let get Human Anatomy & Physiology Study Course NOW. Dont miss this opportunity!!!!!!!

Jul 22, 2010

kerana dia suamiku.. [luahan perasaan semata]

salam

''abang bile nak balik''
''esok abang balik la''
''resault tak kuar lagi ker?''
''belum la sayang''
''biler resault kuar?
''tak tahu la.''


Baru je pas sms ngan abang. Walaupun jauh. Abang tetap dekat. Erm hari2 x pernah miss sms. Almaklumlah, nak call hari2, anak datuk pun boleh jadi bankrup (hari2 makan tido jer xmo keje..). Aku, hari2 plak tanye perkara yang sama jer. Kalau la aku ber'SMS' dengan orang lain, dah lama dah kene sekolah agaknye. Nasibla hanya abang suami aku sorang je yang dapat soalan tue hari2. ^_^


Di hati kecil. memang kecil pun. Aku terlalu menantikan kepulangan suami. Sehari macam setahun je rasa. tue yang boleh tanye soalan 'bile nak balik'' sampai 20x sehari. Tapi rupanya aku terlupa sesuatu, EGYPT-MALAYSIA.. ingat cam JB-KL??? boleh dok pi mai, pi mai 10x sehari ngan bas??? nak kena ada tiket penerbangan tahu? Ongkosnya juga mestila kena ada. Erm lalaikan aku untuk memikirkan semua tue. Yang aku fikir 'abang bila nak balik'.

Boleh dikatakan hari2. bukan kata dah, memang wajib. mesti nak sms abang. Kalu abang tak reply, mulalah aku tarik muka seposen. Over sensitif la plak. Khilaf aku dalam mentafsir. Hanya memikirkan hati sendiri. Tak pernah la terfikir yang kemungkinan abang kekurangan duit nak beli top-up. Hidup di perantauan lah katakan. Yang aku fikir 'abang saje xnak sms, dah bosan'. Walhal aku arif satu abang. Tak pernah wajah keluarga dan isteri hilang dari ingatan. Dalam kesensetifan, aku terlupa yang sebenarnya jiwa dan hati suami telah lama berada bersama-sama kami di sini. Hanya jasadnya di sana yang perlu dikuatkan agar tak rebah menempuhi hari2 mendatang di sana.
Abang, maaf atas sifat ketidak prihatinan isterimu ini. Sepatutnya aku menjadi penguat semangat abang, bukan melunturkan lagi semangatnya yang sedia ada. Aku masih ada keluarga di sekeliling disini.. hanya bertemankan sahabat2 di sana. Aku juga tahu, dalam setiap doa abang, tak pernah sekalipun tertinggal doa untuk kami. Semua itu aku tahu... kerana DIA SUAMIKU....
Air mata.........puas sudah aku cuba tahan jangan kuar, die nak kuar jugak. Apalah dayaku. Aku nie, bile dah nangis camni la, susah nak stop. Mata nie xnak bersatu dengan hati.

*****************************************

tit tit tit tit tit tit tit tit tit tit tit

Aku amati..

Bunyi jam. 10.30 malam

La.. sape plak pi kunci jam siang2 nie??? Xkan dah nak bangun mandi pi keje kot?? spoiled... Tak jadi nak layan nangis lame. Baru nak feeling lebih2. Pandai tuel homo sepian tue wat lawak memalam nie............

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...