ngan bas??? nak kena ada tiket penerbangan tahu? Ongkosnya juga mestila kena ada. Erm lalaikan aku untuk memikirkan semua tue. Yang aku fikir 'abang bila nak balik'.

Boleh dikatakan hari2. bukan kata dah, memang wajib. mesti nak sms abang. Kalu abang tak reply, mulalah aku tarik muka seposen. Over sensitif la plak. Khilaf aku dalam mentafsir. Hanya memikirkan hati sendiri. Tak pernah la terfikir yang kemungkinan abang kekurangan duit nak beli top-up. Hidup di perantauan lah katakan. Yang aku fikir 'abang saje xnak sms, dah bosan'. Walhal aku arif satu abang. Tak pernah wajah keluarga dan isteri hilang dari ingatan. Dalam kesensetifan, aku terlupa yang sebenarnya jiwa dan hati suami telah lama berada bersama-sama kami di sini. Hanya jasadnya di sana yang perlu dikuatkan agar tak rebah menempuhi hari2 mendatang di sana.
Abang, maaf atas sifat ketidak prihatinan isterimu ini. Sepatutnya aku menjadi penguat semangat abang, bukan melunturkan lagi semangatnya yang sedia ada. Aku masih ada keluarga di sekeliling disini.. hanya bertemankan sahabat2 di sana. Aku juga tahu, dalam setiap doa abang, tak pernah sekalipun tertinggal doa untuk kami. Semua itu aku tahu... kerana DIA SUAMIKU....
Air mata.........puas sudah aku cuba tahan jangan kuar, die nak kuar jugak. Apalah dayaku. Aku nie, bile dah nangis camni la, susah nak stop. Mata nie xnak bersatu dengan hati.

*****************************************

tit tit tit tit tit tit tit tit tit tit tit

Aku amati..

Bunyi jam. 10.30 malam

La.. sape plak pi kunci jam siang2 nie??? Xkan dah nak bangun mandi pi keje kot?? spoiled... Tak jadi nak layan nangis lame. Baru nak feeling lebih2. Pandai tuel homo sepian tue wat lawak memalam nie............

Jul 20, 2010

patutlah selalu tersedar malam

Salam

Menjadi habit sekarang nie aku sangat gemar terjaga tengah2 malam (bukan bermakna suka......tapi lebih kepada kekerapan ok. Aku lagi suka tidur dengan lena hingga ke pagi... syoknya tido.. Balas dendam. Time study dulu manjang tido lambat jer. Time nak exam k. Hehehehehhe.. ok. Back to the story..^_^). Kalu zaman jahil2 dulu, memang aku paling takut kalu terjaga malam.. hahhaha... konon nya takut nampak 'makhluk Allah'. Relevannya...... hostel, jarang yang tidak berpenghuni selain manusia penghuninya. hahhaahha.........Aku taknak la kan kalu aku pengsan xder orang nak tolong. Malam2 mader ade orang dok leka celik mata.. sume lagi rela pejam dari celik.

Bukan la nak kate aku nie rajin buat tahajjud. Jangan kater rajin, memang tak rajin pun. Sebab bile aku tersedar....... hanya tersedar, bukan lah bagun.. aku akan sambung tido balik. Walaupun kondisi time tue memang takkan membenarkan aku tidur dengan lena hingga ke pagi. Kesannya, katil akan jadi tempat penjelajahan aku sorang. Golek sana, golek sini, pusing sana, pusing sini,....... semua penjuru dan sudut milik aku.. (sebelum2 nie aku tido sopan k.. sekarang nie keadaan yang dah berubah sedikit.. alasan xnak kene sungguh..^_*)

Minggu lepas aku merajinkan diri membeli buku tentang kahamilan. Salah satu perubahan emosi dan fizikal semasa mengandung adalah SUKAR TIDUR DI WAKTU MALAM. Kenapa perkara ini terjadi??? Ia merupakan pendidikan awal kepada bakal2 ibu. Almaklumlah... Lepas melahirkan nanti, jangan kan nak 'tersedar'.. tapi memang siap kene bangun celik kan mata besar2 lagi.. jaga anak. Lepas nie kalu aku sambung study & ngantuk dalam class, lec x boleh la gi nak cakap ''kenapa kamu mengantuk?? Takkan jaga anak kot malam tadi'' .. so.. aku dah ader jawapan yang kukuh.. hehehehe.

Tapi Alhamdulillah.. setakat nie perubahan2 yang berlaku masih lagi belum menjejaskan kesihatan, fizikal & mental. Aku masih lagi dapat pergi opis dengan tengang.. Cuma bile balik jer.. COLLAPSE terus. hehehhe.. Anda semua doakan kesihatan kami yer.. (ummi & baby)

Jul 17, 2010

seribu rasa dengan secawan kecil white coffee.

Salam..

Lame rasanya tak menulis. Bersawang dah blog aku nie. Siap berdebu bagai.. penat nak cuci. hehehe.. Tapi la ni... bersih dah sikit... ^_^ (lame rasenye x cakap loghat utara...rindu plak). Cuti2 macam nie memang bagus kemas2. dari segala sudut dan permukaan temasuklah laman blong nie. Jadi harini mamang bercadang nak kasi 'bersih sikit blog nie dari debu..^_^

Anda sume pernah minum kopi x??? jangan la nak ngaku orang jerman plak ek x pernah minum kopi!!! Orang... temasuk lah aku selalu mengaitkan kopi nie boleh dan mampu menghilangkan ngantuk.. tapi korang rasa ianya betul ker?? hehheheh... kalu dah ngantuk tue, pi jela tido kan... awat sibuk bebenor plak nak minum kopi??

Alkisahnya... disebabkan aku pun mengandaikan kopi nie boleh ilangkan ngantuk, 13/6.. 12.50 pagi.. (hafal time tue.. take 5).. kau pun amik la secawan white coffe kat coffee bar yang tersedia kat luar training room tue.. bukan cawan besar pun.. cawan kecik jer.. seteguk dah habis. Ni gara2 time trining ISO (training la bagai opis aku nie, dah rasa macam time study ..... ceramah x jer....), aku ni dah asyik megiyakan jer trainer tue cakap.. tanpa ader satu gelengan pun.. sume angguk jer.

10 minit selepas air terhadam dalam perut aku....... wahhh.. satu pengalaman dasyat. Sakitnye kepala dah rasa macam kene hentak ngan batu. Loya, nak muntah sume ader, perut memulas....... dapat aku satu pakej. Seharian menaggung. Keesokan nye pulak dah aku asyik kuar masuk bilik air jer.. (takkan la begini sekali kan effect nye.. waduh).. Akhirnya terpaksalah aku diberi MC.. ALASANNYA.... FOOD POISONING.......oh tidak!!!!! ader serpihan kulat ker dalam kopi tue??????

Tak nak dah aku minum kopi .. melainkan buat sendiri

Jul 4, 2010

Tak boleh jadi nie!!!!!!!! Amat memalukan

Salam

Banyaknye buku yang dibeli tak habis baca lagi (except barisan novel2)... geramnye. Macam mana nak habisan yer???

Pernah jugak aku memptaktiskan macam baca novel kerana kepantasan aku mampu menamatkan kisah dalam satu novel 560> m/s adalah lebih kurang 4 jam tapi...berbeza dengan buku2 ilmiah.. bila bukak 3 pages.. mata nie dengan otomatiknya akan terkatup dengan sendirinya. Macam kene letak batu bata kat atas die jer.

Aku akan cuba sedaya upaya menghabiskan sume buku2 nie. Doakan yer. Geram plak bile tengok buku2 nie tersusun cantik jer depan mata.

1. Alexander Adalah Zulkarnain (Buku yang penulisannya agak mengelirukan pemikiran dan pembacaan serta pengetahuan aku.. sebabnya aku x pernah dapat A sejarah -_-)

2. Setitik Air Mata Sejuta Makna

3. Kedudukan Wanita Dalam ISlam

4. Keistimewaan Makkah

5. Mengapa Hati Terhijab?

6. Panduan Lengkap Kehidupan Muslim



DAN................................ banyak lagi...........-_-


p/s: pembaca budiman, sila la beri petua dan tunjuk ajar kepada diri ini. InsyaAllah, akan berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbaiki diri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...