let get Human Anatomy & Physiology Study Course NOW. Dont miss this opportunity!!!!!!!

Jun 27, 2010

cetek.. di tahap '0'

Salam

Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan menulis sesuatu di sini. Bersyukur kerana masih berpeluang melihat, mendengar, berkata2. Masih lagi diizinkan untuk bernafas.

Harini berpeluang berlama-lama dengan PC.. dapat mejelajah ke zon yang lebih jauh, dapat terbang ke awan yang lebih tinggi. Tapi hakikatnya, aku masih terikat disini tanpa sebarang gerakan mahupun langkah untuk mara. Menziarahi 'mereka2' yang tingi ilmunya, aku terasa terlalu kerdil. Malu sangat rasanya. Membaca tulisan mereka, malu rasanya aku. Tiada apa2 yang aku perjuangkan kala ini. Hanya mungkin sedang mengukur duniawi.

Jelas sekali bahawa mindaku kosong, tiada sebarang pengetahuan. Jahilnya aku.................. sedihnya bila aku memikirkannya semua ini. Rasa nak menagis semahunya.......
---------------------------------------------
mengambil sedikit kata2 dari sahabat
Dakwah bukan untuk orang
yang takut untuk bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang mudah bosan,
melarikan diri, lompat-lompat,
sekejap down-sekejap up, dan cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang
yang memilih program yang senang
dan mudah untuk dia ikuti,
yang penat, bersusah payah mengelak.
Ia bukan untuk orang
yang mencari tarbiyyah
hanya bila terasa diri diuji oleh Tuhan.
Jika tidak, batang hidung pun tak nampak.
Bukan bagi yang meletakkan dakwah
hanya sebagai jalan
untuk mencari calon akhawat atau ikhwah
sebagai sang isteri atau suami,
yang mengikuti hanya untuk
meminta tolong teman-teman pencerahan
di saat dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang didapat,
tidak dikongsi dengan yang lain.
yang cepat mengalah,
yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah,
dan tathqif dalam diari
hanya selepas ditolak dengan semua agenda
dan acara-acara ‘penting’ yang lain.
yang hanya pandai bercakap (dan menulis), t
api amal kosong
yang hanya tahu membandingkan
jamaah itu dengan jamaah ini,
yang hanya boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’
hanya kerana nak disebut
sebagai ahli dalam sesebuah harakah, sesuatu jamaah.
Dakwah bukan untuk
orang yang tidak boleh diberi tugasan "last minute"
Dakwah bukanlah untuk
orang yang tidak mahu keluarkan duit,
infaq di jalan Allah.
Dakwah bukan untuk
orang yang tak boleh sesekali tidur lewat,
terpaksa berjalan jauh.
Dakwah bukan bagi
orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat,
mesti naik motokar besar dan mewah,
yang air-cond, dan laju.
Yang tak nak naik bas, public transport,
dan yang kena berpeluh-peluh.
Tarbiyah bukan untuk
orang yang kena contact
dan diberitahu dia setiap masa
tentang perkembangan terkini s
edangkan dia kena macam boss,
hanya tunggu informasi.
Pencerahan bukan bagi mereka
yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta,
yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah,
miskin, dan pakai comot.
Dakwah bukanlah untuk
orang yang setiap masa dan ketika,
kerja nak beri alasan ini dan itu.
Penat, mengantuk, susah, banyak kerja,
keluarga tak bagi keluar.
Tarbiyyah bukanlah segala-galanya.
Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini,
dakwah akan terus berjalan.
Islam akan tetap berjaya.
Ummah akan tetap terpelihara.
Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwahBelum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.
Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa.
Dakwah tidak memerlukan anda.
Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...