let get Human Anatomy & Physiology Study Course NOW. Dont miss this opportunity!!!!!!!

Jun 23, 2010

menangis tue tak baik, tapi sahabat perempuan paling akrab..^_^

Salam


hati masih lagi berkata2 time nie.. nak cakap ke tak.. nak ke tak, nak ke tak.. nak ke tak.. Akhirnya.. Takpela,, just keep untill he finish his exam. Aku taknak menambah beratkan minda suami aku di musim2 pekse nie. Aku mahu abang pulang dengan kejayaan yan cemerlang. Sambil berSMS dengan abang, rupanya die tengah syok tengok bola.. erm.. LELAKI memang hantu bola. Lagilah aku taknak kaco konsentrasi dia..

CHECK-UP LAGI

Semalam (22/06/10) pertemuan kedua aku dengan nurse2 yang telah deberi kepercayaan untuk mengendalikan ibu2 hamil. Alhamdulillah, aku tak perlu menungu lama untuk temujanji..sebabnya time aku sampai tue tak ramai pun lagi yang sampai. Letak buku pink & terus pergi timbang.. Uhu.. berat turun 1 kilo.. HB pun turun 0.04, tekanan darah meningkat.. tapi Alhamdulillah.. semuanya dalam keadaan terkawal. Tapi kene la hentam juga sebab berat turun.. hehheh.. Lepasnie aku akan cuba makan dengan banyaknya (itupun kalu mampu.. nak makan sesuap pun seksa..ader hati nak berlagak makan bnyak-_-)

Nurse tue macam biasa tak lupa membekalkan aku dengan ubat ang telah kehabisan stok dan ditambah dengan satu lagi ubat baru, IRON TABLET.. yang bertindak sebagai.. ntah aku pun ak tahu.. makan jer aku pakar.. ^_^.. Bila dah selesai, nurse pun 'melepaskan' aku pulang.. Tapi dengan gatal mulutnya aku bercakap

Nurse, saya just nak tanye la..Kalu sebelum nie kene chicken pox, ader x effect kat baby

Bile tue kener?

12/04/2010..


Pastue nurse tue pun dengan segera mengecek rekod kat dalam buku pink aku tue. Tapi die pun comfius, setelah nurse tue mintak pendapat rakan2nya, masih lagi tak dapat jawapan dan akhirnya terpaksa la rujuk pada yang 'arif'.. Akhirnya... Aku di'refer ke HKL untuk kedua kalinya..-_-..


SCAN

Unit O&G.. Begitulah yang terpampang.. Obstetrik & Ginekologi.. Kecutnya perut. Aku memang terdapat 'alahan' kalu jumpa specialist nie. Rasa nak pitam pun ader. 'Aura' dieorang nie kuat sangat kot kat aku.. huhuh.. (Maafla.. aku bukan lah seorang yang berjiwa kental..gagah apatah lagi). Terus jer pergi ke kaunter pendarftan.. tunggu dalam 10 minit, nama aku dipanggil... kene pergi scan la plak.. sambil2 tunggu, mata meliar pandang sekeliling.. hehhe.. sorry x dapat nak jaga mata.. heheh. disapa oleh orang sebelah.

adik pun kene scan jugak ker?

Aah..

scan kenape? (oooooo.. nak scan pun kene ader sebab ker?? kompius, tapi senyum jer.. hati dah cuak)
erm just nak tengok baby kot, sebab sebelum nie saya ader kene chicken pox. akak?? (wajarla aku panggil akak kot sebab perut die dah besar..hahahha)

nak tengok baby nie.. sepatutnya uri dah naik atas time nie. Tapi still lagi kat bawah. Kebiasaan kalu time nie still lagi kat bawah, bleeding. Tapi Alhamdulillah la takde pape. Bape bulan?? (kompius agaknye die.. sebab x nampak perut aku besar tapi kate pregnant.. hehhehe)

Baru jer 2blan lebih.. (memang la x nampak kan kan??hehhehe.. mak aku kater dah 4 bulan nanti baru nampak)

Akak dah 6 bulan (patutlah.. tapi.. besar jugak, aku ingat dah tunggu masa nak bersalin..macam tue ke aku nanti ek -_-)

Tetibe nama aku dipangil......
Aku masuk kat dalam bilik ultrasound tue dengan penuh sopan santun
Diminta baring...
Persediaan untuk meng'scan'..
Kusyuk dr. tue tengok paparan kat screen. Sikit pun die tak tunjuk kat aku. Waaa nak tengok jugak. Bila dah habis, sambil tunggu report, kau pun curi2 tengok.. hehheh.. Dr. teu kater dah besar dah baby aku. Bila aku tenung scren tue, macam dah nampak kaki die.. wah dah 33.3mm.. that mean 3.33cm.. eee keciknya.. panjang jari telunjuk aku.. hehehhe..(xcited sungguh.. cam tak caya jer..kecik2 mesti comelkan.. hehheheh)


BERDEBAR-DEBAR

Still lagi diminta tunggu.. dalam 20 minit nama dipanggil

ok puan. Ini resault pn. Baby sume normal, takde pape tapi at your right ovari dapat detect cyst 2.0x2.3 cm. Jadi 17/08/10 kami buatkan lagi satu appoinmet untuk puan (terang nurse tue sambil pegang report aku)

cyst tue aper nurse? (nampak sangat aku sangat tidak mahir dalam istilah perubatan.. 1st time kot aku dengar..)

Erm macam ketumbuhan la.. tapi jangan risau, sebab hanya air ajer. Tapi perlu wat susulan sebab takut mengganggu tumbesaran bayi.

Ketumbuhan???? Aku rasa nak nangis time tue jugak.. Yang terfikir di minda hanya 'anak aku'.

Oh ya nurse, macam mana pulak dengan chicken pox yang saya kene sebelum nie?

Yang itu kami tak dapat detect lagi sebab baby terlalu kecil. Erm lain yang kiter cari, lain yang jumpa kan..

aku pun senyum jer dan trus ucapkan time kasih. berjalan pulang.


SEDIH

Aku rasa nak menangis semahunya. KETUMBUHAN.. Adakah ini bermaksud CANCER?? Ya Allah, jauhkanlah anak ini dari sebarang bahaya. Berikanlah ia kesihatan yang cukup dan sempurna kelahirannya. Ameen..
Bila post ini di publish, bermakna abang telah mengetahuinya. Maafkan ayang sebab merahsiakan dari abang di awal2 ini. Ayang tak mahu fikiran abang terganggu. Ayang nak abang concentrate for ur exam...

----------------------------------------------

KIRANYA RISAU TAK BERTEMPAT LA NI???

24/6


Terpaksa gagahkan jugak kaki masuk ofis. Kalu ikutkan hati yang malas nie.. nak jer aku monteng..-_- Penat kot. Macam biasa mesti la aku kene tepis banyak peluru berpandu kan. hehehhe.. Bila akak ofis aku tanye, aku pun dengan rela hati bercerita tentang 'lawatan' aku ker HKL, dan sedikit sebanyak cerita tiem kat HKL.


Oooo rupa2nya memang cyst tue tak merbahaya ek?? hehehhe.. Fakta ini dikukuhkan lagi oleh my ex-offismate aku yang sekarang nie pun ngah prengnan jugak. Tapi dari penerangan mereka, dapatlah aku simpulkan.. cyst nie die ader 2 jenis aktif & pasif. Yang merbahaynya kalau ianya cyst yang aktif. (betul ker?? doc2 & bakal2 doc.. tolong perbetulkan tok aku yer. heheheh..)

Lega rasanya...^-^

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...