let get Human Anatomy & Physiology Study Course NOW. Dont miss this opportunity!!!!!!!

Feb 25, 2010

aku geram..... sesi meluahkan perasaan..( ver. 1 )

Assalammualaikum

dalam tak sedar.. dah hampir 2 bulan aku bekerja.. macam-macam ragam, macam-macam kerenah. Tapi kiranya aku ni bernasib baik la sebab jarang nak amik pusing aper orang cakap. Kadang2 bila pikir2 balik, cam ketinggalan zaman pun ader gak. hahahha... mana taknye.. orang sebelah dok sedap kutuk2 aku, aku wat muka toye je.. malas nak amik port..

Setakat nie, this company adalah yang ke-3 tempat aku pernah menimba pengalaman. Tapi rasanya di tempat ini jugak paling banyak cabaran yang aku dapat.. hehehe... Actually kat department aku tue, ader 2 orang jer yang 'fresh'.. yang lain sume old staff.. dah bertahun2 'duduk' kat situ.. and dah pun ingin menjadi 'nenek' orang.. [ tapi ader sorang je yang terkeluar dari carta tersebut .. beliau baru nak dapat baby.. ^_^ . tahniah]

Kat sini jugak aku belajar sesuatu..... sikap seseorang tue xkan berubah jika dia sendiri tidak mahu merubahnya walaupun umur semakin bertambah. Dan perkara itu pulak telah menambahkan dosa2 aku yang dah bertimbun nie.. sebab tension + geram punya pasal, aku pun buat sesi luahan perasaan. Tak pasal2 dah jadi mengumpat.... free2 jer dapat dosa... -_-

Yela... tension dengan head yang ikut kepala die, tak nak dengar 'orang bawahan' punye xplaination, dengan sikap2 'senior' yang menggeramkan.. paling aku ingat lagi dan tak boleh nak lupa.. '' kate diploma holder, takkan itu pun nak kene ajar??''.. perh.. panas telinga aku dengar walaupun bukan aku yang kene. Rasa tempiasnya.. i'm also diploma holder ok.. -_-. Ikutkan hati time tue nak jer aku jawab.. ''time study kami tak belajar bukak2 surat nie''. Nanti bukak, P & C plak, bila tak bukak.. '' takkan nak tunggu kene suruh.. kalu tak suruh xyah la bukak?''. Kisahnya member tue hanya BERTANYA.. nanti tak tanya, salah buat kene marah.. x tau buat, bertanya pun kene marah.. Aduss.. Sabar jela..

Banyak lagi ragam.. kaki boddek.. erm x payah cakap la.. pijak semut tak mati.. Depan head, sopan gile jawab, santun jer.. boleh gelak ketawa kene marah men pujuk2.. bila pusing jer belakang... perh.. bertong-tong 'head' tue kene kutuk, sumpah seranah sume keluar.. selagi office hour tak habis, selagi tue la.. tak berenti... Naik rimas + letih aku jadinya... Letih tengok keje bertimbun, letih lagi dengar orang membebel.... aduss..

Kisah ke-2 plak tentang solat. Aku nie bukanlah dilahirkan sebagai pendakwah.. tapi tak terfikirkah mereka ya berkenaan.. tak tergerakkah hati kalian untuk menjejakkan kaki ke surau? nak dijadikan cerita, That day [tak ingat bila tarikhnya ], free2 jer kene marah sebab lambat masuk ofis sebab solat. Trus jer kuar rule.. no matter what.. 2.00 ontime dah ader kat ofis. Ini memang aku tak puas hati.. sebabnya.. ofis mate sampaikan kat aku bahawa ader staff dengan 'bijaksanaan dan kepandaiannya' berakata kepada 'head' aku yang bangsanya bebeza sekali dengan KAMI yang ''SOLAT TU TAK LAME PUN, 5 MINIT JER.. LAGIPUN SOLAT TUE X SEMESTINYA KENE BUAT TIME2 TU.. BOLEH QADA' " .. Istighfar aku... pandai betul that person ya.. SESUKA HATI JER DIA QADA SOLAT DENGAN ALASAN.... ''TAK SEMPAT NAK SOLAT, BANYAK KEJE".. Alasan orang yang die belajar Pendidikan Islam time sekolah tapi cukup tok LULUS pun jadila.... [ tengah geram ]..

Ikutkan hati, nak jer aku 'sekolah' kan orang tue balik. Bagi die dapat, bukan saje A1, tapi pasni boleh jadi cikgu aku sekali.. [ aku jugak.. tak sempurna ilmu dan amalku.. masih jauh tercicir dari yang lain. ]

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...